Proud Of You..

Alhamdulillah sekarang musim telah bertukar dari winter ke spring, bunga2 mula menguntum dan bermekar... Aku sekarang ni pun sedang menguntum senyum dan bersemangat untuk membingkiskan kata-kata bermekar sayang.....(amboi, macam ayat bercinta lak..hehe), sebab apa? Sebab anak2ku telah membuatkan hidung aku kembang minggu ni..(memang dah kembang pun....hehe)

(Hadiah yang baru diambil semalam)

Tahniah! Tahniah! Tahniah! Buat Mizah n Azi sebab membanggakan ibu n abah, teruskan perjuangan dalam menuntut ilmu, kami sentiasa mendoakan kejayaan buat semua anak2 ibu n abah...( teringat hadiah pertamaku dari arwah abah sebab aku berjaya dalam pelajaran , basikal warna merah....:-)

Sijil Kakak Mizah dapat pada minggu ni..Sijil-sijil yang telah Kakak Mizah dapat di Pinehill SchoolNama Kakak Mizah dalam buletin sekolahnya (baru dapat semalam)

Semalam ada penyampaian hadiah pada senarai pelajar terbaik minggu ni, kesian juga pada Kakak Mizah sebab tak dapat ambil (masih bercuti dari chicken pox)...tapi bila dia dapat tahu namanya tersenarai..senyum sampai ke telinga (boleh ke senyum sampai ke telinga ek? ) :-/

Sijil yang Akak Azi dapat pada minggu niSijil2 yang Akak Azi dapat di Pinehill School

p/s: hari ni gambar famili keluar dalam Salam Perantauan Utusan Malaysia...:-)

Aku Cemburu..

Tengah duk belek2 berita online dalam internet ni, si Anis tiba2 cakap kat aku "nak engok atterpelai" atau terjemahannya, nak tengok butterfly.... hmmmm, terlintas lak kat kepala ni, ok gak klu buat sajak pasal rama2 ni...so layannn je lah ye sajak aku yg tak seberapa ni...saja nak isi masa lapang :-)


Aku cemburu pada rerama
Sayapmu indah mempersona
Tanda kebesaran Ilahi tidak bertepi

Hidupmu girang berterbangan

Tanpa sempadan tanpa batasan

Madu kau hirup nikmat terasa
Aku cemburu padamu

lantaran aku tak bisa sepertimu

Kau lalui kehidupan yang rencam
Dari dunia hodoh jasad lahiriahmu

Dirimu beluncas tiada siapa yang endah...
Kemudian kau selusuri dunia kegelapan

Hanya berteman kepompong yang kaku
Kesepian hidupmu
tiada siapa yang tahu
Bertafakurlah dirimu dalam kesunyian
Ketabahanmu aku kagumi
Setiap detik kau lalui dengan keredhaan

Aku cemburu melihatmu

lantaran aku tidak sekuat semangatmu...

Bertukar Shift...

Kalau dulu Akak Azi kena chicken pox....kali ini giliran Kakak Mizah n Anis pulak..hehe. Puas juga kami mengkuarantinkan Akak Azi, tapi tak guna juga, sebabnya masa hubby hantar mc Mizah kat sekolah, pihak sekolah memaklumkan sekarang ni memang tengah musim budak2 kena chicken pox kat Pinehill School.. Patutlah Akak Azi ada bagitahu sebelum dia kena hari tu ada kawan sekelasnya datang sekolah walaupun chicken pox kat badan kawannya masih berair..mungkin susah juga parentnya nak tinggalkan anak kat rumah, terpaksa bekerja + tiada sesiapa kat rumah... kadang2 serba salah juga dibuatnya, nak taknak tu yang terpaksa juga anak yang sakit ni ke sekolah... (sebab tu yang performance kelas Akak Azi masa minggu Akak Azi kena chicken pox tu dibatalkan, sebab ramai yg cuti kena chicken pox). Bagi Mizah ni sure pengalaman yang tak akan dilupakan, mana taknya, pertama kali berpuasa di luar negara dah kena chicken pox :-)...
Aktiviti dimasa lapang bila tak ke sekolah...

Mmm.... diam tak diam dah tiga hari aku n famili berpuasa di rantauan ni...oklah juga sebab cuaca sejuk + berbuka awal (kul 5 lebih), so takdelah letih sangat. Tapi yang tak bestnya, pening juga kepala ni nak fikirkan menu untuk berbuka. Kalau kat Malaysia senang sikit sebab agak2 malas nak masak beli jer kat bazar Ramadan, kat sini semuanya kena buat sendiri..pastu si Mizah ni dah pandai demand nak makan apa..kadang2 kepala ni dah set lain nak masak apa, terpaksalah tukar menu lak....tu belum request dari hubby lagi nak makan apa..hehe.
Wajah-wajah kena chicken pox..hehe

Hari ni ingatkan nak masak nasi jer, tapi si Mizah leh jawab "alaaaa....nasi lagi...kakak nak makan laksa", so terpaksalah tukar menu sebab kesian juga kat Mizah yang berpuasa ni (Alhamdulillah setakat ni penuh lagi)...pastu hubby boleh lak menyampuk, "Hari ni ibu buat terung masak kari n ikan bakar ek"....wah, dah macam tauke restoran lak aku ni..hehe..nasib baiklah si Akak Azi n Anis lum pandai mintak2 lagi..kalau tak........ hmmmmmmmm......

p/s: Selamat berpuasa dan berbuka buat semua di Malaysia dan dimana2 je lah tak semestinya di Malaysia je....:-)..dah macam ucapan raya lak dah.....

Doa Ramadan: Hari Pertama

"Ya Allah, jadikanlah puasaku, puasa orang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku, ibadah orang benar-benar mengerjakan ibadah. Dan jagalah aku dari tidurnya orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku wahai Tuhan sekalian alam. Dan Ampunilah aku wahai Tuhan maha pengampun daripada segala dosa."

(Sumber:Harian Metro)


Show Time....

Saksikanlah performance anak-anakku ini....so layannnnnnnn..



From Akak Azi...(best lagu ni)

Add Image
From Akak Mizah...(sambil menonton tu bolehlah buat senamrobik sekali kat rumah)


Like mother like daughter..:-)

Anak Kuda Bulu Kasap..

Pelik sungguh tajuk entri kali ni kan..hehe..haaa, jangan kerutkan dahi tu, meh sini nak bagitau... maksud peribahasa kat atas tu ialah anak muda (anak aku ler tu) yang riang gembira, mana tak gembiranya hajat dihati dah tertunai. Alhamdulillah, bak kata pepatah 'pucuk dicita ulam mendatang', dapat juga Akak Azi naik pentas semalam, dan yang paling bestnya kedua2 anakku (Mizah n Azi) dapat naik pentas buat performance. Ramai sangat parents yg datang bg support.. pastu Kakak Mizah pulak one of the lucky ones sebab terpilih sbg salah seorang 'pengacara' assembly kali ni ....syukran.....:-). Layannnn.......

Dengan bangganya, kamilah ibubapa yang terawal sampai..over terlajak..heheSebahagian daripada pelajar2 di Pinehill School

Cikgu Akak Azi dari pandangan belakang :-)...cuba cari mana Akak Azi

Aik....apa pasal yang sebelah kiri tu pulak yg senyum ek..

Inilah muka2 pengacara pada hari tu....anak akulah paling sopan pakaiannya (sebab still takleh tahan sejuk lagi..)
Encem tak Cikgu Besaunya...memang besar pun....:-)

Wajah2 Kesayangan Hamba.....

Wajah-wajah kesayanganku...my precious family

Aku ni agak rapat juga dengan atuk2, dulu masa aku MRSM dan Universiti, selalu juga balik Pontian lepak2 rumah Atuk Haji atau Mak Long (belakang rumah atuk jer). Ingat lagi masa MRSM, aku ada ajak 2 org member aku bertandang rumah atuk, pastu dari Pontian Atuk Haji ajak kami ke JB rumah Mak Cik aku naik bas...yang paling tersentuh hati aku masa tu, atuk sanggup berhimpit2 dan bertolak2 masa naik tangga bas untuk booked tempat aku n member2...sayu sangat masa tu..kesian atuk..orang2 ni pun satu, kasilah org2 tua naik dulu, ni tak... nak berebut juga...takde kesedaran sivik langsung...(marah ni!!!!!)....

Sebelum aku terbang ke sini, aku lihat Atuk Haji terlalu uzur ..mudah2an Allah panjangkan usia atuk untuk beribadat, semoga aku sempat menatap wajah Atuk Haji kerana aku sayang sangat kat Atuk Haji. Dulu kemana2 pergi atuk naik basikal, dalam usianya yg dah menjangkau 80-an, beliau masih gagah mengayuh basikal..tapi sekarang atuk dah tak kuat macam dulu. Setiap kali aku balik rumah mertua, sure aku akan jengah atuk (rumah mertua n rumah Atuk Haji tak jauh)...setiap kali tu, hatiku sayu melihat keuzurannya..

Gambar raya tahun lepas, kali pertama di Hari Raya ini aku mencium Atuk Haji sepuas2nya....sedih rasanya sebab tahun ini tak berkesempatan untuk bergambar seperti ini...disamping saudara mara :'-(
Basikal kesayangan Atuk Haji
Cerita mengenai Atuk Atan pulak....dulu rumah Atuk Atan ngan rumah aku dekat sesangat, rumah Atuk belakang rumah aku.. Masa aku tingkatan 4 abah pindah ke Teluk Ramunia, tak jauh pun ngan rumah atuk, dalam 4 km je... Setiap kali arwah abah hantar aku pergi belajar (MRSM, Matrikulasi,UKM)..mesti atuk ikut... tapi sekarang susah sikit nak suruh atuk berjalan jauh sebab atuk pun tak secergas dulu...semoga atuk juga dipanjangkan umur untuk beribadat.... kini setiap kali aku balik rumah Atuk Atan, sure aku dengki kat atuk suh atuk masak Asam Pedas Ikan Parang...atuk pandai masak, kalah aku....rasa sekali sure nak lagi....sedappppppppppp. Masa aku nak berangkat ke sini pun atuk ada sama hantar aku di airport.

Pernah Akak Azi asyik menyebut nak balik rumah Tok Yang (Atuk Atan), masa tu kami tak sempat nak balik rumah atuk sebab cuti pendek, so kami cuma sempat balik Masai rumah emak aku je... pastu aku n hby pun call atuk cakap Akak Azi rindu kat Tok Yang...sempat ler Akak Azi call Tok Yangnya...esoknya, mak sedara aku call bgtau Atuk ada kat Plentong rumahnya ( Masai n Plentong tak jauh) sebab nak jumpa Akak Azi.. sanggup atuk bergegas naik bas dari kg ke Plentong (jauh juga tu, dalam 2 jam perjalanan) semata2 nak jumpa cicitnya......uwaaaaa....atuk!!!!! Sayang sangat kat atuk..

Kami rindukan masakan, gurauan Atuk Atan.....atuk suka menyakat, tapi itulah kekuatan atuk...tak kering gusi kami dibuatnya.... (masa ni Azi menangis sebab takmau bergambar...dapat sedas kena cubit ngan aku lepas tu....)

Anugerah Tuhan Yang Bermakna...


Hari ni genaplah usia mak yang ke 53 tahun....disaat begini teringat segala kenangan menyambut hari lahirnya bersama adik beradik dan arwah abah...sudah hampir 5 tahun arwah abah meninggalkan kita...pabila Ramadan menjelma sudah tentu kenangan 5 tahun yang lalu menggamit kembali kerana Allah menjemputmu abah ketika ramadan hampir sampai ke penghujungnya. Walaupun 5 tahun sudah berlalu, setiap kenangan kami bersama arwah abah dalam meraikan ulang tahun kelahiran emak masih aku ingat..

Antara kenangan yang masih kemas dalam lipatan sejarahku ialah pernah suatu hari emak merajuk sebab arwah abah terlupa hari itu adalah harijadi emak dan emak suruh merahsiakannya dari pengetahuan abah, kononnya nak menguji daya ingatan abah... Masa tu kami adik beradik berpakat untuk memberitahu abah secara senyap, bila arwah abah tahu je, beliau pun terus ke Sungai Rengit mencari hadiah buat emak....dan yg paling aku tak boleh lupakan, semasa arwah abah memberi mak hadiah itu, terlihat seulas senyuman menguntum di bibir emak (tapi akhirnya emak tahu juga kami yg memberitahu arwah abah :-) )...

Ketahuilah olehmu emak, emak adalah anugerah Tuhan yang terbesar buat kami adik beradik. Wajahmu tidak pernah putus diingatanku setiap masa. Wajahmu ini adalah merupakan salah satu wajah yang amatku rindui. Aku menyayangimu sehingga hujung nyawaku lantaran dirimu tidak pernah sekelumit pun mengeluh dalam membesarkan kami, jiwamu begitu suci dan murni. Tatkala aku menitipkan apa yang bersarang dibenak rasa ketika ini, air mata secara tidak diundang mengalir membasahi pipi mengenangkan betapa besarnya pengorbanan dan jasa emak kepada diri ini..terlalu besar, kadang2 aku terfikir mampukah aku menjadi seorang ibu yang sebaik emak..setabah emak...doa dari anakmu, semoga emak terus tabah dalam meniti kehidupan, diberi kesihatan olehNya dan dipanjangkan umur untuk beribadat... Along Sayang Emak...Selamat Ulang Tahun buat yang tersayang, EMAK.

Buat adik-adik, sayangilah emak sebagaimana emak menyayangi kita. Jangan kita menyesal dikemudian hari kerana tidak mengasihi dan menghormati mereka sewajarnya kerana pada ketika itu orang yang kita ingin hormati dan balas jasanya itu pula sudah kembali ke alam lain..

p/s: kenapa minggu ni aku kerap menangis ye...agaknya terlalu rindu pd saudara mara di sana n risaukan keadaan di Malaysia sekarang...H1N1 semakin mengganas.

Homesick Lagi

Lagi beberapa hari genaplah 6 bulan aku kat sini...kelmarin aku rindu sangat kat mak..kul 1.30 pg waktu NZ mata masih tak boleh lelap, teringat sangat kat mak. Then aku pun cal mak, sebaik sahaja dengar suara mak terus airmata ni meleleh..

Mengimbas zaman ketika aku masih bergelar seorang pelajar, membuatkan aku tersenyum sendiri...homesick memanjang :-). Ingin ku kongsi secubit pengalaman diriku di sini, sekolah menengah pertama aku ialah Sekolah Menengah Tanjung Datuk, kat sekolah ni semua cikgu kawan arwah abah, sebab apa sebab masa tu abah jadi Guru Besar sekolah rendah kat kawasan tu juga...so apa2 yg berlaku kat sekolah sure arwah abah akan tahu, habis ke tulisan aku pun cikgu report kat abah....sekolah ni ada asrama, so masa tingkatan 3 aku masuk ler asrama konon2nya nak study ler utk PMR...tapi tak sampai 2 bulan aku dah tak tahan berjauhan ngan fmily...asyik duk menangis je (padahal tak jauh pun, arwah abah pun hari2 lalu kat depan sekolah tu bila balik kerja).....sebab apa aku tak tahan nak balik, sebab aku tak suka bangun pagi2 kena berebut dengan senior beratur depan bilik air + aku rindu kat adik aku yg paling kecik sekali masa tu...:-)

Bila fikir2 balik kisah ni, teringat lak pada zaman aku belajar kat Melaka dulu, tak boleh berenggang lama langsung dengan family. Dulu masa aku kat MRSM setiap kali aku call family mesti aku nangis..antara ayat aku "Along rindu kat mak, abah..Along nak balik tak nak sekolah sini", masa tu kawan2 semua ejek aku, asyik homesick memanjang..hehe. Nasib baik masa tu aku LDP so boleh ler bangun lewat sikit sebab kena buat spotcheck kat asrama(tak payah ler nak berebut bilik air selalu)

Pastu aku masuk matrik Yayasan Pelajaran Mara, Bangi, masa tu Atuk Atan ada ikut sama hantar aku...teringat aku pada satu kenangan ni, masa family aku dah nak balik, kejadian ni berlaku kat tangga asrama, pastu Atuk pun kata kat aku "Haa...tu nanti nangis", apalagi sebaik saja Atuk cakap begitu, airmata ni pun meleleh ler..hehe. Nasib baik matrikulasi aku setahun je..

Kemudian dari matriks aku masuk UKM...lepas fmily hantar aku ke bilik 306, Kamsis Ibrahim Yaacob, aku pun ikut sama pergi ke van, so macam biasa ler airmata ni pun meleleh bila tengok semua family dah naik van...uwaaaaaaa......padahal masa tu semua masih depan mata lagi..hehe. Dahlah tak boleh call selama seminggu (minggu orientasi), pastu asyik kena ragging melalak ramai2 tengah malam...lagi ler buat aku terkenangkan kampung....(masa ni ler jodoh kami dipertemukan...tp masa tu hby selaku fasi pun turut sama meragging kami, mentang2 ler dah tahun 4..hehe)

Bila dah kahwin, hby suruh aku apply guru memandangkan beliau kerja di bawah KPYPJ yang selalu di'attach'kan dari satu daerah ke daerah lain dalam Johor..Bayangkan selama setahun kami berkahwin dah berapa banyak daerah kami tinggal. Alhamdulillah rezeki aku dapat masuk Maktab Perguruan Batu Pahat. Tapi terpaksa tangguh sebab pregnant ..tup..tup....tahun depan dapat kat Maktab Perguruan Batu Rakit, Kuala Terengganu..masa ni ler aku paling sakit...semua sakit ada.. bayangkanlah masa setahun KPLI kat sini macam sepuluh tahun rasanya.

Selama setahun aku kat Terengganu ni, hampir setiap minggu aku balik, Alhamdulillah rezeki bebudak KPLI pd tahun itu sebab kitaorg batch pertama yg elaun KPLI dinaikkan dari RM600++ ke RM1200++, so boleh ler aku joli ngan duit tu untuk beli tiket balik Johor seminggu sekali (rindu sangat kat anak aku masa tu..Mizah)...bayangkanlah sampai aku kena sakit pneumonia sebab doktor cakap mungkin aku kerap terdedah dengan aircond yg sejuk...mana taknya balik Johor mestilah naik bas malam, pastu hampir 10 jam duk terperap dalam aircond yg sejuk sepanjang malam..tu yang buat aku batuk berkahak hampir setahun, paru2ku kena jangkitan kuman.

Mentari Muncul Lagi..:-)

Hari ini sepatutnya kelas Akak Azi buat performance...tapi menurut Kakak Mizah performance tu tak jadi, teacher Akak Azi cakap next time sebab kawan-kawan Akak Azi ramai tak hadir hari ni (ramai kena chicken pox juga kot:-) )...

So adalah harapan Akak Azi nak naik pentas..harap2nya begitulah.... 2 minggu lagi turn Kakak Mizah pulak naik pentas..harap2 tiada halangan..Insya Allah.. Kat bawah ni aku ada rakam persembahan kanak2 yg baru berumur 5 dan 6 tahun masa aku pergi assembly diaorang last week (kat sini memang diajar public speaking for each class, supaya budak2 ni berani n independent)...... layannnn.

Lagu Warna-warna dalam bahasa Maori

p/s: setiap kali lepas solat Kakak Mizah akan berdoa, dan antara permintaannya "Ya Allah, semoga Akak Azi cepat sembuh dan dapat naik atas pentas buat persembahan"

Alaaaa Ciannya......

Hari ni dah masuk 4 hari anak keduaku Nur Hazirah kena chicken pox..kesian tengok dia, hajat di hati besar, nak jalan-jalan, nak pergi sekolah main dengan kawan-kawan..tapi apakan daya, kenalah kuarantin kat rumah jer...ala cian dia..
Alaaa......janganlah majuk ek..nanti bila dah baik, ibu n abah bawak gi jalan2 ye

Tapi ada satu perkara yang buatkan aku sedih sesangat sampai meleleh air mata (aku ni kan pelakon air mata bakal menggantikan Neng Yatimah :-) ), untuk pengetahuan semua, dah hampir 2 minggu kelas Akak Azi (Hazirah ler tu) berlatih untuk buat performance this coming tuesday atas pentas masa assembly. Cikgu siap bagi surat pada parents suh datang bagi support kat anak masing-masing. Aku dah siap plan ngan hubby nak datang untuk rakam Akak Azi nyanyi lagu Twinkle Twinkle Little Star n Humpty Dumpty..tapi nak buat macam mana bukan rezeki dia naik atas pentas kali ni......Kalau nak tahu macam mana boleh buat aku sampai menangis (cengeng gak aku ni kan..hehe), silalah baca dialog di bawah, sila baca dengan intonasi dan nada yang betul...yang penting penghayatan kena mantopppppp (maklumlah bekas ahli Kelab Teater Rimba UKM ler katakan...hehe)

Azi: Ibu... nanti hari Isnin ni Akak Azi nak gi sekolah sebab nak berlatih nyanyi lagi dengan kawan-kawan (ibunya terkedu jap)

Ibu
: Takpe...kalau tak dapat naik atas pentas pun takpe, nanti bila-bila boleh naik lagi


Azi: Tapi Akak Azi kena berlatih lagi, teacher suruh...Akak Azi kena diri bahagian belakang, 9 orang kena diri, yang lain kena duduk. (dah nak nangis ibu dia ni:-( )

Ibu
: Sayang, nanti ibu dengan abah rakam Akak Azi nyanyi kat rumah pastu ibu masukkan dalam youtube dan blog ibu ye...nanti satu dunia boleh tengok Akak Azi nyanyi, kalau kat sekolah kawan-kawan je yang boleh tengok.
(Dah bergenang airmata Akak Azi)

Azi
: Akak Azi nak naik pentas, nak nyanyi dengan kawan-kawan.....
(Ibu dia pun terus ler melalak bila tengok anaknya mula menangis..uwaaaaaaaa)

Main pun kena jauh-jauh..kesian Akak Azi :-(

Haaaa...itu story pertama, untuk pengetahuan semua, Akak Azi ni memang manja dengan aku...selalu sangat bergaduh dengan Anis sebab berebut nak tidur ngan aku :-)...abah dia jeles jer...hehe. Kat bawah ni pulak story kedua..so bolehlah cerita-cerita yang aku tulis ni dibuat bedtime story pulak kat anak masing2....

Azi: Ibu, Akak Azi sedih sebab tak dapat tidur ngan ibu, abah, Kakak dan Anis. Akak Azi nak peluk ibu....nak cium ibu satu muka..

Ibu: Nanti kalau Akak Azi dah baik, ibu peluk dan cium Akak Azi kuat-kuat ek. Sekarang tak boleh sebab Akak Azi tengah sakit.

Azi: Kenapa Akak Azi tak boleh cium dan peluk semua orang....

Ibu
: Sebab kat dalam chicken pox tu ada kuman, kalau Akak Azi peluk semua orang, nanti kuman tu jangkit kat orang.


Azi
: :-(


Jadi untuk menunaikan janji aku pada Akak Azi so aku tayangkanlah video nyanyiannya ini (masa ni dia demam sesangat)....siap ada penari latar lagi, sapa lagi kalau bukan Si Anis :-)....


Kami doakan semoga Akak Azi cepat sembuh...aminnnnn

Jom Skodeng...

Hari ni aku pergi join assembly sekolah anak2....kat sini parent boleh datang and seat sama2 dengan warga sekolah.bestkan.. kalau kat Malaysia perhimpunan hanya untuk warga sekolah tu jer...tapi aku bukan nak cerita pasal apa yang berlaku kat assembly tu..apa yang aku nak cerita ialah aku telah meng'skodeng' apa yang telah anak2ku lakukan bila lunch hour time ni...so sebelum aku membebel lebih lanjut lebih baik ler semua layan dulu gambar kat bawah ni....

Cuba teka mana puteri2 ku :-)

Hmmm...sebelum ni bila balik sekolah jer aku musykil, awat ler stokin + seluar anak2ku ni kotor sangat..rupa2nya ini ler kerja mereka....yang bestnya masa aku n hubby gi skodeng, siap ada anak2 Mat Salleh ni punyalah sedap dok timbus kawan diaorang ngan pasir tu...hahahaha...macam kat tepi pantai lak... tapi kat sini main macam mana banyak pun badan tak berbau, sebab tak berpeluh (cause cuaca kat sini sejuk..kalau kat Malaysia tu, sure pengsan cikgu yang ajar pastu sebab bau badan yang tentu akan menusuk hidung dan kalbu..hehe)...

Dalam proses menggali lubang untuk humban kawan mereka ke dalam..hehe

Satu perkara yang aku kagum mengenai budak2 kat sini, lepas habis waktu lunch hour, akan ada ler seorang student yang bunyikan hon (aku tak tau ler pulak nak panggil apa yang alat yang keluarkan bunyi tu)...isyarat tu bermaksud semua students kena simpan segala alat permainan yang dipinjam (such as bola, raket dll)..pastu pasir yang berselerak tu mereka kena kemaskan dan sapu....budak2 ni dah faham sendiri tak payah ler cikgu nak memantau atau terjerit2 suruh kemas or masuk kelas...[so jimat ler duit takyah beli air asam jawa....tak sakit tekak nak terjerit2 :-)]....sungguh berdisiplin betul budak2 ni...

Bagussss...lepas main kemas....
Nilah dia hon-hon girl tu , siap pakai tutup telinga tu sebab bunyi hon tu kuat sangat :-) (padahal tak kuat mana pun...baguss, safety first)

Apa yang aku perasan sistem sekolah kat sini memang bermain sambil belajar (ke belajar sambil bermain ek???)...setiap sekolah ada playground (quite huge jugak ler)..monkey bar tu memang compulsory ler ada (favourite Mizah tu). Esok Mizah akan ke kelas swimming lagi buat kali kedua (6 session semuanya), yang bestnya ia adalah free sebab under school activities.. (nasib baik togs kat sini murah)
p/s: teringat kisah anak seorang sahabat yang tak mahu tinggalkan New Zealand kerana sayang sangat sekolah n kawan2 kat sini...best katanya...

Aku dan Dirimu...


Last sajak yang aku cipta untuk suami aku ketika ulang tahun perkahwinan kami yang kedua. Hari ini bukanlah ulangtahun perkahwinan kami, malah kesibukan yang menghambat kami di sini ketika diawal permulaan hidup dibumi asing ini menyebabkan aku dan suami terlupa tarikh ulangtahun perkahwinan kami telahpun berlalu...(21 Mei). Sudah 9 tahun kami melayari hidup sebagai suami isteri...kehadiran tiga permata hati menyebabkan kehidupan kami semakin ceria.

Hari ini, tiba2 terlintas untuk cipta sajak yang kedua khas buat suamiku...terima kasih kerana membahagiakan dan menjadi pelindung kepada kami...... (hari ni mood jiwang datang, sajak ni belum dimurnikan lagi..hehe)

بسم الله الرحمن الرحيم
Dikala malam dingin mencengkam rasa
Kau bisikkkan kepadaku seperti selalunya

"Abang minta maaf atas segala kesilapan abang selama ini"

kutafsirkan ayatmu,

jiwamu tulus, hatimu bersih

kau menyediakan kebahagiaan buat ku

tiada secalit dosa dirimu padaku

lantaran kaulah suami yang berjiwa penuh kasih sayang...

Sesekali terkenang segala kenangan
terlukis segala kepayahan
dalam menempuh rintangan alam perkahwinan
namun hati kita tetap belayar bersama
walau banyak mana airmata kita yang tumpah
kita tetap bersama..

Perkahwinan ini menitipkan pelbagai jalur warna
jalur-jalur yang mengajar kita hakikat kehidupan
yang meninggalkan segala kenangan suka dan duka
dalam mendewasakan dan mematangkan kita sebagai sebuah keluarga
jalur-jalur yang menguji kesetiaan antara kita..

Terima kasih suamiku..
Aku tetap di sisimu
menunggu hingga pelayaran kita ke perhentian terakhir
sebelum ajal menjemputku
Andai kau tersadung langkah dalam meniti perjalanan
bangkitlah...kan ku genggam tanganmu seerat-eratnya..
kita berjalan bersama mencari barakah dariNya
Semoga Tuhan memberkati kehidupan kita.

Suamiku...
Kumpullah kudratmu
teruslah melangkah dalam perjuanganmu
dalam meniti keperitan yang hujungnya kelak kau kan tersenyum
aku tetap menemanimu walau diri berkorban segala
lantaran kaulah suamiku..
yang terbaik buat diriku..
Moga doa kita dimakbulkan olehNya
Insya Allah.

Typical Mom..

Inilah antara rutin seorang ibu, bukan membebel ye tapi 'menasihati'...video ni anak2 ku suka bebenor, dia kata 'garang macam ibu'.... so lepas tengok video ni, apa pendapat tuan2 dan puan2..hehe...



p/s: video ni anak2 aku yang jumpa...anak2 zaman IT ler katakan :-)