Jom Skodeng...

Hari ni aku pergi join assembly sekolah anak2....kat sini parent boleh datang and seat sama2 dengan warga sekolah.bestkan.. kalau kat Malaysia perhimpunan hanya untuk warga sekolah tu jer...tapi aku bukan nak cerita pasal apa yang berlaku kat assembly tu..apa yang aku nak cerita ialah aku telah meng'skodeng' apa yang telah anak2ku lakukan bila lunch hour time ni...so sebelum aku membebel lebih lanjut lebih baik ler semua layan dulu gambar kat bawah ni....

Cuba teka mana puteri2 ku :-)

Hmmm...sebelum ni bila balik sekolah jer aku musykil, awat ler stokin + seluar anak2ku ni kotor sangat..rupa2nya ini ler kerja mereka....yang bestnya masa aku n hubby gi skodeng, siap ada anak2 Mat Salleh ni punyalah sedap dok timbus kawan diaorang ngan pasir tu...hahahaha...macam kat tepi pantai lak... tapi kat sini main macam mana banyak pun badan tak berbau, sebab tak berpeluh (cause cuaca kat sini sejuk..kalau kat Malaysia tu, sure pengsan cikgu yang ajar pastu sebab bau badan yang tentu akan menusuk hidung dan kalbu..hehe)...

Dalam proses menggali lubang untuk humban kawan mereka ke dalam..hehe

Satu perkara yang aku kagum mengenai budak2 kat sini, lepas habis waktu lunch hour, akan ada ler seorang student yang bunyikan hon (aku tak tau ler pulak nak panggil apa yang alat yang keluarkan bunyi tu)...isyarat tu bermaksud semua students kena simpan segala alat permainan yang dipinjam (such as bola, raket dll)..pastu pasir yang berselerak tu mereka kena kemaskan dan sapu....budak2 ni dah faham sendiri tak payah ler cikgu nak memantau atau terjerit2 suruh kemas or masuk kelas...[so jimat ler duit takyah beli air asam jawa....tak sakit tekak nak terjerit2 :-)]....sungguh berdisiplin betul budak2 ni...

Bagussss...lepas main kemas....
Nilah dia hon-hon girl tu , siap pakai tutup telinga tu sebab bunyi hon tu kuat sangat :-) (padahal tak kuat mana pun...baguss, safety first)

Apa yang aku perasan sistem sekolah kat sini memang bermain sambil belajar (ke belajar sambil bermain ek???)...setiap sekolah ada playground (quite huge jugak ler)..monkey bar tu memang compulsory ler ada (favourite Mizah tu). Esok Mizah akan ke kelas swimming lagi buat kali kedua (6 session semuanya), yang bestnya ia adalah free sebab under school activities.. (nasib baik togs kat sini murah)
p/s: teringat kisah anak seorang sahabat yang tak mahu tinggalkan New Zealand kerana sayang sangat sekolah n kawan2 kat sini...best katanya...

7 comments:

Unknown said...

ermmm kagum betul sistem sekolah dia,...unikla ...bagus kalo dipraktikkn di Malaysia

Nida n' Hanafi said...

bagus memang bagus...tapi kurang sesuai sebab cuaca kat Malaysia panas.. kang basah lak baju bebudak2 ni mandi peluh..hehe

apa2 pun....tak salah kalau mencuba kan..kan..kan

Unknown said...

boleh sangat untuk dicuba dengan pengubahsuaian agar ianya sesuai dengan suasana Malaysia.

Tapi apa yang paling penting, attitude kita kena ubah-perlu lebih bertanggungjawab baru boleh laksanakan. Kalau tak, rasanya kejap jer selamat dah playground tu.

Ummu Mishkah said...

bertuah yer anak-anak berpeluang mengikuti sistem kat sana.. byk yg komen gitulah compare sistem kat msia yang agak berat ni.. sian anak-anak!

Nida n' Hanafi said...

Kadang2 terfikir bukan sistem sahaja yang berat kat Malaysia malah beg sekolah anak-anak juga amatlah beratnya...

Asmida said...

memang berbeza dengan m'sia.. tapi rasanya ada kebaikan dan keburukan masing2 kot?.....

Nida n' Hanafi said...

betul3x..mana2 pun ada baik dan buruknya