Di Mana Ada Orang Berhimpun, Di Situ Ada Pantun Di Lantun, Khas Buat Pak Ngah Hamzah

Berkarat sungguh hamba rasakan otak hamba ini dalam membina serangkap pantun...apatah lagi untuk tiga rangkap pantun... adeiiiii.

Demi memartabatkan budaya bangsa, hamba cuba dan terus mencuba walaupun lagi 1% hampir migrain dibuatnya.  Segalanya demi memeriahkan pesta pantun anjuran Pak Ngah Hamzah@ Al-Lavendari...:)

Buat Pak Ngah Hamzah@ Al-Lavendari, sudilah kiranya tuan dengarkan jawapan hamba...

p/s - nota dicelah: disebabkan suruh dengar, terpaksalah upload video audio : )


Buat sahabat di luar sana.  Bersamalah kita memeningkan kepala. Agar budaya bangsa terus mekar selamanya. 

Jemputlah kiranya meng"klik" banner yang ada... Pak Ngah di sana setia menanti semua.. dan buat Pak Ngah Hamzah terima kasih tidak terhingga kerana sekurang-kurangnya dapat mengasah semula otak kami semua...




Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut

11 comments:

Kakcik Seroja said...

Salam Nida...

bukan setakat indah bait berkait, persembahannya juga menawan hati.

Suka hati kakcik bila makin ramai yang menyahut seruan Kanda AL. :)

al-lavendari said...

terima kasih nida.
sungguh kreatif entri dan jawapan yang diberikan.
dan sedap sungguh suara nida. macam pemantun pro yang selalu pakngah dengar kat radio.

anak puyuh si anak ayam
bunga melur lebat daunnya
gembira sungguh hati di dalam
pertandingan dianjur tidak sesia.

faraherda.razalan said...

Mendayung rakit mengutip pala,
Redah sepakat hujan yang lebat,
Bukan sakit pening kepala,
Inilah bakat Melayu yang hebat!

Selamat berjaya!

Nisa Greennnpanda said...

Wah.. sy xreti aa nak berpantun2 nie.. hebat la akak nie.. ^_^ owh ye, nnti2 la sy dtg dgr audio akak tue.. now nie internet slow...

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

budaya jgn dilupa...

Murni Alfathunnisa said...

good luck kak nida...saya ni bab pantun memang lemah sikit..hehe

Cik SHiNJU said...

Wow...kreatif sungguh..
mantap!

azieazah said...

Betul, memang seronok belajar berpantun dan berbahasa dari orang lama macam Bang HAMZAH tu...

NIDA, nanti tengok sini ya...

Mereka yang Kukenali (8): NIDA di Bumi Albany...

tiefazatie said...

wah..kak nida..sgt hebat!

sis..kalu sudi tlg komen n3 ifa

http://tiefazatie.blogspot.com/2011/07/saya-bertudung-dan-saya-sangat-pretty.html

tq sis!

Wardah alisya said...

tahniah kak nida!! mula-mula alisya nak join jgk tp xde idea...

alisya follow sini~~

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Salam Ziarah.

Singgah dari Blog THJ nak baca pantun pemenang.


Keputusan THJ memang tepat !