Wednesday, May 8, 2013

Anak dan ayah, dua kisah berbeza

Dua gambar si anak dan ayah yang menggambarkan suasana berbeza.....

"Kejar saya Ayah" gambar yang dirakam pada tahun 2010 di Waihi Beach di NZ. Menggambarkan saat gembira si anak dan ayah. 



"Tunggu saya Ayah" oleh Claude P. Dattlodd pada 1 Oktober 1940: Satu barisan askar berbaris di British Columbia menuju ke kereta api sedang seorang kanak-kanak berusia lima tahun, Whitey Bernard, terlepas dari pegangan emaknya untuk mengejar bapanya.

Wednesday, April 24, 2013

Wordless Wednesday: Kabus Pagi

~Kabus Pagi~

Gambar yang pernah dirakam satu ketika dahulu di New Zealand.



Monday, April 22, 2013

Kerana politik, banyak soalan tak bermanafaat ditanya....

Salam buat semua,

Bahang pilihanraya kini semakin panas. Segalanya makin jelas dimata, bendera sana bendera sini, poster sana, poster sini, provoke sana provoke sini dan lain-lain.

Apa kesannya pada anak-anak kami... mereka kini semakin kerap bertanya soalan yang tidak sepatutnya. Kami dengan rela hati akan menerangkan seberapa details kalau mereka bertanya, tapi bila bertanya pasal politik.... adusssss... letih. Pastinya mereka tidak mengharapkan jawapan... "jangan tanya, tengok jer...." kerana itu bukan kebiasaan jawapan bagi setiap soalan yang mereka aju.

Kami pernah lalui pilihanraya di NZ. (Coretannya di sini )Tiada satu pun soalan tentang pilihanraya keluar dari mulut anak-anak. Mereka hanya sibuk belajar dan bermain. Kerana apa.... kerana mereka tidak dimomokkan dengan kesibukkan poster-poster, dll berkaitan pilihanraya. Segalanya bersih dan aman.

Adakah masyarakat NZ tidak pandai berpolitik??? Realitinya, mereka lebih hebat dari kita. Lihat sahaja video debat terbuka antara parti yang dibuat secara langsung kat bawah ni.... Tiada masalah, tetap bersih, pilihanraya tetap berjalan lancar, pemimpin berkaliber tetap dapat dipilih juga akhirnya.

The leaders of Act, United Future, Mana Party, Green Party, NZ First and the Maori Party went head to head in the LIVE debate of the 2011 election campaign hosted by ONE News.

Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut