Semaikanlah Nilai Positif

Salam buat semua.

Seperti kebiasaan, setiap hari Isnin pelajar-pelajar dan guru-guru perlu menghadiri perhimpunan sekolah. Apa yang aku perasan dulu masa kami di NZ, perhimpunan diadakan pada waktu petang tapi berbeza di sini. Walaupun ada juga beberapa sekolah di Malaysia yang mengadakan perhimpunan diwaktu petang, namun majoritinya diadakan pada waktu pagi.

Secara umumnya, mungkin 60% isi kandungan perhimpunan sekolah adalah lebih kepada nasihat dan menegur (ertikata lain membebel) kpd pelajar. Kadangkala perlu juga mengingatkan pelajar2 tentang nilai2 murni ni... cuma pandangan peribadi aku agak kurang sesuai diadakan pada waktu pagi memandangkan ianya boleh mempengaruhi mood pelajar... mana taknya sebab pada waktu pagi dah kena bebel.. :).

Sekadar pendapat peribadi aku secara umum.


Santai dan sempoi je perhimpunan mereka. Setiap minggu pelajar akan buat persembahan. Secara tak langsung boleh develop their confident and skill.


  • Macam mana aku boleh dapat gambar ni??? Sebab salah seorang di atas pentas adalah anak kami. 
  • Macam mana ibu bapa boleh masuk ke sekolah??? waktu perhimpunan lagi... Itulah realiti, ketelusan, keterbukaan yang diamalkan. 
  • Jadi bila ada ibu bapa takdelah guru-guru nak marah... Sapa kata, marah tetap marah... tapi sungguh berhikmah.
p/s... aku rindukan kehidupan kami di NZ.



Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut

1 comment:

terokai seni said...

assalamualaikum

ooo dah balik...

petanda lamanya tak berblog!