Inilah Duniaku..

Ditujukan khas buat rakan bloggers yang ingin melihat kebanyakan gaya rumah apartment di Albany, Auckland + sistem menyewa rumah kat sini. Aku gunakan rumah aku yang sempit dan berselerak ni sebagai sample...layannnnn



Rumah2 sewa di sini dijaga dan diuruskan oleh agen2 rumah yang berdaftar, landlord akan bayar upah kepada agen untuk menguruskan rumah sewa mereka (termasuk bayaran sewa). Sebab tu kawasan rumah di sini sentiasa bersih + cantik, sebab dijaga oleh agen ni.. malah ada agen yang tidak membenarkan penyewa menyidai baju di luar.. kena sidai dalam rumah (nasib baik agen rumah sewa aku baik + sporting)


Masyarakat sini sangat prihatin terhadap laman mereka, landskap dijaga rapi dan disulami dengan aneka warna bunga2an ( Pemandangan belakang rumah aku)

Kebiasaannya kawasan apartment di sini dilengkapi dengan kawasan untuk beriadah, nak picnic kat atas rumput ni pun takpe... bentang jer tikar kat situ
( Pemandangan hadapan rumah aku)

Sedang aku duk asyik snap gambar... elok pulak si pigeon ni termenung kat situ.. tak pernah2 ada pigeon singgah kat rumah aku sebelum ni.. macam tau2 jer aku nak ambil gambar :-)



Style rumah apartment sini macam kat Malaysia juga.. masuk rumah jer, terus jumpa dapur dulu (sila abaikan benda2 yang berselerak tu ek..hehe)

Inilah rupa bilik air rumah aku... tandas kat sini semuanya jenis tandas kering... penat eden nak menjaganya (sebab jenis kering tu yang boleh letak carpet)

Disebabkan apartment ni kecik bebenor, maka kena ler ada bar ni tempat bersantap.. (Harga 3 biji stool ni cuma $10 jer...)

Inilah tempat yang paling lama aku lepak.. depan dapur..hehe, mana ler taknya bil elektrik aku mencecah $150++ sebulan (tu belum convert ke RM lagi tu)... dapur n oven semuanya guna elektrik

Ini pulak dishwasher ( tempat basuh pinggan mangkuk). Aku tak pernah guna pun, tapi disebabkan dah masuk dalam sewa, so aku jadikan tempat keringkan pinggan mangkuk lepas basuh... (shhhhhh jangan bagitau kat agen tau)

Haaa...yang ini pulak rupa dalam dishwasher tu.. (Pinggan, Kuali dan tapis tu import dari Malaysia..sini mahal )

Kalau nak cakap pasal harga sewa rumah kat Albany ni memanglah tersangat mahal yang teramat..amatnya.. (marah Cikgu BM aku..hehe), dah ler sewa mahal, pastu kena bayar cagaran lagi (bond). Kalau kita nak keluar dari rumah sewa ni, cagaran tu kira hangus andai ada kerosakan semasa dalam kita menyewa... so, jangan harap ler nak tebuk2 dinding ke kalau nak gantung2 frame tu... kadang2 fikir, kejam juga sistem sewa rumah kat sini. Tapi bila direnungkan kembali (hehehe... macam refleksi dalam buku Rancangan Harian Mengajar pulak) bagus juga sistem ni, sekurang2nya penyewa takde ler senang2 hati nak buat pedajal kat rumah tu.

Satu lagi sistem sewa rumah kat sini, bayaran sewa ialah melalui potongan akaun bank... maka takde ler hutang tertunggak sampai berbulan2 lamanya tak bayar sewa (sepatutnya Malaysia kena buat sistem macam ni.. baru ler takde yang lari dari bayar sewa rumah). Nak menyewa pun kena ikut kepala, rumah 2 bilik hanya untuk maksimum 3 kepala jer (kes aku lain..rezeki..Alhamdulillah). Alasan mereka, rumah yang kecil tak sesuai untuk perkembangan anak2 (yang ramai) + tuan rumah takut rumah mereka kotor. Begitulah para hadirin dan hadirat sekelian budaya hidup kat sini... mana yang baik ambillah, mana yang buruk campakkan jer kat tepi lombong :-)

14 comments:

NuR said...

first..
sy amat suka lagu ni..
kalo akak tepon sy, mesti dgr lagu ni dulu sblm dgr suara sy.
hehe..


second..
cantik sgt view tu. dan pigeon tu nmpk jinak. mak sy kata, kalo ada burung bertenggek kat umah kita, maknanya rumah kita sejuk.. bkn sbb cuaca sejuk tau kak nida.. hehe


third
tak tau nak komen ape.. tapi rasa mcm nak je pegi sana..

NURUL IZZA said...

hehe..sm je dgn rumah kt US ni maksu.beza nya kami duk famly housing university apartment.

dapur letrik..tp kami xde dishwasher.ni pon kecik seco'ek je umah.satu bilik, $400 permonth including utilities.(letrik, internet, gas-air free..ehe)

toilet tu rsnye baik kering kan maksu..sebabnya senang basuh bath tub je.ekek..iza dulu xpdi dgn bilik air omputeh tp lepas g umah msd,,cantik bilik air die..teruslaa duk beli bungala, carpetla duk hias bilik air.ekekek

sini pon deposite satu bulan.kalau kita keluar depa cek.kalaula xseperti masuk awal2 dulu..mmg ahngusla deposite tu.sbb tu jaga rapi ni.carpet pon kena bersih.dinding xleh kotor.ms keluar umah mmg kena pastikan rumah dlm keadaan sama waktu mula2 masuk(mrh mak bm celaru) .tp bgs nye gitu kan.supaya penghuni akan dtg x kecewa bila masuk umah..

sewa pon cut from akaun bank..ehe pastu kena bayar b4 4 hb setiap bulan.okla tu kan.xdela kita berhutang..ekeke

sekian entry pulak kt blog maksu.

kakcikseroja said...

Salam Nida..

seronok kakcik baca catatan Nida ni.. rasa macam kakcik ada kat sana pulak.. hehehe.. :)

Nida said...

Nur:
first..
oo..ye .. ker... takpe, nanti balik Malaysia akak call Nur klu nak dengar lagu ni + suara Nur

second..
mudah2an..aminn... tapi ni umah orang ler Nur... kalau sejuk pun rumah orang..hehe

third:
Meh ler.. dialu2kan sangat.. kami sedia dan setia menanti Nur di sini...:-)

Izza:
Inilah budaya dan cara hidup barat.. budaya NZ dan USA banyak persamaannya :-)

Nida said...

kakcikseroja:
Selamat datang ke blog saya ye kak... sekadar berkongsi pengalaman kat sini.. selalulah akak datang ke sini ye untuk mengetahui travelog saya :-)

Ummu Ammar said...

Salam Nida..

Sweet dan kemas je umah Nida ni...teringin nak bertandang..

Pigeon tu tangkap..nanti bleh masak buat lauk..org Arab cukup suka masak hamamah mashwi ( pigeon bakar )..

kuIna LadyInRed said...

salam aidil adha.

cantik view kat halaman tu...
sejuk mata memandang...
amalan tolak sewa direct kat bank tu memang patut dilaksanakn disini..lg 1 konsep menjag rumah tu..sepatutnya kita pun mcm tu tak la tuan rumh bengang tiap kali penyewa pindah..

fAiRuLLaH's de GrEaT! said...

ermm cantik halaman umah kat sana.. diowang memang betul tekankan kebersihan kat sana eks.. ermm cam tak sabar nak ke sana jekkk

LanaBulu said...

Pengalaman yg baik dari rantau..
Yg baik tu mmg elok kita kutip..
yg tak elok pulak jgn buang kat lombong nanti percemaran..
seeloknya tanam je buat baja..
Selamat menyambut eidil fitri..
Boleh dengar alunan takbir hari raya kat sana?

Nana said...

wah dpt gak tgk umah akak.
hehe..comei je burung tu bertenggek situ kan, nk enteprame jugak

Nurimo said...

ok latu rumah cantik persekitaran menarik mestilah kena bayar lebih.
Rumah Nida macam tempat peraginan.

Saya suka berkujung ke rumah yang jumpa dapur dulu boleh terus makan he..he..

Tak boleh sidai kain kat luar baguslah,teringat saya ada apatment kat sini pemaju siap bagi mesin pengering setiap unit supaya tak sidai baju kat luar.Tapi dia orang tak mahu guna melainkan pemaju bayar letrik sekali.

Ok lah kat sana rakyat dia orang berdisplin,kat kita kena ambil masa lagi nak didik.

Pigeon datang tangkap lah goreng......

Sistem kutip sewa memang bagus,potong melalui akaun..tak payah pening kepala...

AYU IDRIS said...

Salam Kak Nida,
Tq sudi share citer kat sana...terasa berada di sana jugak even jasad masih lagi di Malaysia!heheheh..Salam Aidil Adha buat akak dan family ye!

Nida said...

UmmuAmmar:
Meh ler sini.. kami setia menanti kedatangan Ammuammar...
Cuba nak tangkap.. tapi tak sempat, dah terbang jauh..hehe

kuIna:
Betul tu... kan bagus klu budaya ni dapat diterapkan di Malaysia.. takde ler tuan rumah pening kepala.

Yu:
haaa... apa lagi, cepat kumpul duit... boleh ke sini, ajak mak sekali tau...hehe

Lanabulu:
hehehe.. tanam pun tak boleh, sebab tak terbiodegradasi.. Salam AidilAdha juga, sini takde takbir berkumandang.. kena dengar kat you tube je ler..:-(

Nana:
kecik jer rumah ni... burung tu memang, tau jer akak tengah snap gambau :-)

Nurimo:
Cantik tu memang cantik.. tapi nak maintain tu yg payah.. sini pun ada alat pengering baju, kadang2 kami terpaksa guna juga.. sebab cuaca sejuk, baju lambat nak kering.. pasal bil tu memang takyah cakap ler...mahal.

Konsep dapur dulu memang bagus.. boleh terus makan.. tapi kot2 masa tu tengah terpercik minyak panas.. tetamu ler yg kena dulu..hehe

Rakyat kita boleh berdisiplin, pokok pangkal dari hati.. klu dah berbuih mulut suruh berubah, tapi hati tetap taknak berubah... tak kemana ler jawabnya

Ayu Idris:
Seronok rasa bila dapat berkongsi pengalaman kat sini... :-)

muqay said...

Cantik rumah ni maksu,

Boleh kita orang pi lepak sana petang2 nanti.