Dengarlah Ceritaku...


Sudah lama sebenarnya aku dan family merancang untuk mencari rumah sewa yang lain, sebabnya rumah sekarang ini terlalu kecil + tiada lawn sendiri. Kesian pulak pada anak2, asyik duk mengadap tv + komputer je, nak main kat luar mereka segan sebab dekat dengan rumah orang. Nak cari rumah sewa kat sini tak susah, sebabnya semua ada diiklankan di internet (trade me), tapi yang susahnya ialah proses nak dapatkan rumah sewa tu..  terlalu cerewet dan banyak cekadak yang perlu diuruskan. Kat sini aku nak ceritakan pengalaman nak cari rumah sewa kat Auckland ni... (yang akhirnya membawa kegeraman kepada kami)

Inilah rumah sewa yang kami duduk sekarang.. tingkat satu (yang berlangsir)

1. Proses Pertama
Langkah pertama, aku dan hubby mula meninjau-ninjau rumah di trade me. Kami berminat pada satu rumah ni di John Jenning Dr... 3 bedrooms, double storey, ada deck, ada laman.. tapi takde perabot (unfurnish). 

2. Proses Kedua
Kami pun menelefon ler agen rumah sewa tu (kat sini semua urusan rumah sewa melalui agen, tak macam kat Malaysia terus deal dengan landlord) menyatakan kami berminat nak view rumah tu. Agen tu pun bagi ler satu tarikh untuk pergi tengok rumah tu.. punya ler ramai yang gi view sama (semua interested dengan rumah tu juga). Kemudian kami kena isi form, nasiblah kalau ada rezeki ada ler.. kalau tak kenalah cari rumah lain.

(Borang perjanjian beserta resit wang pendahuluan yang telah kami bayar)

3. Proses Ketiga
Alhamdulillah, agen tu kata kami berjaya dapat rumah tu.... bermulalah era aku mengemas barang (masuk dalam kotak) + mencari barang2... sebab rumah sewa yang aku duduk sekarang sudah ada disediakan peti ais, mesin basuh... jadi terpaksalah kami membeli yg lain untuk berpindah ke bakal rumah sewa kami yg baru itu. Kami beli barang2 pun melalui trade me, peti ais $100, dan mesin basuh $220 (kira murah ler tu... walaupun second hand tapi kondisi masih ok lagi). Sekolah anak yg baru pun kami dah survey, Kakak Mizah n Akak Azi siap dah bagitahu pada cikgu dan kawan2nya yang mereka akan pindah sekolah.




(Harga mesin basuh dan peti ais yang kami beli through Trade Me)


4. Proses Keempat
Kalau nak keluar dari rumah sewa sekarang, notis 3 minggu untuk terminate lease perlu diserahkan.. (sini tak boleh batalkan kontrak sewa dari 12 Disember - 11 Januari..sebabnya mereka nak cuti Krismas). Jadi masa kami hantar notis nak keluar rumah sewa sekarang ni pada agen, ngam2 ler untuk kami pindah 7 Disember nanti. So kami pun hantar ler emel kepada agen rumah sewa sekarang menyatakan kami nak keluar.... 

Good Morning Hanafiah 
Thank you for the email regarding termination of your periodic lease. I shall forward a letter to you within the next two days outlining the procedure of what we require in rent, cleaning etc.
(Reply dari agen lama setelah kami bagi emel menyatakan yang kami akan keluar dari rumah sewa sekarang ini)

5. Proses Kelima
Selama seminggu aku duk sibuk mem'packing' barang2 ke dalam kotak. Hubby pun dah sign agreement dengan agen rumah baru tu.. duit pendahuluan pun dah dibayar (seribu lebih juga ler) , entah macam mana tiba2 di suatu hari yang mendung (heheehe... sempat lagi tu ) aku dapat YM dari hubby menyatakan agen tu terpaksa batalkan perjanjiannya dengan kami.. sebabnya landlord tu ada masalah dengan bank... Masa tu berlinang airmata aku membaca YM dari hubby.. terbayang kepenatan aku mempacking barang2 dan kemanakan harus kami letak peti ais dan mesin basuh yang baru kami beli tu.. (rumah sekarang ni terlalu sempit untuk letak benda2 tu semua). Sebaik anak2 balik sekolah aku pun bagitahu pada mereka kisah yang sebenar, meraung si Kakak Mizah masa tu (sebab dialah paling excited nak pindah + malu sebab dah bagitahu kat cikgu dan kawan2).

Further to my conversation and email to you, we confirm that the landlord cannot re let the property. He has been in touch and advised that bank has foreclosed and it seems the property will be a mortgagee sale. There is nothing we can do about this. Obviously the landlord has got himself in financial difficulty. I called Hamish the other day regarding your current rent and explained the situation. I hope he or Glenys have been in touch with you. We will send you a full refund and I will certainly look out for another property for you.
(Emel dari agen rumah sewa baru kepada kami)

6. Kami pun terpaksa ler menebalkan muka menelefon dan merayu pada agen lama supaya kami boleh sambung untuk sewa rumah sekarang ni.. nasib baik agen lama ni baik hati dan simpati dengan kisah kami. Semalam agen lama tu pun datanglah ke rumah kami minta kami sign sekali lagi menyatakan kami tak jadi pindah dari rumah ni.

Walaupun kisah ni nampak remeh.. tapi ia meninggalkan kesan yang agak dalam dalam hati kami sekeluarga. Bayangkanlah hampir setiap hari kami duk meronda2 kat kawasan rumah sewa baru tu.. siap berangan macam2 lagi klu dapat pindah kat situ... tuptup, begini pulak endingnya. Kesian kat anak2 sebab mereka dah over excited, setiap hari tolong aku kemas barang2.. so sekarang dah jadi satu kerja pulak kena bukak kotak2 tu dan simpan balik barang2 tu ke tempat asal. Ada juga yang memberi pandangan agar kami mengambil tindakan undang2 pada mereka. 

Aku yakin ada hikmah di sebalik semua yang berlaku... mudah2an Allah akan gantikan dengan yang lebih baik..aminnnnnn. Terima kasih buat Cik Adnan sekeluarga kerana sudi tumpangkan rumahnya untuk simpan peti ais dan mesin kami itu. Terima kasih juga buat rakan2 yang mengambil berat dan simpati atas apa yang berlaku kepada kami, buat Bejau dan sekeluarga, terima kasih kerana sudi melayan kami dan mendengar tangisan si Kakak Mizah :-)... dan tidak lupa juga ucapan terima kasih buat rakan2 bloggers yang sudi baca luahan perasaan aku ni (hehehehe... dah macam amanat Hari Raya Haji lak...)... 





Anak2 sedang bermain di depan rumah sekarang.... 

21 comments:

Ena Qalinsya said...

siannye nida..
bersabar ye nida..
mayb nida akan dapat umah yang lagi selesa tapi sakit ati kan, bila sume dah deal alik2 leh dibatalkan.. camtu ye proses kat sana.. so wit tu leh dapat balik tak?

Nida said...

Ena:
Geram tu memang geram.. rasa macam nak gigit2 je telinga agen tu... takpelah ada hikmahnya... Nasib baik duit tu dapat refund semula, klu tak mahu kami bawak ke mahkamah kes ni..

Putra Al-Maliki said...

kesiannya.. sabarlah yer kak nida.. mungkin ader himah di sebaliknya.. =)

psst: Hi! Salam ziarah. Jom xchange link & sila komen entri blog saya di http://putraalmaliki.via.my/ . TQ.

Nida said...

P.A. Maliki

Terima kasih kerana menyabarkan akak..
Mudah2an..aminnnnn

Mama-Danish & Sarah said...

sabar jer la nida, mungkin ada hikmat disebalik kejadian nie...

kesian nida kena punggah balik barang2 yang dah packing tue....mesti penat kan...

AYU IDRIS said...

Salam sis Nida...

Tumpang simpati dgn apa yg berlaku...namun yakin dan percayalah,ada hikmah dan rahmat di sebalik yg berlaku ini....semoga sis akan dpt rumah lain yg diidamkan...InsyaAllah

Nurimo said...

Emmmmm....patutlah haru biru pun....tapi masalah telah selesai,syukur....

Nasib baik tak bayar deposit lori lagi untuk angkat barang.Kalau tidak marah tuan lori tak jadi pindah.

Apa-apa pun satu pengalaman baru buat Nida,supaya lebih berhati-hati di negeri orang.

Persekitaran cantik dan bersih rumah Nida tu.Sewa berapa?.
................................
kalau dekat2 saya tolong gi pek barang...hari mula nak pindah tu

LanaBulu said...

Inilah 'senandung hari raya Qurban' yg dirasakan terbaik buat tika ini..
Dok diam2 dan renung kan lagu mana susah nya ibu nabi Ismail yg terpaksa berlari mengejar "fantamorgana" demi setitik air ..
kesabaran akan mendapat ganjaran du dunia dan akhirat nanti ..
Bersabarlah dan bersyukurlah..nida

Alimaz-Kembara Terasing said...

salam nida....sabaq ja la yer....semoga dapat rumah yang dihajati dan lebih selesa....

Nida said...

Mama Danish & Sarah:
penatlah juga... ni ada lagi 2 kotak lum kemas lagi

Ayu:
..mudah2an..aminnnnn

Nurimo:
Nasib baik lum pindah lagikan.. klu tak lagi haru biru tahap tertinggi.. syukur...

Sini memang bersih, rumah saya sewa sekarang $345 per week (2.5 x 345 = RM)

Lanabulu:
Alhamdulillah sebab masih ada rumah berbumbung dan berlantai untuk kami diami... Terima kasih atas kata2 semangat.

Alimaz:
mudah2an....aminnnnn

Ummu Ammar said...

Nida..

Kalau saya di tempat Nida pun tak tahulah mcm mana..memang haru biru sgt..

Packing barang mmg memenatkan..lps tu kena bukak blk..dua kali penat..sabarlah Nida, ada hikmah disebalik..Insya Allah

hazeleyed said...

Salam Nida
Sabar ek...
Allah Maha Mengetahui...pasti ada Hikmah disebalik ketentuanNya ini.
Selamat Hari Raya Aidil Adha.

Nida said...

Ummu Ammar:
Memang penat.. mula2 excited packing barang nak pindah.. pastu bila tau tak jadi.. aduhh.. malasnya nak kemas balik...

Hazeleyed:
Terima kasih... mudah2an Allah gantikan dengan yg lebih baik..aminn.
Selamat Hari Raya Aidil Adha jua :-)

shaniza said...

Salam..
Alahai..sedihnya akak dengor kisah ni. Sabor je la..Teringat balik kisah akak yg kena pindah umah sampai tiga kali berturut2 (hampir 13 tahun lepas). Tuan umah pertama nk duduk balik umah dia sbb krjaan nk rampas rumah murah tu kalau dia tak dok sendiri.. kami keluar, dok umah kawan..tp tiba2 lepas dua minggu dia pn kena keluar dr kuartes yg dia duduk. Nk masuk balik umah dia yg kami sewa.. pindah lagi ke umah sewa lain. Dn kerana geram sgt terus beli umah tp kena tunggu juga utk duduk disitu (dh jual umah tu)..Tp sekarang dah beli umah lain n tak nak pindah lg kecuali pindah ke kubur je la...

ummumishkah said...

Dapat bayangkan kekecewaan kalian sekeluarga tapi Alhamdulillah... masih dapat stay kat rumah lama!

maiyah said...

sabar ye dik.. camna pun nasib baik dpt yg lama tu balik gak kan

Nida said...

Shaniza:
W.salam... dapat bayangkan kepenatan akak 13 tahun yg lepas. Dulu saya pernah juga alami peristiwa tu.. 2 bulan duk Pasir Gudang, pastu hubby kena pindah ke Batu Pahat, hanya sebulan kami duk situ.. pastu pindah lagi sebab hubby kena pindah lagi... cuma nasib baik belum ada anak lagi masa tu, so takdelah penat sangat nak mengemas barang (tak banyak).

Ummunishkah:
Terima kasih kerana dapat menyelami perasaan kami..

Maiyah:
Alhamdulillah masih dapat stay sini lagi.. klu tak terpaksalah menumpang rumah sapa2 yg sudi.. (sedihnya bunyi)

tinta kasturi said...

selamat hari raya idul adha
buat puan sekeluarga

berat mata memandang,
berat lagi bahu mengemas dan mempacking dan mengemas semula
(tak dapek den nak koba ai)

masyaAllah
La haula wala quwwata iila billah.

sabar ek

jeep said...

ade 3 kosong deret2 umah aku ni...

Syuhada Kamal said...

sabar ye kak, dugaan tu, insyaAllah akan digantikn dgn sesuatu yg lebih baik..:)

香魚烘蛋Tata said...

徵信社,尋人,偵探,偵探社,徵才,私家偵探,徵信,徵信社,徵信公司,抓猴,出軌,婚姻,劈腿,感情,第三者,婚外情,一夜情,小老婆,外遇,商標,市場調查,公平交易法,抓姦,債務,債務協商,應收帳款,詐欺,離婚,監護權,法律諮詢,法律常識,離婚諮詢,錄音,找人,追蹤器,GPS,徵信,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信社