Anugerah Tuhan Yang Bermakna...


Hari ni genaplah usia mak yang ke 53 tahun....disaat begini teringat segala kenangan menyambut hari lahirnya bersama adik beradik dan arwah abah...sudah hampir 5 tahun arwah abah meninggalkan kita...pabila Ramadan menjelma sudah tentu kenangan 5 tahun yang lalu menggamit kembali kerana Allah menjemputmu abah ketika ramadan hampir sampai ke penghujungnya. Walaupun 5 tahun sudah berlalu, setiap kenangan kami bersama arwah abah dalam meraikan ulang tahun kelahiran emak masih aku ingat..

Antara kenangan yang masih kemas dalam lipatan sejarahku ialah pernah suatu hari emak merajuk sebab arwah abah terlupa hari itu adalah harijadi emak dan emak suruh merahsiakannya dari pengetahuan abah, kononnya nak menguji daya ingatan abah... Masa tu kami adik beradik berpakat untuk memberitahu abah secara senyap, bila arwah abah tahu je, beliau pun terus ke Sungai Rengit mencari hadiah buat emak....dan yg paling aku tak boleh lupakan, semasa arwah abah memberi mak hadiah itu, terlihat seulas senyuman menguntum di bibir emak (tapi akhirnya emak tahu juga kami yg memberitahu arwah abah :-) )...

Ketahuilah olehmu emak, emak adalah anugerah Tuhan yang terbesar buat kami adik beradik. Wajahmu tidak pernah putus diingatanku setiap masa. Wajahmu ini adalah merupakan salah satu wajah yang amatku rindui. Aku menyayangimu sehingga hujung nyawaku lantaran dirimu tidak pernah sekelumit pun mengeluh dalam membesarkan kami, jiwamu begitu suci dan murni. Tatkala aku menitipkan apa yang bersarang dibenak rasa ketika ini, air mata secara tidak diundang mengalir membasahi pipi mengenangkan betapa besarnya pengorbanan dan jasa emak kepada diri ini..terlalu besar, kadang2 aku terfikir mampukah aku menjadi seorang ibu yang sebaik emak..setabah emak...doa dari anakmu, semoga emak terus tabah dalam meniti kehidupan, diberi kesihatan olehNya dan dipanjangkan umur untuk beribadat... Along Sayang Emak...Selamat Ulang Tahun buat yang tersayang, EMAK.

Buat adik-adik, sayangilah emak sebagaimana emak menyayangi kita. Jangan kita menyesal dikemudian hari kerana tidak mengasihi dan menghormati mereka sewajarnya kerana pada ketika itu orang yang kita ingin hormati dan balas jasanya itu pula sudah kembali ke alam lain..

p/s: kenapa minggu ni aku kerap menangis ye...agaknya terlalu rindu pd saudara mara di sana n risaukan keadaan di Malaysia sekarang...H1N1 semakin mengganas.

9 comments:

Hanafiah said...

Buat Emak - selamat ulang tahun ke 53. Pengorganan dan ketabahan emak dalam menghadapi cabaran sering menjadi tauladan buat kami.

Asmida said...

Buat mak juga...Buat kali ke-2 (coz pagi tadi before g keje dah wish besday mak..).. Selamat hari lahir ke-53.. Semoga mak sihat, panjang umur,sentiasa bertambah rezeki dan dilindungi Allah selalu... Walaupun mak bukan ibu yang melahirkan As, bila mak disisi, sentiasa membantu, banyak berkorban.. terasa mak ini seperti ibu As sendiri... Mak yang sangat As sayangi...Kadangkala mengalir juga air mata ini melihat pengorbanan mak dalam mebesarkan anak2nya tanpa suami disisi... Emak seorang ibu yang tabah.. Semoga Allah jua yang memalas baik budi dan jasa mak selama ini...... Happy Besday to mak...... We all love you so much.....

Nida said...

Baru tadi dapat cakap ngan mak kat tepon.....rindu semakin menebal lak..hehe.

p/s: Thanks As kerana sudi menjaga mak, walaupun mak hanya mak mertua tp As layan macam mak As sendiri...terima kasih sekali lagi :-)

Asmida said...

Walau apa2pun dia tetap ibu kepada suami kita.. dia yang melahirkan suami kita... tanpa ibu, tiadalah suami kita.... Bila dia ibu suami kita, kita akan juga merasa yang dia ibu kita... tambahan lagi kita seorang ibu... dan mempunyai anak... Panjang umur kita pula yang akan duduk ditempat ibu kita....masa tu...kita dah berusia...mudah2an anak2 ingat pada kita pula......
:-)

muqay said...

Maksu, muda lagi Mak maksu yer....

Nida said...

ooo ye ker....:-)...

fAiRuLLaH's de GrEaT! said...

selamat hari jadi mak.. yu sayang kat mak.. selalulah kita berdoa untuk kesejahteraan mak dan sedekahkan al-fatihah untuk arwah abah......amin

Nida said...

Semoga abah damai 'di sana' aminnnn...

kehidupan ejai... said...

kami sayang mak...