Proud Of You..

Alhamdulillah sekarang musim telah bertukar dari winter ke spring, bunga2 mula menguntum dan bermekar... Aku sekarang ni pun sedang menguntum senyum dan bersemangat untuk membingkiskan kata-kata bermekar sayang.....(amboi, macam ayat bercinta lak..hehe), sebab apa? Sebab anak2ku telah membuatkan hidung aku kembang minggu ni..(memang dah kembang pun....hehe)

(Hadiah yang baru diambil semalam)

Tahniah! Tahniah! Tahniah! Buat Mizah n Azi sebab membanggakan ibu n abah, teruskan perjuangan dalam menuntut ilmu, kami sentiasa mendoakan kejayaan buat semua anak2 ibu n abah...( teringat hadiah pertamaku dari arwah abah sebab aku berjaya dalam pelajaran , basikal warna merah....:-)

Sijil Kakak Mizah dapat pada minggu ni..Sijil-sijil yang telah Kakak Mizah dapat di Pinehill SchoolNama Kakak Mizah dalam buletin sekolahnya (baru dapat semalam)

Semalam ada penyampaian hadiah pada senarai pelajar terbaik minggu ni, kesian juga pada Kakak Mizah sebab tak dapat ambil (masih bercuti dari chicken pox)...tapi bila dia dapat tahu namanya tersenarai..senyum sampai ke telinga (boleh ke senyum sampai ke telinga ek? ) :-/

Sijil yang Akak Azi dapat pada minggu niSijil2 yang Akak Azi dapat di Pinehill School

p/s: hari ni gambar famili keluar dalam Salam Perantauan Utusan Malaysia...:-)

6 comments:

fAiRuLLaH's de GrEaT! said...

tahniah untuk mizah ... semoga Mizah dan anis cepat sembuh dari Chicken pox

Nida said...

Thanks Pak Ngah.....

Nanti bolehlah Pak Ngah belanja kami makan kfc banyak2 ek (p/s: bg pihak Mizah n Azi)

Asiah said...

salam ida.. baru hr ni jengah sini.. tahniah buat mizah dan azie..

dah baik ke chicken pox? kagum gak mizah berpuasa walaupun tak sihat.

norazlina said...

boleh jilid buat buku sijil2 tu ya!!! tahniahlah..seronok tgk sekolah kat sini..cikgu ida boleh amik idea terapkan kat sekolah m'sia!! hehhe..

gambar keluar utusan tu gambar kita ramai2 ke?

Nida said...

Terima kasih Kak Asiah..

Alhamdulillah dah mula sekolah semalam...harap2 Mizah dapat puasa sampai ke hujung Ramadan. Nasib baik cikgu dia tahu pasal Ramadan.

Nida said...

Insya Allah akan dijilidkan nnt :-).

Betul tu Na...bagus juga ada pengalaman kat oversea ni, so bolehlah diterapkan sekembali ke Malaysia nnt.

p/s: Gambar fmili Cik Piah kat Mt. Ruapehu jer.. Kak Asiah n Abg Mie mula2 dah masuk dulu, hr pertama Ramadan lg :-)