Bertukar Shift...

Kalau dulu Akak Azi kena chicken pox....kali ini giliran Kakak Mizah n Anis pulak..hehe. Puas juga kami mengkuarantinkan Akak Azi, tapi tak guna juga, sebabnya masa hubby hantar mc Mizah kat sekolah, pihak sekolah memaklumkan sekarang ni memang tengah musim budak2 kena chicken pox kat Pinehill School.. Patutlah Akak Azi ada bagitahu sebelum dia kena hari tu ada kawan sekelasnya datang sekolah walaupun chicken pox kat badan kawannya masih berair..mungkin susah juga parentnya nak tinggalkan anak kat rumah, terpaksa bekerja + tiada sesiapa kat rumah... kadang2 serba salah juga dibuatnya, nak taknak tu yang terpaksa juga anak yang sakit ni ke sekolah... (sebab tu yang performance kelas Akak Azi masa minggu Akak Azi kena chicken pox tu dibatalkan, sebab ramai yg cuti kena chicken pox). Bagi Mizah ni sure pengalaman yang tak akan dilupakan, mana taknya, pertama kali berpuasa di luar negara dah kena chicken pox :-)...
Aktiviti dimasa lapang bila tak ke sekolah...

Mmm.... diam tak diam dah tiga hari aku n famili berpuasa di rantauan ni...oklah juga sebab cuaca sejuk + berbuka awal (kul 5 lebih), so takdelah letih sangat. Tapi yang tak bestnya, pening juga kepala ni nak fikirkan menu untuk berbuka. Kalau kat Malaysia senang sikit sebab agak2 malas nak masak beli jer kat bazar Ramadan, kat sini semuanya kena buat sendiri..pastu si Mizah ni dah pandai demand nak makan apa..kadang2 kepala ni dah set lain nak masak apa, terpaksalah tukar menu lak....tu belum request dari hubby lagi nak makan apa..hehe.
Wajah-wajah kena chicken pox..hehe

Hari ni ingatkan nak masak nasi jer, tapi si Mizah leh jawab "alaaaa....nasi lagi...kakak nak makan laksa", so terpaksalah tukar menu sebab kesian juga kat Mizah yang berpuasa ni (Alhamdulillah setakat ni penuh lagi)...pastu hubby boleh lak menyampuk, "Hari ni ibu buat terung masak kari n ikan bakar ek"....wah, dah macam tauke restoran lak aku ni..hehe..nasib baiklah si Akak Azi n Anis lum pandai mintak2 lagi..kalau tak........ hmmmmmmmm......

p/s: Selamat berpuasa dan berbuka buat semua di Malaysia dan dimana2 je lah tak semestinya di Malaysia je....:-)..dah macam ucapan raya lak dah.....

9 comments:

Asmida said...

Ala ciannye.... nasib baik sempat buat perfomence hari tuh.. Semoga Kakak dan Anis cepat sembuh... Selamat menjalani ibadah puasa... Afiq baru puasa 1 setengah hari....

Nida said...

Insya Allah...

Wah, tahniah buat Afiq...Akak Azi baru dapat puasa setengah hari jer..hehe.

bakhtiarazi said...

Hehehe...mmg rindu ah pasar ramadhan. Belum balik ofis lagi siap dah kuar gi beli makanan. Yati lagi pening. Bila tanya husband nak makan apa, katanya "apa2 jer la. Jemput2 bawang pun takpe". Hehehe...

Nida said...

Dulu bila tengok adik kat MRSM muadzam sure singgah pasar pagi kat situ, beli apam balik..beshhhhh

p/s:moral of the story, apam balik Muadzam Shah memang besh utk dibawa berbuka..:-)

Hanafiah said...

Perghhh menarik tu idea jemput bawang...Ida bolehler masak menu tu nanti utk buka.

Asmida said...

Hari ni kami nak meraikan buka puasa bersama ejai+As+Yu+Mak sempena besday wan+esah+mak bulan nie....menu???sure mervellous....

Nida said...

uwaaaaaa...jelesnya As...

terbayang kerang masak goreng berlada ala2 rasa Tom Yam ...bestnya...

p/s:sampaikan ucapan selamat hari jadi buat mak, ecah n iwan dari Along buat semua ye..

fAiRuLLaH's de GrEaT! said...

hahhahaa.. kalo nak tengok menu.. tunggu.... tengok kat blog heheheh

Nida said...

uwaaaaaaaaaaaaaaaaa.......jelesnya

Makkkkkk....Iyu jahat....