Rugi Di Dalam Untung..

Thanks kepada Mak Lang Som atas hadiah tudung ni...:-)
Kalau baca entri aku dulu, sure ingat lagi kes tak jadi masuk Maritime Museum sebab tak cukup $2 nak parking....masa tu kesian kat anak2 hampa bangat....
Suka ler tu dapat juga masuk Maritime Museum ni...kalau tak, ermmmm panjangnya muncung

Tapi setiap yang berlaku ada hikmahnya, masa tu kalau nak masuk + cruise satu Auckland tiket masuk untuk per family $60...ntah macam mana minggu lepas hby ada suruh aku surf internet tempat2 yg boleh bawak anak2 jalan, dan syaratnya tempat tu kena murah dan bertutup (maklumlah winterkan)...so godeh punya godeh leh pulak aku terjumpa pasal Maritime Museum, yang bestnya untuk bulan ni warga Northshore boleh masuk free (kena tunjuk bil sbg bahan bukti warga Northshore)...wah best betul.
Sambil berbisik dalam hati "Bila ler aku dapat menjamah naik kapal macam ni ek, tapi seram gak bila teringat cerita Titanic tu"...:-)

Itulah hikmahnya tak cukup $2 dulu..kalau tak nyesal tak sudah melayang $60...ni kira profit yang berlipat ganda ler buat family aku yang ramai angkatannya :-)....tapi dalam untung tu ada gak ruginya, nak tahu sebab apa????? Kalau nak park kereta kat situ kena bayar at least for 3 hours, so semua sekali $6, tapi tiket parking (untuk hari Ahad je) tu still valid until the next morning, maknanya sampai esok (Isnin) pun leh pakai dengan hanya membayar $6 jer...so boleh ler kita past2 tiket tu kat orang lain...dulu masa tak cukup $2 takde lak orang nak bagi tiket parking free, ni bila dah settle bayar tiket tak sampai pun 5 minit ada lak satu Mat Salleh ni nak bagi tiket dia secara FREE...uwaaaaaaaaa.....kami dah ada tiket pun....rugi tu, $6 kalau didarab dengan RM2.3 sama dengan jumlah sepinggan Nasi Beriani Gam Special tuh.... (tapi bila dah kat sini jangan try convert2 dengan duit RM ler, buat sakit hati jer)

Jangan tak tahu, ada kedai runcit kat kapal....cuma kopi cap kapal api je takde jual kat sini (ada kaitan gak tu sebab ada perkataan kapal)

Maritime Museum kat Auckland ni top ten in the world tau....banyaklah jenis2 kapal yang ada kat pameran ni...suasana dalam perut kapal, atas kapal, tepi kapal... macam2lah.... pastu ada juga pameran2 lain yg berkaitan dengan dunia maritim ni...so layan je ler ye gambar2 ni ye....

p/s: "Kadang-kadang Tuhan sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan bertanya-tanya kemana hilangnya matahari, rupa-rupanya Tuhan hendak memberi kita pelangi"...semoga ianya menjadi kata-kata dalam memotivasikan diri andai kita teralpa tentang hikmah sesuatu yang berlaku kepada kita...

Pertemuan DiKala Kedinginan Mula Mencengkam...

Majlis MAPSA Winter Gathering
Tempat :Albany Primary School
Masa : 11.00am-2.00pm
Tarikh :25 Julai 2009
Hari : Sabtu

Alhamdulillah kami (Warga Northshore) selaku tuan rumah majlis Gathering MAPSA pada kali ni dapat menjalankan tugas dengan jayanya (mudah2an)....tahniah buat Penghulu Northshore dan anak2 buahnya (termasuk keluarga aku ler tu)..terima kasih kepada mereka yang sudi hadir, sampai ada yang sanggup naik bas datang dari city
Antara orang2 kuat MAPSA

Konsep adalah pot luck, tapi kami sebagai tuan rumah telah mengagihkan tugas antara kami untuk menyediakan main menu makanan tradisi Johor iaitu Soto, kalau soal rasa memang tak boleh dipertikaikan lagi kami warga Northshore ni memasak..... memang..memang ler marvellous :-) (berat juga ye nak angkat bakul sendiri ni ek..hehe).

"Makcik kantin, nak air dua posen"

Sempat jugalah kami diperkenalkan dengan ahli-ahli baru MAPSA, so secara tak langsung dapatlah mengeratkan lagi ukhuwah. Masa ni, aku ditugaskan buat sambal kicap n bawang goreng (aku yg request), hby lak kena jadi photographer. Majlis ni memang happening bangat, semua kanak2 dapat goodies, siap ada cabutan bertuah lagi (budak2 je, mak n bapak budak takdok), nama aku ni memang jarang naik klu bab2 cabutan bertuah ni...tapi Kakak Mizah boleh pulak nama dia naik masa tu (dah nama pun cabutan bertuah untuk kanak2, klu nama aku termasuk miracle ler tu...awet muda sepanjang zaman..hehe)...pastu dah si Kakak Azi merajuk sebab dia tak dapat...last2 hadiah tu bagi kat Anis jer, habis cerita, takyah rebut2.

Pilih jangan tak pilih, nak nasi himpit, mi kasar, mi halus, kuetiaw..macam2 adaApa juga ye yang dibualkan tu?

p/s: MAPSA (Malaysia-Auckland Postgraduate Student Association)

Teladan dan Tauladan

Sekarang suhu dah mula meningkat (but it's still chill here), aku pun dah mula ambil anak2 semula dari sekolah, sebelum ni hby ambil sebab cuaca sejuk sangat so takleh ler aku jalan kaki bawak Anis (kesian kat Anis)....Tapi masa autumn dulu ada juga beberapa kali aku ambil mereka...(tapi menurut ramalan cuaca, Jumaat n Sabtu ni suhu turun balik ke paras 3 degrees...dan 0 degree this coming sunday ( berlapis lagi ler baju aku pakai......:-/)

Ada dua perkara yang aku nak share kat sini sepanjang kaki aku melangkah dan melangkah dan seterusnya melangkah (berapa banyak melangkah daaa....) dari Masons Apartment (rumah aku ler tu) ke Pinehill School (tak sampai 1 km pun), pertama budaya pemandu2 kat sini...cukup hormat pada pejalan kaki, tidak menjadi masalah untuk aku melintas... cukup mudah, mereka pasti berhenti dan bg pejalan kaki melintas (walaupun bukan pada zebra crossing)..anak2 ku siap buat rumusan lagi "ni kalau kat Malaysia kena tunggu jalan clear baru boleh melintaskan ibu"...so kepada pemandu2 di Malaysia termasuklah juga tuan punya blog ni (aku ler tu) hayatilah kata2 Nabil 'Lu fikirlah sendiri' .....Satu lagi keistimewaan NZ ni ialah rata2 di kiri dan kanan bahu jalan ada pathway untuk pejalan kaki dan penunggang basikal, jadi keselamatan mereka2 ini memang terjamin sepenuhnya (kecualilah ada kereta mabuk terbabas ke bahu jalan..:-))...patutlah Auckland ni dapat anugerah no. 4 daripada 215 cities in the world 'Quality of Living'.....keterangan lebih lanjut diblog suamiku (siap promote blog suami lagi tu..hehe)
Perkara kedua aku nak share ialah budaya penunggang basikal kat sini....siap pakai topi keselamatan lagi... jarang benar aku tengok mereka tak pakai, budak kecik pun klu naik basikal pun akan pakai topi keselamatan ni....tak kira ler basikal ke, tricycle ke, rollerblade ker, skate ker atau apa2 je ler yg seangkatan dengannya sure pakai topi ni.......terfikir gak aku masa tu, kita macam mana?????? naik motor pun ada yg tak pakai helmet...betul tak?????

P/s: yang baik jadikan teladan, yang kurang baik boleh diperbaiki lagi, yang buruk jadikan sempadan......apa2 pun Malaysia tetap di hati....adiosssssss

Hari Pertama...

Mizah (Fairy Tales) berdiri paling kiri, masa ni semua kena pakai baju tale story, nasib baik baju2 ni kat sini senang dapat n murah....yang jadi Witch tulah cikgu dia..

Setelah 2 minggu cuti sekolah semalam bermulalah term 3.. Buat kali pertama anak2 ku bangun seawal pagi..tak sabau2 nak pergi sekolah..."ye!Ye...hari ni boleh main monkey bar dengan kawan" kata Mizah sebaik sahaja buka mata. Tangannya sampai hancur, sebab asyik duk bergayut je kat monkey bar tu...(aku pun tak kuat nak bergayut kat situ..hehe)

Seperti biasa hari pertama lepas naik cuti mereka kena bercerita activities during the holiday.. anakku ni bila balik jer dari sekolah pun bercerita ler denganku apa yg dia cerita kat cikgu 'tadi kakak cakap during the holiday I went to Mt. Ruapehu, Tofu Shop, Pak n Save n Warehouse'...apalagi ketawa besar aku bila dengar Mizah bercerita....kalau nak tahu Tofu Shop, Pak n Save dan Warehouse tu semuanya dekat jer dengan rumah aku, lebih kurang dalam lingkungan tak sampai pun 3 km, patutnya tak payah cakap dengan cikgu pun takpe, bukan special pun tempat2 tu...hehe.

Kesian juga kat anak2, anakku yg kedua selalu tanya "abah kenapa kat sini kita tak boleh tidur kat hotel"...hmmmm, puas dah kami terangkan, tapi budak2 bukannya mereka faham sepenuhnya... Si Anis lak pantang tengok iklan KFC ke, McDonald ke, Pizza Hut ke atau Burger King, sure mulutnya tak putus2 menyebut.."Yummy..yummy"...siap konon2 amik makanan tu kat tv then buat pura2 makan, pastu siap suapkan aku lagi (aku pun buat ler pura2 kunyah)... :-)


p/s : Semalam yg seronok, dapat chatting dengan ramai kawan2 dari SMK Pandan.... I miss you all

Ala2 Genting Highland Gitu...

Apa yang aku nak kongsi cerita sebenarnya ialah keadaan kat sini yang kerap sangat berkabus ala2 Genting Highland..jarak penglihatan mungkin dalam sekitar 50 meter jer. Sekarang masih lagi musim winter, kalau sejuk tu tak usah nak cakap ler..(dah nama pun winter), pukul 7.30pg pun macam pukul 6.30 pg kat Malaysia...pukul 12 lebih dah masuk Zuhur....kul 5 lebih dah maghrib (sekarang malam lebih panjang dari siang)..boring gak bila cepat sangat gelap ni sebabnya kul 9 mlm dah tidur, klu kat Malaysia kul 9 baru nak keluar cari makan..hehe. Tapi itu musim winter, salah seorang rakan kami memberitahu nanti akan datang bila summer menjengah kul 11 malam baru masuk isyak dan pada masa tu juga kul 4 pagi dah subuh.. (sebab masa tu siang lebih panjang dari malam)..bayangkanlah kalau berpuasa diwaktu tu...perghhhh......lamanya nak tunggu berbuka :-)...itulah cabaran dan dugaan yg kena kita tempuhi...
Sempat lagi tu....:-)

Semalam aku pergi ke Pak n Save beli topup...keluar dari rumah kul 4.45pm, pastu lepas habis beli topup n barang2 dapur, kami pun keluar dari bangunan tu dalam kul 5.30pm...keluar2 jer dah gelap...boring gak ye kalau macam gini, nasib baik ler Malaysia takde 4 musim, kalau tak nanti ada yang masanya malam panjang..siang panjang, sekarang bila tengah malam panjang so beza waktu New Zealand lebih 4 jam ke depan berbanding Malaysia..tapi bila siang panjang nanti so kat sini akan tambah satu jam ke depan..maksudnya NZ akan jadi 5 jam lak ke depan berbanding Malaysia....CONFUSE?????????? don't worry, tak masuk peksa pun :-)

Ku Ingin Pulang...

Dua, tiga hari ni sukar sangat nak melelapkan mata. Banyak sangat yang difikirkan, Nak bergaji semula, nak bantu keluarga dan macam2 lagilah..... kadang2 rasa terlalu rindu untuk bekerja semula..mengajar anak2 bangsa, rindu pada perangai mereka. Memanglah terlalu mencabar untuk mengajar budak2 upper form ni, apatah lagi mereka sudah agak pandai menjawab bila dimarahi..tapi aku anggap itu semua warna2 dalam kehidupan seorang insan yang bernama "GURU".

Teringat arwah abah pernah motornya dulu pelajar masukkan pasir ke dalam tangki minyak (Arwah abah pernah menjadi guru disiplin di sekolah menengah)..pernah juga ibubapa datang ke rumah kerana tak puas hati arwah abah gunting rambut anak lelakinya (sebab rambut pelajar tersebut panjang)... itulah cabaran dan dugaan seorang guru.Tapi cabaran guru sekarang mungkin berbeza dengan dulu, sekarang nak cakap pun kena tapis2..nak cuit lagilah bahaya walaupun sesama jantina, apatah lagi nak merotan... Aku dulu kalau kena marah atau kena rotan dengan cikgu sudah tentu balik tak akan mengadu pada family..sebab apa? Sebab nanti makin kena tambah lagi ada ler... kalau berselisih dengan guru di luar kawasan sekolah, kalau boleh nak disorok muka ni..tapi budak2 sekarang (tak semua), berlanggar bahu dengan guru pun buat tak tahu jer...

Bila hubby dah pergi ke universiti dan anak2 dah ke sekolah, mulalah rasa bosan bertandang (nasib baiklah si Anis ada buat peneman dan penyeri suasana), masa tu rasa macam nak terbang je ke Malaysia dan mengajar semula...nak develop kerjaya, nak bantu family..macam2lah yang ada dibenak rasa... bila lihat jam di dinding sudah tentu fikiran ni melayang ke bumi tercinta "pada waktu ni pasti aku sedang mengajar andainya aku di Malaysia". Entah ye, kenapa sejak 2,3 hari ni aku begitu rindu nak bekerja semula..kadang2 tak terseka juga airmata dari mengalir rindu segalanya yang ditinggalkan sementara di sana..

Tuhan Maha Mengetahui, sedang airmata ini terlalu murah untuk mengalir dikala ini, aku telah mendapat satu emel dari sepupuku (Nurul Affiza)... ayat-ayat dalam tulisannya begitu menyentuh perasaan, seolah-olah memahami apa yang bergelodak dalam jiwaku sekarang ini, sedangkan apa yang ku rasa tiada siapa yang tahu kecuali Dia... tulisannya benar2 membangkitkan semangat ku semula untuk terus mengharungi hari2 di bumi asing ini..

Antara kandungan emel sepupuku Nurul Affiza:

kadang2 terfikir...hidup kita ni tak tau panjang atau pendek...selagi kita bernyawa...selagi itulah kita patut cipta sebanyak mungkin kenangan terutama dengan keluarga kita kan?!!........

Di Tengah Kabus

Tajuk entri aku ni mengingat aku pada novel Khadijah Hashim, novel pertama hadiah dari arwah abah, masa tu adikku (Fairullah) dapat novel bertajuk Laila Azwa Gadisku. Aku memang minat hasil tulisan Khadijah Hashim...dulu arwah abah memang tak menggalakkan aku untuk masuk aliran Sains, aku ingat lagi kata-katanya "Abah rasa Along akan lebih berjaya kalau masuk aliran Sastera sebab abah nampak minat Along ke arah itu"...
Dulu dengan mesin taip buruk arwah abah tu lah tempat aku buat cerpen dan sajak, masa tu aku baru tingkatan 2...siaplah juga 2 buah cerpen dan beberapa buah sajak (tapi entah kemana dah sajak2 tu), kuingat lagi, lepas habis cerpen pertama yang ku tulis (tajuknya Demi Sebuah Harapan), arwah abah mengajakku ke sebuah kedai di Sungai Rengit (kat Pengerang tu jelah pekan yg kami ada), rupa2nya abah suruh aku fotostat dan binding cerpen aku tu, terharu sangat aku masa tu sebab arwah abah bersungguh-sungguh terhadap hasil kerjaku dan sebenarnya ibubapa lebih nampak apa yang kita ada berbanding diri kita sendiri..tapi aku ni degil, nak juga masuk aliran Sains sebab kawan2 baikku semuanya masuk SBP dan MRSM... abah agak berat hati untuk melepaskanku ke MRSM Jasin, tapi aku tahu jauh di sudut hatinya dia juga gembira kerana aku dapat ke MRSM.. itu cerita lama...tapi kenangan aku bersama dengan Arwah Muhammadon Bin Juhari tetap segar dan mekar sampai bila-bila...(I miss you so much)...


Kadang-kadang hidup ini tidak selamanya cerah, kabus mungkin bertandang di tengah perjalanan hidup..pesanan ini buat diri sendiri jua. Apabila ku terbaca tulisan dalam blog anak saudara suamiku (Ustaz Miqdad), ia banyak mengingatkan aku tentang hakikat bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan olehNya....semoga kita tidak menjadi insan yang kufur nikmat..

Aku yang bertoncit (paling kanan sekali)

Lukisan Hidupmu..

My classmate (Northcote College)

Hidup aku di sini dikelilingi dengan insan2 yang sedang menuntut ilmu demi mengejar cita-cita dan impian...secara tidak langsung membuatkan aku bersemangat untuk menuntut ilmu sama, biarpun tidak setanding dengan mereka, namun niat untuk terus belajar tidak pernah padam (cuma kadangkala suram je..hehe)...aku masih ingat lagi pesanan Pengetua sekolah lamaku dulu (SMK Pandan)..."bila dah di New Zealand nanti belajarlah sesuatu..."kata2 itulah memberikan aku semangat untuk terus belajar....kini term 2 telah berlalu, Insya Allah awal bulan 8 nanti bermulalah term 3..:-)

Thanks to my teacher (Jan Tyler) for everything she taught me

Aku telah cipta sebuah sajak khas buat rakan-rakan yang masih dalam perjuangan menuntut ilmu, hayatilah bait-bait yang telah terpena olehku ini...ku doakan semoga kalian beroleh kejayaan...aminnnnnn....


Telah kau lalui perjalanan yang berliku
telah kau rempuhi ombak badai dalam menuntut ilmu
perlu apa kau berpatah semula andai jalan itu yang kau pilih
melangkahlah dengan cekal hingga kau temu hujungnya
iringan doa pemandu arah dikala kesesatan

Jalan hidup ini kau yang bikin sendiri
hitam putih kehidupan kaulah pengaturnya
warnailah lukisan hidupmu seceria warna pelangi
lantaran hidup hanyalah sekali..
Ingatlah...ini lukisanmu!
kaulah pelukisnya
kaulah pengaturnya
semuanya bergantung pada insan yang bernama KAU..
pada insan yang bernama KAU
dengan payung keredhaan Ilahi

Dalam membina keyakinan diri perlu ada kekuatan
dalam menimba selautan ilmu pasti ada keperitan
adakalanya cerah tidak sepanjang jalan
mendung bertamu menguji kesabaran
jangan mengeluh, ingatlah Tuhan
bulatkan tekad mengejar impian
buat sebuah kemenangan dalam manisnya kenangan

Andai impikan kejayaan
dakilah tangga hingga ke puncak
biar bertatih atau merangkak
jangan berpatah walau selangkah
terus mencuba jangan mengalah
pantang berundur sebelum berjuang
piala kemenangan pasti kau julang.


(ditujukan buat semua insan yang masih menuntut ilmu...doa ku panjat pada Ilahi, semoga dirimu beroleh kejayaan...Insya Allah)

Winter Ruapehu Episod Akhir

Masa untuk mengucapkan selamat tinggal pada Mount Ruapehu telah tiba. Kami bertolak pulang pada pukul 11.30am, diiringi dengan hujan hampir sepanjang jalan. Kami melalui Desert Road, pada masa tu aku rasa seolah-olah berada di bumi yang sungguh asing, salji menyelaputi kiri dan kanan..cantik sangat, dengan pelbagai corak dan bentuk. Hujan bercampur dengan salji bertambah lebat ketika melalui kawasan Desert Rd ketika itu, suhu di luar sekitar 1-2 darjah celcius jer.
Hujan lebat...salji dikiri dan kanan bahu jalanCorak-corak yang menarik melakari sepanjang Desert Road

Ketua penanggah telah bertukar, terima kasih kami ucapkan pada Tok Penghulu Azwan dan Mak Penghulu Liza (orang kuat yang merealisasikan trip kali ni). Perjalanan kami melalui jalan yang berbeza dengan jalan masa pergi...sebab apa? Sebab kami nak singgah ke Taupo Lake (terbesar di dunia akibat dari letupan gunung berapi kira-kira 5 ribu tahun dahulu) dan bandar Hamilton.

Wajah anak-anakku yang keletihan
Tasik yang luas terbentang

Setibanya kami di tasik itu, pemandangan sangat cantik, sayup mata memandang...pada asalnya kami ingin berhenti makan di sini, tapi disebabkan hujan hajat kami terpaksa dibatalkan..tapi hajat bergambar tak pernah batal (sempat lagi tu)..hehe
Kami berhenti di Tokoroa setelah 4 jam lebih perjalanan,masa tu rasa nak tercabut pinggang ni..lenguh (maklumlah dah lama tak travel jauh2 ni).. Setelah selesai solat jamak Zuhur dan Asar, kemudian kami makan (dah jadi makan malam pulak sebab tghari tak sempat makan tadi)...pada awalnya kami bercadang nak teruskan perjalanan tapi disebabkan waktu Maghrib pun dah nak masuk, so kami pun tunggulah untuk jamak Maghrib dan Isyak...Setelah selesai solat, kami pun teruskan perjalanan untuk pulang....hari dah semakin gelap (kat sini pukul 5 lebih dah masuk Maghrib dan pukul 6 lebih dah masuk Isyak)...dan akhirnya pada pukul 9.20pm kami pun sampai ke rumah kami... Badan mula terasa letih, sehari suntuk kami dalam perjalanan... Terima kasih sekali lagi kepada Saudara Azwan Azmi dan isterinya Norliza kerana mengatur trip ini...juga kepada insan2 yang turut sama menjadikan percutian kali ini sebagai realiti (cehhh...ayat macam menang award jer..hehe)

Winter Ruapehu Episod 2

Happy birthday to you...pada malam pertama, kami sempatlah meraikan hari jadi Abang Mie and Dina...siap ada kek coklat lagi. Meriah bukan main, macam kenduri kahwin pun ada gaya.
Pada keesokan harinya, dengan semangat waja dan semangat kesatriaan (ada kaitan gak tu, sebab nak naik gunung kannn), pagi2 lagi kami semua dah bangun. Sedang aku leka bersama kroni duk sibuk memasak, tiba2 terpandanglah ler kat luar dan ternampaklah Mount Ruapehu yang tersergam indah...wah cantiknya, bisikku di dalam hati (dah start dah ayat jiwang aku..hehe)...lepas dah settle semuanya, pada pukul 9.15a.m kami berkumpul di rumah Abang Mie and kroni, dan tepat pada pukul 9.30a.m kami memulakan perjalanan.. Kelakar sangat masa tu sebabnya masing2 dah macam penguin, mana taknya dah bila pakai baju tebal, badan pun macam gemuk semacam je ler...
Gunung Ruapehu seolah melambai-lambai kepada kami..chewahhh (kereta auto cruise Tok Penghulu..hehe)

Aku dan suami risau juga bila naik ke gunung tu, jalannya sempit dan licin, maklumlah keadaan tayar kereta kami yg agak botak..masa tu tawakkal je lah (formalnya ayat). Selepas parking kami menaiki bas untuk ke atas lagi...budak2 ler paling seronok naik bas, jakunlah katakan..hehe.Then kaum2 adam pun pergilah ke kaunter tiket untuk naik skylift ($30 for family package)...masa naik tu Tuhan je ler tahu betapa berdebarnya jantung aku ni..gayat ler katakan...masa tu nak cakap pun takut, takut jatuh (padahal takde kaitan pun cakap ngan jatuh)Bila dah sampai, aktiviti pertama anak2ku ialah buat snowman, tapi buat punya buat last2 tak jadi2...hehe. Bila dah penat main lapar ler pulak, singgah ler jap kat cafe atas tu, nak makan burger takleh sebab tak halal, so makan je ler kentang goreng n air cappucino panas....

Time nak balik tu ada satu peristiwa yang sangat mencemaskan, salah seorang ahli trip kami ni ada yang pregnant...masa dia naik sktlift tu untuk turun, tiba2 dia macam tak sedarkan diri...cemas kami masa tu, ye lah mana taknya, Akak tu kira dah sarat juga pastu naik skylift tu dengan anaknya yang paling kecil (4 years), terfikir macam manalah kalau terjatuh...last2 dia bangun..haaaaaaa....lega bangat kami masa tu...Kak Asiah, Kak Asiah...macam nak putus nafas kami masa tu..hehe..(rupa2nya dia gayat sebab tu dia kena terlentang, takleh tengok bawah)..
Haaa......ni acara yang paling best, slide menggunakan sled..sewa $10 untuk sejam.. macam2 aksi masa tu, ada yang tergolek, terlentang, terkangkang dan macam-macam lagilah..hehe. Aku n fmily maintain, rekod tak pernah terlentang atau tergolek....cuma termakan salji tu je banyak kali..hehe
Sebelum balik kami sempat makan tengahari , nasib baik ada portable stove, so bolehlah kami panaskan lauk...pastu snow pun turun...wah...jakun lagi....at least dalam hidup aku ni pernahlah juga tengok snow turun..heheHampir 5 jam kami bermain salji..balik pun masing2 dah lepak, malam hari tu, rumah Tok Penghulu (Saudara Azwan) n the kroni punya turn jadi tuan rumah potluck....yang pasti kami memang puas bermain salji..satu pengalaman yang takkan ku lupakan..:-)...

Winter Ruapehu Episod 1

Terima kasih pada Saudara Zakhir dan Ajeep kerana sanggup ambil gambar ni..

Masa yang ditunggu-tunggu telah tiba...(mana taknya hari2 anak2 ku ni menghitung hari), pada 2 Julai dan bertempat di Massey University seramai 7 keluarga dan 2 bujang berkumpul untuk bertolak ala-ala rombongan Cik Kiah ke Mount Ruapehu dan kawasan sekitarnya.. tapi untuk apa ek?????? Haaa...apalagi main salji ler (maklumlah kat Auckland ni takde salji..)
Moga perjalanan dipermudahkan olehNya...aminnnTepat pada pukul 9.15a.m kami telah bertolak menuju ke destinasi, tapi banyak tempat jugalah berhenti, maklumlah angkatan perang ramai, tu yang asyik dok cari tandas je.. terima kasih pada Chief de Mission kita atau selaku ketua penanggah iaitu Saudara Ajeep dan kroni2 yang sekereta dengannya.:-)

Inilah rupanya ketua penanggah kami....amboi makan sorang je ye...:-)

Perjalanan mengambil masa 8 jam (campur berhenti), sepanjang perjalanan kami tak putus2 menyaksikan panorama kehijauan yang menyejukkan mata dan menyaksikan lembu dan kambing biri2 meragut rumput (ada gak yang buat aktiviti lain), patutlah bilangan kambing biri-biri lebih banyak berbanding penduduk NZ, masa tengok lembu tu teringat lak iklan kat Malaysia "Susu yang terbaik dari ladang ternak New Zealand"Selepas selesai makan tghari dan solat (ntah kat mana ye, lupa lak), kami pun meneruskan perjalanan...Alhamdulillah cuaca pada hari itu agak elok cuma berkabus disesetengah kawasan. Kami sampai ke perkampungan Ruapehu pada pukul 5 p.m. Sebelum sampai ke Ruapehu, kami dapat melihat Gunung Ruapehu yang diselaputi salji, Subhanallah, cantik sesangat, sangatnya (maafkan aku ye cikgu BM ku)...... Wah masa tu menjerit ler anak2 ku teruja bangat. Kami dipecahkan kepada tiga kumpulan (sebab rumah untuk penginapan untuk 3 hari 2 malam tu ada tiga je), setiap malam ada shift rumah sapa kena jadi tuan rumah untuk majlis pot luck...kat sini mereka guna pendiang untuk memanaskan badan, so jimatlah sikit bil elektrik... masa pertama kali aku sampai kat perkampungan Ruapehu ni, teringat lak suasana kat Nenasi, Rompin...cuma suhu sini punyalah sejuk bangat, kalau kat Nenasi tu terbalik lak, punyalah panas bangat...

Berhenti jap....dah lenguh sangat pinggang ni... kereta yang ada turbo kat belakang tu kereta aku ler tu..hehe
Aku berkongsi rumah dengan keluarga Lornie dan keluarga Zakhir, sampai je kat rumah tu, apalagi kaum hawa sepantas kilat mulakan tugas sebagai chef...maklumlah sebab masa tu perut dah berlagu keroncong, nasib baik belum muzik hip hop je lagi....

Inilah rumah penginapan aku dan kroni2 ku

Sabun Palmolive tu bukan antara bahan2 untuk masak ye....