Lukisan Hidupmu..

My classmate (Northcote College)

Hidup aku di sini dikelilingi dengan insan2 yang sedang menuntut ilmu demi mengejar cita-cita dan impian...secara tidak langsung membuatkan aku bersemangat untuk menuntut ilmu sama, biarpun tidak setanding dengan mereka, namun niat untuk terus belajar tidak pernah padam (cuma kadangkala suram je..hehe)...aku masih ingat lagi pesanan Pengetua sekolah lamaku dulu (SMK Pandan)..."bila dah di New Zealand nanti belajarlah sesuatu..."kata2 itulah memberikan aku semangat untuk terus belajar....kini term 2 telah berlalu, Insya Allah awal bulan 8 nanti bermulalah term 3..:-)

Thanks to my teacher (Jan Tyler) for everything she taught me

Aku telah cipta sebuah sajak khas buat rakan-rakan yang masih dalam perjuangan menuntut ilmu, hayatilah bait-bait yang telah terpena olehku ini...ku doakan semoga kalian beroleh kejayaan...aminnnnnn....


Telah kau lalui perjalanan yang berliku
telah kau rempuhi ombak badai dalam menuntut ilmu
perlu apa kau berpatah semula andai jalan itu yang kau pilih
melangkahlah dengan cekal hingga kau temu hujungnya
iringan doa pemandu arah dikala kesesatan

Jalan hidup ini kau yang bikin sendiri
hitam putih kehidupan kaulah pengaturnya
warnailah lukisan hidupmu seceria warna pelangi
lantaran hidup hanyalah sekali..
Ingatlah...ini lukisanmu!
kaulah pelukisnya
kaulah pengaturnya
semuanya bergantung pada insan yang bernama KAU..
pada insan yang bernama KAU
dengan payung keredhaan Ilahi

Dalam membina keyakinan diri perlu ada kekuatan
dalam menimba selautan ilmu pasti ada keperitan
adakalanya cerah tidak sepanjang jalan
mendung bertamu menguji kesabaran
jangan mengeluh, ingatlah Tuhan
bulatkan tekad mengejar impian
buat sebuah kemenangan dalam manisnya kenangan

Andai impikan kejayaan
dakilah tangga hingga ke puncak
biar bertatih atau merangkak
jangan berpatah walau selangkah
terus mencuba jangan mengalah
pantang berundur sebelum berjuang
piala kemenangan pasti kau julang.


(ditujukan buat semua insan yang masih menuntut ilmu...doa ku panjat pada Ilahi, semoga dirimu beroleh kejayaan...Insya Allah)

10 comments:

mizahazianis said...

I Love U Ibu.....

Asiah said...

Thanks for the poem.. it's inspiring!..

Kan kuterus berjuang
walau cabaran sering meraja
Kan kuterus melangkah
walau terkadang seinci cuma
Kan kugayut pada harapan
untuk terus mara
menuju jaya

(hehehe.. ok ke cikgu sajak sy)

norazlina said...

thanks for the support ida!!

but, bukan bergantung kpd kita shaja belajar ni...pada ALLAH....kalau DIA nak memberi..masyallah..banyaknya ilmu..kalau DIA tak memberi idea..hah..nilah keje nya, membaca blog org!!! hehehe..

cikgu nak tanya, 'bikin' tu ada dlm kamus dewan bahasa ke?? hehehe..

Nida said...

Kak Asiah : Best sajak akak tu..saya ni pun bukan pandai sangat, main taram je..hehe

Azlina: Insya Allah, usaha + doa..., moga diberkati usahamu dalam menuntut ilmu//

(kenapa saya suka buat sajak..sebab penggunaan kata yang bebas..., tak terikat dengan tatabahasa sangat...itu apa yang saya belajar dalam menuntut ilmu penulisan sajak ni..:-) )

July 13, 2009 12:48 PM
Delete

Asmida said...

cayok!2x... Inilah namanya kehidupan... selangkah kehadapan, jangan sekali kau undur semula.. teruskan perjuangan...capailah harapan.....

Nida said...

betul3x..tapi klu lupa ambil barng kena patah balik gak kan..hehe

muqay said...

Maksu

Nak tanya sikit, kawan-kawan maksu tu ada yang belum kahwin ker?

saja tanya, jgn berperasangka.hehe

Nida said...

Kalau rakan Malaysia kat sini, ramai yg dah nikah..tapi klu rakan Northcote college...ramai lagi yg belum nikah..

admie said...

kak ida amek kelas ape tu..?

best nye...

Nida said...

blajaq English ler....