Di Tengah Kabus

Tajuk entri aku ni mengingat aku pada novel Khadijah Hashim, novel pertama hadiah dari arwah abah, masa tu adikku (Fairullah) dapat novel bertajuk Laila Azwa Gadisku. Aku memang minat hasil tulisan Khadijah Hashim...dulu arwah abah memang tak menggalakkan aku untuk masuk aliran Sains, aku ingat lagi kata-katanya "Abah rasa Along akan lebih berjaya kalau masuk aliran Sastera sebab abah nampak minat Along ke arah itu"...
Dulu dengan mesin taip buruk arwah abah tu lah tempat aku buat cerpen dan sajak, masa tu aku baru tingkatan 2...siaplah juga 2 buah cerpen dan beberapa buah sajak (tapi entah kemana dah sajak2 tu), kuingat lagi, lepas habis cerpen pertama yang ku tulis (tajuknya Demi Sebuah Harapan), arwah abah mengajakku ke sebuah kedai di Sungai Rengit (kat Pengerang tu jelah pekan yg kami ada), rupa2nya abah suruh aku fotostat dan binding cerpen aku tu, terharu sangat aku masa tu sebab arwah abah bersungguh-sungguh terhadap hasil kerjaku dan sebenarnya ibubapa lebih nampak apa yang kita ada berbanding diri kita sendiri..tapi aku ni degil, nak juga masuk aliran Sains sebab kawan2 baikku semuanya masuk SBP dan MRSM... abah agak berat hati untuk melepaskanku ke MRSM Jasin, tapi aku tahu jauh di sudut hatinya dia juga gembira kerana aku dapat ke MRSM.. itu cerita lama...tapi kenangan aku bersama dengan Arwah Muhammadon Bin Juhari tetap segar dan mekar sampai bila-bila...(I miss you so much)...


Kadang-kadang hidup ini tidak selamanya cerah, kabus mungkin bertandang di tengah perjalanan hidup..pesanan ini buat diri sendiri jua. Apabila ku terbaca tulisan dalam blog anak saudara suamiku (Ustaz Miqdad), ia banyak mengingatkan aku tentang hakikat bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan olehNya....semoga kita tidak menjadi insan yang kufur nikmat..

Aku yang bertoncit (paling kanan sekali)

8 comments:

Asmida said...

mmm...sebaik2nya kita ikut bakat dan minat yang kita ada... insyaAllah lebih berjaya....
p/s: Rasanye... jam kak long kat luar nie same jer masa m'sia dgn NZ....

Nida said...

bila Kak long fikir semula..kita kerana berani ambil sesuatu yg bukan kita minat untuk menjadikan kita ni berbeza dari org lain...org Sastera dalam dunia Sains...

bakhtiarazi said...

Klasik tol gambar2...

Sbnrnya amik yang kita minat ke, tak minat ke... rasanya sama jer. Insya Allah dua2 boleh berjaya dgn usaha yg berterusan. Sbb tu takleh terima btol alasan org drop out sbb tak minat.

Tak gitu Cikgu?

p/s: Aik, mcm ada pengalaman jer saya ni???

Nida said...

Betul3x....pokok pangkal pada usaha.
Kalau dah set kat mind taknak mencuba, sampai bila2 pun tak kemana...

Hanafiah said...

Ida: Insya'Allah, Ida boleh berjaya dalam kedua2 bidang. Ingat kata Dr. Abd Majid...sastera dalam sain akan jadikan pengajaran itu lebih hidup dan menarik.

Bakhtiar: Mcm research PhD ni ler... separh kita minat, separuh supervisor suruh. Nak buat mcm mana, usahalah sampai jadi research kita tu.

fAiRuLLaH's de GrEaT! said...

cayokk.. along adah wat paradigma.. org sains yang berjaya dalam sastera

Asmida said...

memang kedua2 jalan itu boleh berjaya dengan usaha tetapi sekiranya kerja itu kita minat ia akan lebih bagus hasilnya berbanding kerja yang kita tak minat....namun, semua ilmu kita kena pelajari.... itu yang terbaik...

Nida said...

Apa2pun pokok pangkal pd usaha....