Winter Ruapehu Episod 1

Terima kasih pada Saudara Zakhir dan Ajeep kerana sanggup ambil gambar ni..

Masa yang ditunggu-tunggu telah tiba...(mana taknya hari2 anak2 ku ni menghitung hari), pada 2 Julai dan bertempat di Massey University seramai 7 keluarga dan 2 bujang berkumpul untuk bertolak ala-ala rombongan Cik Kiah ke Mount Ruapehu dan kawasan sekitarnya.. tapi untuk apa ek?????? Haaa...apalagi main salji ler (maklumlah kat Auckland ni takde salji..)
Moga perjalanan dipermudahkan olehNya...aminnnTepat pada pukul 9.15a.m kami telah bertolak menuju ke destinasi, tapi banyak tempat jugalah berhenti, maklumlah angkatan perang ramai, tu yang asyik dok cari tandas je.. terima kasih pada Chief de Mission kita atau selaku ketua penanggah iaitu Saudara Ajeep dan kroni2 yang sekereta dengannya.:-)

Inilah rupanya ketua penanggah kami....amboi makan sorang je ye...:-)

Perjalanan mengambil masa 8 jam (campur berhenti), sepanjang perjalanan kami tak putus2 menyaksikan panorama kehijauan yang menyejukkan mata dan menyaksikan lembu dan kambing biri2 meragut rumput (ada gak yang buat aktiviti lain), patutlah bilangan kambing biri-biri lebih banyak berbanding penduduk NZ, masa tengok lembu tu teringat lak iklan kat Malaysia "Susu yang terbaik dari ladang ternak New Zealand"Selepas selesai makan tghari dan solat (ntah kat mana ye, lupa lak), kami pun meneruskan perjalanan...Alhamdulillah cuaca pada hari itu agak elok cuma berkabus disesetengah kawasan. Kami sampai ke perkampungan Ruapehu pada pukul 5 p.m. Sebelum sampai ke Ruapehu, kami dapat melihat Gunung Ruapehu yang diselaputi salji, Subhanallah, cantik sesangat, sangatnya (maafkan aku ye cikgu BM ku)...... Wah masa tu menjerit ler anak2 ku teruja bangat. Kami dipecahkan kepada tiga kumpulan (sebab rumah untuk penginapan untuk 3 hari 2 malam tu ada tiga je), setiap malam ada shift rumah sapa kena jadi tuan rumah untuk majlis pot luck...kat sini mereka guna pendiang untuk memanaskan badan, so jimatlah sikit bil elektrik... masa pertama kali aku sampai kat perkampungan Ruapehu ni, teringat lak suasana kat Nenasi, Rompin...cuma suhu sini punyalah sejuk bangat, kalau kat Nenasi tu terbalik lak, punyalah panas bangat...

Berhenti jap....dah lenguh sangat pinggang ni... kereta yang ada turbo kat belakang tu kereta aku ler tu..hehe
Aku berkongsi rumah dengan keluarga Lornie dan keluarga Zakhir, sampai je kat rumah tu, apalagi kaum hawa sepantas kilat mulakan tugas sebagai chef...maklumlah sebab masa tu perut dah berlagu keroncong, nasib baik belum muzik hip hop je lagi....

Inilah rumah penginapan aku dan kroni2 ku

Sabun Palmolive tu bukan antara bahan2 untuk masak ye....

8 comments:

ummumishkah said...

a lovely trip! mesti best kan? :)

Asiah said...

patut ler sodap jer cikgu masak..rupanya senyuman jadi bahan utama!!!..

Nida said...

Ummumishkah: Alhamdulillah... seronok juga sesekali trip beramai2...

Kak Asiah: hehehe....ada kaitan ek masak dengan senyum...nnt nak senyum memanjang je lah, baru Cik Piah tiga kali tambah nasi.. :-)

jeep said...

next trip ke mane plak? south island? ooo ketua penanggah ekk..

Nida said...

kami ikut jer...:-)

Oklah tu ketua penanggah dari ketua penyangak..hahahahaha

Asmida said...

waahhhhh........ seronoknyer... ini lah gambar yang kami juga teringin nak tengok....... x ler kempunan dah dapat tengok....

Nida said...

As....nnt tunjuk kat Afiq n Azim tau, confirm dia suh mama n papa dia pergi kat tempat Azi, Anis n Akak main salji tu..hehe

Asmida said...

don't woory... sure as akan tunjukkan gambo nie... very2 nice lah tempat nie.... mak dia pun dah teruja nie....besh...besh...besh....