Jangan Dibiar Ianya Membakar

Salam buat semua,

Malam ini, sekali lagi seisi keluargaku yang berlima  duduk bersama-sama. Menikmati kentang panggang masakan Mizah sambil menonton tv. Buat kesekian kalinya juga kami menonton iklan yang sama, hampir setiap hari. Setiap kali menontonnya, anak kedua kami, Azi akan bersuara...

"Abah, when will you keep your promise??? I asked for it since last year"

Mukanya marah tiap kali mengajukan persoalan itu.

Insya'Allah Azi, esok abah dan ibu akan penuhi kehendak Akak Azi. Thanks sayang kerana memintanya.... Inilah yang dimaksudkan oleh Akak Azi....

[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=i84f4Bcbzp4&feature=relmfu[/youtube]

Persoalan yang ingin kami lontar dan mohon rakan-rakan memberi pandangan...

Berapa ramaikah rakyat Malaysia yang sedar pentingnya "Smoke Alarm" untuk kegunaan di rumah? Sedangkan kita lebih terdedah kepada kebakaran kerana cuaca yang panas, penggunaan dapur gas (bukan elektrik), ubat nyamuk, pembakaran terbuka, dan lain-lain.

Muhasabah untuk diri sendiri - Kami berbelanja besar untuk membeli peralatan kamera, namun kami sering bertangguh menggantikan bateri "Smoke Alarm" di rumah sewa kami di sini yang harganya cuma beberapa dollar. Apa nak jadi dengan kami ini....

Moga entri ringkas ini meningkatkan kesedaran kepentingan memiliki "Smoke Alarm" di rumah. Jom layan contoh video bagaimana ianya berfungsi.

[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=ZxiYXXj6UMc&feature=related[/youtube]

Sharing is Caring

Salam buat semua,

Entri hari ini unik sikit.... kami bukan buat entri baru, tapi kami post komen dari Oyis, untuk perkongsian bersama. Untuk makluman semua, Oyis ni rakan blogger kami yang sedang melanjutkan pelajaran di UK. Beliau memberi respond tambahan dua entri terdahulu (juga pada entri-entri sebelum ini) dan kami rasakan sangat baik untuk dikongsi dengan semua pembaca. Jom layannnnn.....

Entri Dunia Kejam!! Betulkah?
kanak2 kalo bab reka cipta nama ni, mmg kreatif hehe.

nama saya ni, mana pegi pon jd bahan. kalo di msia, norish karman la, noris staedler 2B la, dah lali, chuck norris la. apa nak buat, x leh nak sorok2 or pakai middle name sbg alternatif sbb mmg nama saya seketul tu je hehe.

kalo gi UK pon sama. walaupon peringkat org dah x ejek, manjang org ingat laki (norris nama laki kat sini). masa high school dulu (kami sekelurga ikut ayah buat PhD di UK jg masa tu), first day of school, saya dibawa pusing keliling oleh se-group lelaki. saya x fikir apa2, cuma lps tu bari saya tahu, cikgu ingat saya yg akan masuk sekolah tu lelaki, so dia mintak bbrp budak laki tolong tunjukkan saya around school. kesian sungguh. kaget budak2 laki tu sbb expect kena tunjuk2 kan budak laki, tp yg dtg budak pompuan, dah la x cukup inci, bertudung plak tu.

saya kalo booking apa2 saya usually letak nama saya ‘Nora’ supaya x konfius, especially teksi la. kalo book nama noris nnt dia tercangak2 tggu org laki yg naik, wlahal kita tercegat tunggu dia dpn mata ni ha. kalo tulis emel usually saya letak title Ms or Mrs kat dpn, supaya org tahu awal2 (tp esok kalo dpt title Dr org kembali konpius la opss berangan lebih sket hehe).

certa pjg2 bkn apa, just nak pujuk anakanda Mizah. share la citer ni dgn dia. let her know she’s not alone. saya jg membesar di kalangan kanak2 omputih, and i know it’s really tough, but what doesn’t kill you makes you stronger. or yg slalu saya pegang ialah, ‘sticks and stones can break my bones, but names can NEVER hurt’.

Ulasan - sebelum ke sini kami tak pernah terfikir nama akan menimbulkan kekeliruan. Tapi seperti komen Oyis, memang banyak kali mereka terkeliru.

Satu lagi ialah bin/binti. Kalau ke overseas anggaplah bin/binti tu sebahagian nama penuh kita. So kalau Abu bin Ahmad:

Abu - first name,


bin - middle name,


Ahmad - last name (Surname / Family name).


Penting terutama bila berurusan dengan pihak berkuasa seperti Immigration.

 

Entri Penipuan di Supermarket!!!
nak tambah lg satu point yg saya pernah baca. kalo perasan, lagu2 dlm suoermarket slow2 je, suh kita jln slow2 dan belek2 setiap item yg dia jual tu, untung2 terbeli. kajian ada buat, kalo psg lagu rancak, org jln cpt2 ikut rentak rancak tu, so lps amik item yg perlu, cpt2 keluar, rugi la kedai. mmg halus penipuan dia. kita mmg x perasan langsung kalo x dibagitau terlebih dulu

Ulasan - bila baca komen ni, baru kami sedar ada satu kedai "2 Dollar Shop", milik orang Korea kat sini selalu pasang lagu-lagu yang mendayu-dayu...rupa-rupanya tu sebahagian dari teknik penjual. patut ler masuk situ tak pernahnya belanja $2/-, sure abis berdollar dollar... hehehe

OK, moga kita dapat manafaat dari komen beliau dan juga komen-komen dari sahabat-sahabat semua.

Gambar kaki....  (suka-suka hati jer buat tatabahasa sendiri)





Daun mula mengering dan gugur ke bumi - Autumn terakhir kami di bumi NZ.. :-(


Dunia Kejam!! Betulkah?

Salam buat semua,

Tatkala menekan papan kekunci ini, dalam hati pelbagai perasaan yang ada, marah + geram + sedih dan macam-macam lagilah. Alkisahnya semalam anak sulung kami (Mizah) ada mengadu pada aku "Ibu my friends said my name is so funny and it seems like a stupid name" aku pun balas "Kenapa pulak? Apa yg kelakarnya?" Mizah pun jawab "They said NO... and then they laughed". Mula-mula aku tak faham juga, tapi bila Mizah cakap nama "NO" tu merujuk pada "Nur" barulah aku faham. Aku pun pujuk Mizah "Takpelah sayang, dalam Islam nama tu maksudnya "cahaya" kan indah maknanya, biarlah mereka nak ejek, kakak buat tak tahu je".


Kisah ini mengingatkan aku pada zaman aku sekolah rendah dahulu, ada seorang junior aku ni datangnya dari keluarga yang agak miskin. Ayahnya cacat anggota badan, maka puaslah si junior aku ni kena ejek dengan gelaran "anak syed bujang kudung", dan kebetulan pula nama junior aku ni Yasser, maka beliau digelar "Yaser Arafat anak Syed Bujang kudung", bayangkan sampai guru pun panggil beliau "Yaser Arafat".


Dalam masa yang sama, aku pun masa zaman sekolah dulu puas kena ejek, macam-macam gelaran yang aku terima, puas dah aku menangis dan mengadu pada arwah abah. Puaslah arwah abah memunjuk aku. Bila melihat keadaan ini, hati terus bertanya "salah siapakah perkara ini berlaku?", bukankah dalam Islam menyuruh kita memanggil nama sahabat dengan panggilan yang paling disukainya, tapi kenapa ramai antara kita tidak mengikutinya. Kalau di sini mungkinlah aku faham sebab mereka bukan Islam.


Bagi aku pokok pangkalnya cara bagaimana ibubapa menitipkan nilai murni pada anak-anak, kalau ibubapa sendiri pun jalan mengiring bagaimana anak nak jalan tegak, betul tak? Tapi perkara ini bukanlah tanggungjawab ibubapa sepenuhnya, semua memainkan peranan, baik masyarakat, negara dan pendidikan formal atau tak formal itu sendiri...  tepuk dada tanya selera (errrrr, masuk ke peribahasa dengan ayat aku ni ek? hehe).. wallahualam.


Anak-anak mutiara hatiku..



 

Nur Hamizah





 

Nur Hazirah






Nur Hanisah


Penipuan di Supermarket!!!

Salam buat semua,

Anda pernah tertipu di supermarket?... Gores dan menang? Hehehe.... itu sendiri cari pasal. Hari ini mari kita bercerita tentang penipuan di supermarket. Tapi bukan penipuan yang haram, ini halal punya. Siapa yang untung...mereka (tokei kedai ler), siapa yang rugi...kita ler.

Tahukah anda (baca ala-ala Ripley's Believe It or Not), sebenarnya design layout di Supermarket bukan dibuat suka-suka hati je. Ianya dibuat dengan tujuan tertentu, kalau tidak takkanlah ada orang yang buat research tentang ni (cuba cari Supermarket Psychology, The Science of Shopping, dll). Jadi adakah ianya "Penipuan di Supermarket!!!", seperti tajuk tu...tentulah tidak, ianya lebih kepada trick dan teknik untuk mempengaruhi pembeli seperti kami untuk berbelanja lebih...

Inilah yang akan mereka lakukan:

  1. Sayur-sayuran diletak di pintu masuk (rasanya tidak berlaku di Malaysia, tapi di barat, itulah kebiasannya). Tujuannya - bila kita nampak sayur automatik kita fikir baik untuk kesihatan dan kita perlu beli (walaupun sayur kat peti ais banyak lagi..hehehe).

  2. Barang-barang penting dan hampir wajib seperti susu segar, diletak di tempat paling hujung (mat salleh kan minum susu segar). Tujuan - benda wajib, mestilah kita cari juga, nak beli susu jer, tapi akhirnya penuh troli kita. Kami fikir, ianya ada kaitan dengan point pertama, kita di Malaysia kurang minum susu segar, jadi sayur dan lauk pauk diletak di hujung, impaknya tetap sama dengan susu segar ni.

  3. Barang yang murah diletak ditempat yang tinggi dan rendah, yang mahal ditengah-tengah (aras mata). Tujuan - kalau yang mahal susah nak diambil, siapa yang nak beli. Barang yang mahal nilah bagi keuntungan lebih.

  4. Kat kaunter bayaran diletak juga barang-barang. Tetapi kebanyakan yang diletak adalah untuk menarik minat anak-anak dan diletak sama paras dengan mata mereka. Tujuan - kalau anak-anak merengek nak gula-gula kat kaunter dan ramai orang, susah juga mak bapak nak menolak...terbang lagi duit aku...hehehe.

  5. Akhir sekali... barang-barang bersifat mentah @ belum diproses diletak dikeliling (dinding-dinding). Barang-barang bersifat diproses diletak di kawasan tengah (makanan ringan, dll). Jadi nak berjimat, dicadangkan kita bershopping dengan mengelakkan lalu ditengah (melainkan kita perlu beli barang tersebut).


Sekian...perkongsian dihujung minggu untuk semua...termasuklah untuk diri sendiri yang selalu berbelanja benda tidak perlu.

Buat peniaga di luar sana, kalau anda tidak mengikut (walaupun bukan 100%), langkah-langkah mengaburi pembeli seperti di atas... anda berkemungkinan mengalami kerugian...hehehe. Akhir kata, jom layan video ni, Supermarket Psychology:Supermarket Layout....

[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=g3IwOgA3Ngw[/youtube]

 

Selit sekeping gambar buat mencuci mata.. :)



 

Rezeki Anak Rantau

Salam buat semua,

Alhamdulillah, pagi ini cuaca begitu cantik sekali.  Lepas solat subuh tadi, kami lihat langit cerah namun sedikit berawan. Hajat dihati nak ambil gambar matahari terbit lagi, tapi teragak-agak sedikit disebabkan bila berawan, mungkin sinar mentari terlindung. Namun akhirnya kami teruskan juga hajat dihati dan berdoa moga-moga ada hasil yang baik pagi ini.

Akhirnya... ini hasil yang kami rasa terbaik diperolehi pagi ini.



Pulang ke rumah pula, ternampak sarang labah-labah di ampaian baju. Kami mencuba sekali lagi... hasilnya kurang memuaskan, namun kami tetap berpuashati memandangkan tahap kemahiran masih lagi rendah.


Kamera terus disimpan dan cik hubby mula mengemas rumah dan aku mula beroperasi di dapur. Anak-anak pula leka menonton kartun di tv. Maklumlah cuti sekolah, adalah sedikit kelonggaran diberi pada mereka tu. Cuti sekolah ni juga kami banyak menerima kunjungan, dari kak Asiah yang baru sampai dari Malaysia, dan semalam dari keluarga Azlina dan Nihra yang berkunjung ke rumah. Hari ni pula Aisyah menumpangkan sebentar anaknya di rumah sementara dia berurusan dengan penyelianya di universiti. Esok pula ada kunjungan dari sahabat di Wellington dan juga Hamilton. Mereka akan bermalam di rumah kami.


Bebererapa hari lepas, di kala kelam kabut membuat persediaan menyambut ketibaan kak Asiah, terpandang pula entri jemputan untuk join kontest anjuran Pak Ngah. Kami sebenarnya pernah menang kontest anjuran beliau sebelum ni. Kali ini kami ingin mencuba sekali lagi, namunnnnnn..... melihat kepada kontes tersebut.... menepuk dahi kejap, punyalah susah. Ditambah lagi, entri beliau dah tujuh jam yang lalu dipublish, mungkin dah ada pemenangnya pun masa tu. Nak masak lagi, kemas rumah lagi...hehehe, tapi hati tetap nak masuk.


Mula-mula kami main hentam jer, tau salah jawapan tu. Kemudian kami fikir, baik cuba betul-betul... Kami pun berdua duduk bincang seketika dan mengatur strategi. Inilah yang kami buat...




  1. Kami lihat tag/label di entri kontest tu, kot-kotlah dia ada tulis apa-apa yang boleh dijadikan panduan – alamak, takde pulak, pandai Pak Ngah ni. Susah nak memerangkap orang yang cerdik dan bersistematik ni.

  2. Kami tahu Pak Ngah ni sistematik, entrinya selalu kemas dan teratur. Terus kami recall apa tajuk entri yang biasanya Pak Ngah guna bila nak ceritakan pengalamannya – jumpa, ianya akan bermula dari “terkenang semasa dulu”.

  3. Kami check label di entri tersebut, memang ada dilabelkan sebagai “terkenang semasa dulu” – hehehe, rupa-rupanya senang juga berurusan dengan orang yang sistematik ni.

  4. Klik label tu...berjujuk keluar entri dengan label tersebut– tidak semua dibuka, kami target gambar yang hampir sama jer.

  5. Jeng-jeng.... alhamdulilah, dalam masa 10 minit urusan selesai.


Cuma, disebabkan dah terlambat lebih dari tujuh jam...tawakkal jerlah. Tapi tak sangka pula, dimurahkan rezeki, kami menang kontes Pak Ngah ni. Mungkin rezeki yang dibawa tetamu yang berkunjung ke rumah kami.


Buat Pak Ngah dan Mak Ngah, terima kasih sekali lagi dari kami di rantau orang. Moga dilimpahkan rezeki yang halal dah terus dirahmati Allah hendaknya. Aminnnn.....





p/s: Pak Ngah, tangan takkan kat kocek je kot... kesian orang sebelah tu..hehehe :-D


Golden Hour

Salam buat semua,

Awal pagi ini selepas solat kami pergi ke Browns Bay, pantai kecil yang terletak sekitar 10 minit dari rumah. Cuaca sangat cantik dan lebih menarik bila mentari mula memancarkan sinarnya, saat yang ramai gelarkan sebagai "Golden Hour". Segalanya begitu pantas...hanya boleh disaksikan sekitar 5 minit. Maka benarlah masa itu emas, dan betapa banyak kita alpa dengan dunia di kala masa terus meninggalkan kita.

Kami berlalu pergi dengan rasa penuh kesyukuran atas nikmat yang Allah kurniakan untuk kami menikmati pemandangan yang indah di pagi ini.

Entri Khas: MARILAH MASUK KONTES KEEMPAT ANJURAN KOMENSEN: TEKA KAMI DI MANA ?


Dainjurkan oleh http://al-lavendari.blogspot.co.nz/2012/04/kontes-keempat-anjuran-komensen-teka.html


Tak boleh nak taip banyak sebab sat lagi ada tetamu nak bermalam... kena kemas rumah daaaa. Kalau nak sertai, klik pada gambar pasangan bahagia di atas...


Buat Mak Ngah dan Kak Ngah.. kami ucapkan selamat ulang tahun kelahiran.. moga terus dilimpahkan rezeki yang halal dan dipanjangkan umur dalam beribadat kepada Allah. Buat Mak Ngah moga terus bahagia bersama Pak Ngahnya :-)

Bila Dia Meluncur di Air...

Salam buat semua,

Auckland ni memang dikenali dengan "The City of Sails", manakan tidak... di mana-mana kita boleh lihat bot layar. Dari kecil sampailah yang teramat besar dan mewah. Kalau di Malaysia sebahagian orang melihat kekayaan dari kereta yang diguna, di sini mereka lihat lambang kekayaan di sini juga dilihat dari bot yang dimiliki. Selaras dengan gelarannya, salah satu daya tarikan pelancong di sini ialah trip dengan menaiki bot. Ada macam-macam pilihan. Kecil, besar, moden, klasik, dll. Kalau ada duit lebih boleh naik bot besar, siap boleh bermalam lagi.

Nak dikisahkan, bulan lepas Auckland Jet Boat ada buat offer untuk beli tiket naik bot mereka. Bila tengok video mereka, berderau darah dibuatnya. Dalam berkira berani tak berani, cik hubby pun beli ler tiket tu juga untuk dia jer, sebab aku kena jaga anak-anak tatkala cik hubby meronda dengan bot berkenaan (sebenaunya takut nak naik..hehe). Layan dulu video ni...

[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=-HPdSz1NShE[/youtube]

"Memang best!!!" tu respond pertama cik hubby bila turun dari boat tu dengan baju basah lencun. Laju dan pemandu bot tu bawa ikut suka hati dia je, pusing kiri, kanan, langar ombak dan yang paling best bila buat pusingan 360 darjah pada kelajuan tinggi. Kata cik hubby, lebih dari lima kali dia buat pusingan tu. Sangat berbaloi katanya... Agaknya kalau aku ler, roh masih dilautan sedang jasad dah naik ke darat kot masa tu..hahahaha.

Jom layan pula gambar-gambar di tempat kejadian....

 



Bergambar dulu sementara cik hubby masih tak ketor lututnya..





Wajib pakai baju hujan ni..





Tu dia.... lututnya dah mula menggeletar, adrenalinnya sudah mula aktif





Sempat lagi tu berposing..hehe





Selamat jalan kekanda...





Ni muka setelah 40 minit di lautan





Habis lencun.. tapi best (katanya ler... jeles sebab aku tak dapat naik)


Wordless Wednesday: Bebelon Panas!!!

Video dalam format HD, ambil masa sedikit untuk loading. Layannnn....

 

[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=fXg1FQrYAg4&context=C4da8a2aADvjVQa1PpcFNU2Wlrufr5d5UiwX2jczcv6l5cv1r3EJY=[/youtube]

 

[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=OB3FNiT1ejo&context=C4059238ADvjVQa1PpcFNU2Wlrufr5d7GqIITpKNJ8LIYAWqEnNcU=[/youtube]