Dunia Kejam!! Betulkah?

Salam buat semua,

Tatkala menekan papan kekunci ini, dalam hati pelbagai perasaan yang ada, marah + geram + sedih dan macam-macam lagilah. Alkisahnya semalam anak sulung kami (Mizah) ada mengadu pada aku "Ibu my friends said my name is so funny and it seems like a stupid name" aku pun balas "Kenapa pulak? Apa yg kelakarnya?" Mizah pun jawab "They said NO... and then they laughed". Mula-mula aku tak faham juga, tapi bila Mizah cakap nama "NO" tu merujuk pada "Nur" barulah aku faham. Aku pun pujuk Mizah "Takpelah sayang, dalam Islam nama tu maksudnya "cahaya" kan indah maknanya, biarlah mereka nak ejek, kakak buat tak tahu je".


Kisah ini mengingatkan aku pada zaman aku sekolah rendah dahulu, ada seorang junior aku ni datangnya dari keluarga yang agak miskin. Ayahnya cacat anggota badan, maka puaslah si junior aku ni kena ejek dengan gelaran "anak syed bujang kudung", dan kebetulan pula nama junior aku ni Yasser, maka beliau digelar "Yaser Arafat anak Syed Bujang kudung", bayangkan sampai guru pun panggil beliau "Yaser Arafat".


Dalam masa yang sama, aku pun masa zaman sekolah dulu puas kena ejek, macam-macam gelaran yang aku terima, puas dah aku menangis dan mengadu pada arwah abah. Puaslah arwah abah memunjuk aku. Bila melihat keadaan ini, hati terus bertanya "salah siapakah perkara ini berlaku?", bukankah dalam Islam menyuruh kita memanggil nama sahabat dengan panggilan yang paling disukainya, tapi kenapa ramai antara kita tidak mengikutinya. Kalau di sini mungkinlah aku faham sebab mereka bukan Islam.


Bagi aku pokok pangkalnya cara bagaimana ibubapa menitipkan nilai murni pada anak-anak, kalau ibubapa sendiri pun jalan mengiring bagaimana anak nak jalan tegak, betul tak? Tapi perkara ini bukanlah tanggungjawab ibubapa sepenuhnya, semua memainkan peranan, baik masyarakat, negara dan pendidikan formal atau tak formal itu sendiri...  tepuk dada tanya selera (errrrr, masuk ke peribahasa dengan ayat aku ni ek? hehe).. wallahualam.


Anak-anak mutiara hatiku..



 

Nur Hamizah





 

Nur Hazirah






Nur Hanisah