Golden Hour

Salam buat semua,

Awal pagi ini selepas solat kami pergi ke Browns Bay, pantai kecil yang terletak sekitar 10 minit dari rumah. Cuaca sangat cantik dan lebih menarik bila mentari mula memancarkan sinarnya, saat yang ramai gelarkan sebagai "Golden Hour". Segalanya begitu pantas...hanya boleh disaksikan sekitar 5 minit. Maka benarlah masa itu emas, dan betapa banyak kita alpa dengan dunia di kala masa terus meninggalkan kita.

Kami berlalu pergi dengan rasa penuh kesyukuran atas nikmat yang Allah kurniakan untuk kami menikmati pemandangan yang indah di pagi ini.