Rezeki Anak Rantau

Salam buat semua,

Alhamdulillah, pagi ini cuaca begitu cantik sekali.  Lepas solat subuh tadi, kami lihat langit cerah namun sedikit berawan. Hajat dihati nak ambil gambar matahari terbit lagi, tapi teragak-agak sedikit disebabkan bila berawan, mungkin sinar mentari terlindung. Namun akhirnya kami teruskan juga hajat dihati dan berdoa moga-moga ada hasil yang baik pagi ini.

Akhirnya... ini hasil yang kami rasa terbaik diperolehi pagi ini.



Pulang ke rumah pula, ternampak sarang labah-labah di ampaian baju. Kami mencuba sekali lagi... hasilnya kurang memuaskan, namun kami tetap berpuashati memandangkan tahap kemahiran masih lagi rendah.


Kamera terus disimpan dan cik hubby mula mengemas rumah dan aku mula beroperasi di dapur. Anak-anak pula leka menonton kartun di tv. Maklumlah cuti sekolah, adalah sedikit kelonggaran diberi pada mereka tu. Cuti sekolah ni juga kami banyak menerima kunjungan, dari kak Asiah yang baru sampai dari Malaysia, dan semalam dari keluarga Azlina dan Nihra yang berkunjung ke rumah. Hari ni pula Aisyah menumpangkan sebentar anaknya di rumah sementara dia berurusan dengan penyelianya di universiti. Esok pula ada kunjungan dari sahabat di Wellington dan juga Hamilton. Mereka akan bermalam di rumah kami.


Bebererapa hari lepas, di kala kelam kabut membuat persediaan menyambut ketibaan kak Asiah, terpandang pula entri jemputan untuk join kontest anjuran Pak Ngah. Kami sebenarnya pernah menang kontest anjuran beliau sebelum ni. Kali ini kami ingin mencuba sekali lagi, namunnnnnn..... melihat kepada kontes tersebut.... menepuk dahi kejap, punyalah susah. Ditambah lagi, entri beliau dah tujuh jam yang lalu dipublish, mungkin dah ada pemenangnya pun masa tu. Nak masak lagi, kemas rumah lagi...hehehe, tapi hati tetap nak masuk.


Mula-mula kami main hentam jer, tau salah jawapan tu. Kemudian kami fikir, baik cuba betul-betul... Kami pun berdua duduk bincang seketika dan mengatur strategi. Inilah yang kami buat...




  1. Kami lihat tag/label di entri kontest tu, kot-kotlah dia ada tulis apa-apa yang boleh dijadikan panduan – alamak, takde pulak, pandai Pak Ngah ni. Susah nak memerangkap orang yang cerdik dan bersistematik ni.

  2. Kami tahu Pak Ngah ni sistematik, entrinya selalu kemas dan teratur. Terus kami recall apa tajuk entri yang biasanya Pak Ngah guna bila nak ceritakan pengalamannya – jumpa, ianya akan bermula dari “terkenang semasa dulu”.

  3. Kami check label di entri tersebut, memang ada dilabelkan sebagai “terkenang semasa dulu” – hehehe, rupa-rupanya senang juga berurusan dengan orang yang sistematik ni.

  4. Klik label tu...berjujuk keluar entri dengan label tersebut– tidak semua dibuka, kami target gambar yang hampir sama jer.

  5. Jeng-jeng.... alhamdulilah, dalam masa 10 minit urusan selesai.


Cuma, disebabkan dah terlambat lebih dari tujuh jam...tawakkal jerlah. Tapi tak sangka pula, dimurahkan rezeki, kami menang kontes Pak Ngah ni. Mungkin rezeki yang dibawa tetamu yang berkunjung ke rumah kami.


Buat Pak Ngah dan Mak Ngah, terima kasih sekali lagi dari kami di rantau orang. Moga dilimpahkan rezeki yang halal dah terus dirahmati Allah hendaknya. Aminnnn.....





p/s: Pak Ngah, tangan takkan kat kocek je kot... kesian orang sebelah tu..hehehe :-D