Jangan Dibiar Ianya Membakar

Salam buat semua,

Malam ini, sekali lagi seisi keluargaku yang berlima  duduk bersama-sama. Menikmati kentang panggang masakan Mizah sambil menonton tv. Buat kesekian kalinya juga kami menonton iklan yang sama, hampir setiap hari. Setiap kali menontonnya, anak kedua kami, Azi akan bersuara...

"Abah, when will you keep your promise??? I asked for it since last year"

Mukanya marah tiap kali mengajukan persoalan itu.

Insya'Allah Azi, esok abah dan ibu akan penuhi kehendak Akak Azi. Thanks sayang kerana memintanya.... Inilah yang dimaksudkan oleh Akak Azi....

[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=i84f4Bcbzp4&feature=relmfu[/youtube]

Persoalan yang ingin kami lontar dan mohon rakan-rakan memberi pandangan...

Berapa ramaikah rakyat Malaysia yang sedar pentingnya "Smoke Alarm" untuk kegunaan di rumah? Sedangkan kita lebih terdedah kepada kebakaran kerana cuaca yang panas, penggunaan dapur gas (bukan elektrik), ubat nyamuk, pembakaran terbuka, dan lain-lain.

Muhasabah untuk diri sendiri - Kami berbelanja besar untuk membeli peralatan kamera, namun kami sering bertangguh menggantikan bateri "Smoke Alarm" di rumah sewa kami di sini yang harganya cuma beberapa dollar. Apa nak jadi dengan kami ini....

Moga entri ringkas ini meningkatkan kesedaran kepentingan memiliki "Smoke Alarm" di rumah. Jom layan contoh video bagaimana ianya berfungsi.

[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=ZxiYXXj6UMc&feature=related[/youtube]