Di Luar Sana

Salam buat semua.

Malam tadi disebabkan terlalu penat, maka selepas solat Isyak (pukul 7 petang) aku terus terlena, sepanjang hari aku mengemas rumah jadi tak sempat nak menonton tv. Pagi tadi rakanku ada menyatakan bahawa berita TV1 NZ  malam semalam ada mengeluarkan kisah tentang demonstrasi BERSIH di KL,  dan orang yang di'interview' oleh pemberita menyatakan perkara yg boleh menyebabkan interpretasi buruk tentang negara... wallahualam.

Aku tidak ingin mencoretkan tentang dunia politik di sini, sebab bagi aku masing-masing ada hujah sendiri, tapi aku nak tepek sajak yang pernah aku tulis dahulu untuk dihayati oleh semua, dan sebenarnya apa yg aku nak cakap "Bersyukurlah kita bukan seperti insan yang aku gambarkan dalam sajak ini, masih boleh makan dengan aman, tiada bunyi mortar yang menakutkan dan masih boleh menunaikan kewajipan sebagai umat Islam tanpa gangguan".




Disaat malam mula menjengah



sendirian aku melihat ke luar jendela


ku lihat derita di luar sana


ku dengar tangisan disebalik ketakutan


Termenung aku sejenak mencari erti


Pada sebuah hakikat kehidupan


Pada sebuah hakikat kedamaian


Hatiku diruntun sebak


Ku lihat kesengsaraan saudara di sana


Ku lihat kesakitan meraung hiba


Lantaran rakusnya zionis merentap nyawa


Ibarat malaikat maut lagaknya


Di hujung bazooka bagaikan mainan



Lihatlah dunia!


Bangsa mati kebuluran


Tanah bermandi darah dan sengketa


Ke mana keamanan!


Ke mana keabadian!


Ke mana kemanusiaan!


Ke mana keinsafan!


Ke mana keprihatinan!


Ke mana kesedihan!


Ke mana semuanya!


Hanya Dia yang tahu



Mengapa...


Nyawa ibarat berharga tiada


Tangisan si kecil tiada diendah


Meratap sepi simpati dicari


Andai ada sekelumit belas


Andai ada secebis harapan


Pada insan bernama MANUSIA



Namun...


Terkulai si anak di pangkuan keluarga


Menangis si suami kehilangan isteri


Retorik kosong PBB janjikan...


Senyuman sinis kau lemparkan


Sengsara umat mengerti tiada


Hanya si anak menanggung pasti..


Sakit derita nyanyian abadi


Andai ada ruang harapan


Moga damai menjengah tiba.



Ya Allah,


Sujud kami penuh sesalan


Sujud kami mohon keampunan


Sujud kami mohon diperkenan


Sujud kami penuh impian


"Kau selamatkanlah saudara kami di Palestin sana...aminnn."



~nida~