Dah lama tak cerita mengenai persekolahan anak-anak di sini. Semasa menyaksikan cross country anakku tempohari, sempat juga aku tour sekolah Oteha Valley tu. Ada beberapa part yang sungguh menarik untuk diceritakan, tentang budaya persekolahan mereka di sini... sebelum tu meh layan apa yang aku berjaya tangkap..
Lihatlah gambar di atas, agak-agak ada tak pemandangan begini di Malaysia ek. Rasanya pada entry yang lepas aku ada terangkan tentang penggunaan scooter di sini. Kalau nak tahu, scooter ini merupakan salah satu kenderaan utama mereka ke sekolah, dan lihatlah tak payah nak berkunci pun scooter ni.. takde yang nak merembatnya.
Aku rasa aku tahu kenapa di Malaysia tak berapa sesuai bawa scooter ke sekolah, sebabnya kalau di sini (NZ) di kiri dan kanan bahu jalan ada kawasan untuk pejalan kaki merangkap untuk yang menunggang scooter sekali, jadi keselamatan mereka Insya Allah terjamin.
Kawasan pejalan kaki... (cewahhhh Anis... macam model tiang..kuikuikui)
Kemudian di sekolah Oteha juga ada kawsan rak kasut.. bilik darjah di sini semuanya berkarpet, dan pelajar-pelajar ini bebas sama ada nak berkasut ke atau nak berkaki ayam ke, ikut keselesaan masing-masing. Di New Zealand ni bolehlah berkaki ayam sebab negaranya bersih.....
Lihatlah dengan tersenyum sambil berkaki ayam... punyalah bersih negara NZ ni...:)
Bila bab persekolahan anak-anak aku memang salute pada budaya barat ni, pelajar-pelajar juga di ajar "survival skill" seperti menunggang basikal dengan cara yang betul (siap berhelmet), jadi tiadalah bila besar nanti naik motor pun tak berhelmet!, belajar berenang, memasak, menjual dan macam-macam lagilah..
Mana yang baik kita ikut..
Semalam sekolah anakku ada buat Market Day sempena minggu Sains dan Teknologi, macam-macam bebudak ni buat untuk jual... ada yang buat aiskrim, ada yang buat lilin arometerapi, ada yang buat gelang manik, buat sabun.. dan yang "amazing"nya, budak-budak ni buat semua barang-barang untuk dijual.... awesome! Bayangkan anak aku yang baru berumur 8 tahun dan pandai buat aiskrim dan yang si kakaknya pula (10 tahun) dan pandai buat Lilin Kulit Kayu Manis (cinnamon candle)... Nanti aku akan ulas lebih lanjut cerita Oteha Valley School Market Day ni pada entry akan datang.. tungggggggguuuuuuuuu :)
Inilah sedikit catatan pengalaman dari aku sebagai anak rantau.. walau indah bagaimanapun negara orang, Malaysia tetap di hati... namun mana yang baik di negara orang eloklah kita ikut.. tak salahkan kalau kita copy paste mana yang baik dan disesuaikan dengan budaya kita... Insya Allah..
Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut