Hujan Batu di Negeri Orang....

Kata orang, "Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri", tapi musykilnya sepanjang dua tahun setengah bermastautin di bumi New Zealand ni belum pernah lagi aku lihat hujan emas.. tapi hujan batu ada ler..... Nak tahu apa yang batu????? Jom layan gambar di bawah..... taraaaaaaaaa

Semasa ia turun... pemandangan di luar tingkap rumah kami

Atas bumbung kereta kami

Rupanya seakan-akan biji sagu yang besar

..dan lagi....

Agak-agak letak sirap dengan susu + cendol ok tak?????

Sejuknya... kata Anis

Inilah antara kenangan yang akan kami bawa pulang nanti.. melihat sendiri hujan air batu turun membasahi bumi... kenangan yang tidak akan kami lupakan sampai bila-bila...



Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut

19 comments:

kakcik said...

Macam telur ikan pun ada. :)

zaidah said...

agak2 cepat cair tak nida air batu tu...

Nisa' Azman said...

hehe.. sy penah experience hujan camnie time kat Scotland dlu2.. Kalo xsilap, diorg pgl "hailstone" eh? ntah, dh lupe, hehe..

ummu muhammad said...

besntye kak nida!!

Chik Na said...

pernah alami masa dok istanbul ...

Asmida said...

Alhamdulillah dah 2x As merasainya bumi M'sia... sekali masa darjah 1... dan sekali lagi tahun ini.... Memula cerita dengan Cik Hubby dia x percaya... sampailah baru2 nie merasainya kembali... subnanallah... Allah maha berkuasa atas segala2nya... Seronokkan dapat merasai pengalaman dari yang biasa.....

♥MAMASYAZA♥ said...

wow, sronokkan ada pengalaman camtu, akak ni tgk gambar pun jadilahhhh...hehehehe

siti murni said...

seronok baca entry kak nida nih...ada je knowledge baru dapat dari sini..:) serius, tak pernah tengok hujan batu...cmtu rupanya yer...:)

*∽ IZAN ∽* said...

pernah di landa hujan batu kat kampung masa kecik2 dulu.. memang sungguh berdesir2 bila hujan batu jatuh atas atap zink uhuhuhuhu

al-lavendari said...

kita ubahsuai sikit kata orang tu ..

hujan batu di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik lagi negeri sendiri.

* pakngah dah transfer kelmarin .. harap tiada masalah.

shaniza said...

Salam Nida..
Pernah juga tengok hujan batu di kpg dulu (Taiping)tapi saiz dia besar batu kerikil..
Hujan batu di negeri org kecik2, hujan batu di negara sendiri besar2, baik lg negara sendiri... sbb boleh pecah atap rumah.

syieda_joy said...

mcm telur ikan la akk..^_^

jom akk joint contest syieda
http://shuhaida313.blogspot.com/2011/07/contest-loving-couple.html

Kak Rosaliza said...

Assalam nida, oh tak sangka ya kat situ pun ada hujan batu. Akk dah lama sangat tak tgk hujan baatu ni, dulu2 pernah la merasa. sejak dok KL belum ada lagila...kenangan terindah \nida di bumi Albany tu

Ardini Humaira said...

:) bestnye akak dapat rasa jua musim tu...

fAiRuLLaH's de GrEaT! said...

wahhhh rugi tak merasa semasa dok kat new zealand

Zaitun said...

Pengalaman yang ditimba ketika di negeri orang meninggalkan kenangan yang susah dilupakan.

maiyah said...

assalam..

wahhh.. mmg kenangan yg x dpt dilupakan.. tingin nk pegang huhuuu

Oyis said...

cantik kan hujan batu ni? kalo di Uk musim winter agak kerap hails ni. yg paling besar saya penah alami adalah sebesar duit 5 sen, tp bulat2 mcm biji sagu mcm dlm gmbr k nida tu la, bukan leper2 mcm duit syiling hehe. masa tu tgh kat lab, fuh sengaja pegi luar, main hujan batu. pelik mat salleh lain menengokkan.. hehe

nuyui a.k.a miss NUSHA said...

wah..kuasa ALLAH kan kak..

teruja dapat tgk ..