Membebel Salah... Tak Bebel Salah.. Ada Idea?

Alkisahnya sebenarnya hari ni aku nak update cerita mengenai apa yang terjadi di Cross Country hari tu yang buat kami semua terharu.

Tapi pagi tadi sewaktu aku sedang sibuk kemas rumah, aku lihat penuh rambut satu rumah.. pelik juga. Aku dah agak ni mesti kerja si Anis sebabnya dia je yanga da kat rumah ni, kakak-kakaknya dah selamat ke sekolah. Jom lihat bukti-bukti penemuan dulu.
Mula-mula aku jumpa dalam bilik (sikit je)
Kemudian atas kotak (sudah semakin bertambah)
Dalam bilik belakang pun aku jumpa lagi... (ok lagi boleh dimaafkan)
Jeng..jeng..jeng... bila aku bukak je@^%@&#*&$*&$(*%(*
Hahhhh!!!!!!!!!!!! Anisss!!!!!!!!! Apa yang Anis dah buat ni????????????

Ya Allah, anakku!!!!!!! Apa yang kamu dah buat... sedihnya ibu tengok rambut Anis yang panjang tu. Sebenarnya dah lama hubby nak gunting rambut Anis, tapi aku tak bagi sebab aku nak sangat tengok rambut Anis panjang... last2 terpaksa ler aku gunting rambut Anis sebab nak kasi balance semula.. tu pun tak balance juga lagi..Anis...Anis.... nak bebel pun tak guna.. rambut panjang dah jadi kontot..
Tengoklah bahagian atas kepala Anis.. dah macam pokok kelapa.. tercacak dah rambut anak ibu

Habis jambul depan Anis.. senget benget dibuatnya... boleh senyum lagi tu.. dia tak tahu aku tengah geram ni...
Maka inilah hasil akhirnya... mulai saat ini, peraturan baru telah diperkenalkan.. gunting perlu diletak ditempat yang tersorok..

Harap-harap rambut Anis oklah sebelum bulan Julai... Kalau tak baliklah kami ke Malaysia dengan fesyen rambut tercacaknya...hahahaha.

p/s:Insya Allah aku akan update cerita yang mengharukan pada next entry..:)



Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut

Berlari Dalam Kedinginan

Tarikh : 20 Mei 2010
Tempat: Oteha Valley School
Masa : 11.15 - 1.30 petang
(kalau di Malaysia mahu dehidrasi anak murid andai berlari pada pukul 1.30 tghari)

Inilah untungnya andai berada di negara yang ada empat musim, tak payah nak pening kepala bila sekolah nak anjurkan sukan. Ikut ler nak buat pukul berapa pun sebabnya cuaca sejuk, so takdelah kes anak murid rentung di bawah sinaran terik mentari. Cikgu-cikgi pun tak payah ler nak make up dua kali, maklumlah make up yang pagi tadi dah cair dek peluh... (ini kisah pengalaman aku ler yang suka bermake up..)

Biasalah anak-anak yang masuk acara, aku yang lebih-lebih berdebar + over excited. Aku tengok anak-anak aku rileks je, aku pulak yang dapdupdapdup di tepi padang... ala2 lebih sudu dari kuah gitu.

Paling menggembirakan kami, Kakak Mizah berjaya menggondol tempat keempat. Hanya lima peserta terawal sahaja yang dapat sijil... kesian Akak Azi, namun walaupun tak dapat tempat lima teratas dan hanya mampu berada dalam kelompok tengah, semangat Akak Azi untuk menghabiskan larian sangat aku kagumi. Bayangkan Akak Azi berjaya menghabiskan larian sepanjang 1 km tanpa henti!!!! Kalau ibu ler sure dah pancit awal-awal lagi..hehe.. Apa-apapun tahniah dan syabas buat anak-anak ibu.. you are much, much, much (infiniti) better than me.. :)
Wajah sebelum berlari.. masa ni pernafasan boleh dikawal lagi... keperluan oksigen dalam badan masih mencukupi.. (pelajaran biologi pada kali ini ye anak2 murid sekelian)
sebahagian daripada pelajar-pelajar
Kakak Mizah bersedia untuk berlari
..dengan nafas tercungap-cungap (masa ni hutang oksigen telah berlaku dalam badan)
Alhamdulillah dapat tempat keempat..
Wajah ganas Akak Azi sebelum memulakan perlumbaan

Akak Azi sedang berlari dengan bersungguh-sungguh
Caiyok..caiyok...
Kesian anak ibu... haus dia...
Tahniah sayang....

p/s: ada kisah yang menyentuh perasaan penonton ketika acara cross country ini berlangsung, kalau nak tahu tunggukan pada episod akan datang ye (doa2kanlah aku supaya rajin update blog ye..hehe)



Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut

Sedekad Sudah..

Alhamdulillah hari ini genaplah sudah sepuluh tahun aku menjadi isteri yang sah buat suami tercinta Mohd Hanafiah bin Ahmad. Semoga jodoh kami berkekalan hingga ke akhir hayat dan semoga kebahagiaan sentiasa mengiringi kami sekeluarga..

Buat kekanda, dinda tahu kanda akan baca blog dinda ni, jadi dikesempatan ini dinda nak ucapkan jutaan terima kasih kerana menjadi suami yang terbaik di sisi dinda dan abah yang terbaik buat puteri-puteri kita.. I always love you... (hehehe..... karatnya ler jiwang aku ni).


“Ya Allah, Kau berkatilah pasangan Mohd Hanafiah & Hasnidar. Semoga jodoh kami berkekalan dunia akhirat. Semoga kami dikurniakan dengan kesihatan yang baik, keluarga yang bahagia, rezeki yang murah dan anak anak yang soleh dan solehah” Ameen~

p/s: kali ni tak sempat nak buat sajak.. maklumlah musim sejuk2 begini otak beku sikit.. katil dan selimut asyik memanggil aku jer..:)





Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut

Susah Senang Bersama.. Ada Ke Yang Tak Begitu???

Aku rasa sepanjang aku berstatus isteri orang ni dah lebih 7 kali kami pindah, mula kahwin dulu kami duduk di Parit Bunga, Muar kemudian pindah Batu Pahat, selepas itu pindah ke Parit Sakai, Muar, selepas itu pindah pula ke Pasir Gudang, Johor.

Selepas hubby bertukar kerja, kami merantau pula duduk di Beserah, Kuantan.. kemudian pindah lagi ke Taman Tas, Kuantan, dari taman kami berpindah ke kuarters guru.. dan akhirnya kami mempunyai rumah sendiri di Indera Sempurna, Kuantan. Apa yang aku nak cerita di sini, sepanjang perpindahan kami hanya seorang, dua sahaja yang membantu kami mengangkat barang2. Kadang2 terfikir juga, kemanakah jiran-jiranku... andaianku mungkin mereka sibuk atau penat pulang dari kerja... Tapi aku yakin, tidak semua begitu, ada juga insan2 di luar sana yang sangat rajin membantu apabila sahabat2 ingin berpindah.

Bila dah jauh begini, ditambah pula dengan hanya beberapa orang Malaysia sahaja yang ada di sini, hubungan kami seolah-olah macam adik beradik. Semoga budaya ini dapat kami amalkan sekiranya kami berada di Malaysia kelak.. Pantang dengar orang pindah, pasti ramai yang datang menolong..



(Sumber gambar dari Brother Adnan)

Susah senang bersama, sakit, lelah turut dirasai semua.. Bak kata pepatah, "bersatu kita teguh, bercerai kita roboh"... oleh itu bila ada jamuan, pasti semuanya akan diundang untuk menghargai bantuan dari rakan-rakan yang telah menolong mengangkat barang2.....
Wajah tuan rumah
Antara makanan yang dihidangkan
Wajah2 peniaga sate
Sabar menunggu sate...
Adik beradik kami
Wajah ceria selepas kekeyangan
Sempat lagi tu anak-anak buat 'rumah' untuk rama-rama
Inilah rupa rama-rama yang berjaya ditangkap oleh budak2 ni... hensem tak?..hehe


Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut

Luluh Lagi Mencairkan..

Ingat lagi tak kisah entry aku sebelum ini. Kisah sedih si Anis sebab hanya ada kereta buruk yang kami kutip tepi jalan.

Masa aku buat entry lepas cik hubby sedang tidur, so bila bangun aku pun bagitahu yang aku ada entry baru. Nak tahu apa berlaku selepas itu.....

Hubby : Haahkan, kesian kat Anis, kakak-kakak dia ada macam-macam tapi dia takde.

Aku: Tulah.. dahlah nak sekolah tapi tak boleh.

Hubby: Insya Allah nanti kita pergi warehouse cari scooter baru Anis

Aku berbisik dalam hati: (wah..terror gak aku ni ek, buat entry yang boleh mencairkan hati si suami).

Jadi kisahnya, hubby pun pergilah beli scooter Dora untuk Anis... Tips buat anak-anak@ ibu-ibu di luar sana, kalau agak-agak nak sesuatu dari ayah atau sang suami, coretkan aje dalam blog.. Insya Allah akan dapat (tapi yang penting ayat kena power..hehe)..
Anis dan barang-barang Dora miliknya
Gambar kembar si Anis
Ada hati tu nak tolong
Kakak Mizah pun nak tolong juga
Wajah-wajah macgyver
Kepuasan seorang abah apabila dapat membahagiakan hati anaknya
Anis dengan aksi ngerinya..hehe


Sempena Hari Ibu yang telah pun berlalu, aku nak ambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua ibu-ibu dan bakal ibu. Semoga kita semua berjaya mendidik anak-anak sebaik yang mungkin..Insya Allah. Buat emak (Bonda Rohani dan Bonda Zauyah).. kami amat menyayangimu.. tiada kata-kata yang mampu kami luahkan untuk menggambarkan rasa kasih sayang kami terhadap kalian.. semoga Allah memanjangkan usia kita untuk beribadatnya kepadaNya..aminnn

Dari puteri-puteri kesayanganku..:)





Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut

Kisah Si Kecil..


"Ibu mana ni beg Anis, Anis nak pergi school ni, ibu cepatlah masukkan apple dalam lunch box Anis, nanti lambat cikgu Anis marah", begitulah dialog Anis hampir setiap pagi tatkala melihat kakak-kakaknya sibuk berkemas untuk ke sekolah. Ketika ini pasti aku dan hubby akan saling berpandangan, sedih yang tak mampu diucapkan dengan kata-kata lagi. Sayang, bukan ibu dan abah tak mahu hantar Anis pergi kindy tapi sistem di sini tak sama macam Malaysia. Kalau di sini kena tunggu kekosongan, kena tunggu turn.. Ibu dan abah tak mampu nak hantar Anis ke kindy private.. terlalu mahal. Bayangkanlah bagi tempoh seminggu yurannya sahaja boleh mencecah RM300++.

Anis anak yang sangat berdikari, andai kakak-kakaknya ada basikal, tapi Anis ada kereta buruk yang kami kutip tepi jalan dan itulah permainannya setiap petang, andai kakak-kakaknya ada scooter, Anis tiada. Lepas isyak tadi Anis ada buat permintaan pada abahnya "Abah, esok beli basikal kecik Anis tau"... hmmmmm, terkedu lagi.... Andai di Malaysia dah lama kami belikan, tapi tahu jer lah hidup sebagai perantau ni, hidup dalam keadaan yang sungguh bersederhana (Alhamdulillah atas nikmat yang dikurniakan).
Kereta kesayangan Anis

Jadi kami pun pergi membawa Anis mendaftar ke kindy (under kerajaan). Alhamdulillah bulan Jun ni mungkin ada kekosongan. Tapi yang sedihnya, setiap pagi Anis akan tanya bila nak ke sekolah, tak sabar sangat anak ibu ni ye..

Anis berposing depan Oaktree Kindergarten (tempat Anis bakal pergi belajar :) )
Anis sempat bermain pasir
Anis yang masih malu-malu untuk berkawan

Kalau nak tahu aku suka panggil Anis Dora sebabnya mata Anis bulat macam Dora..hehe
Anis ketika 4 bulan.... bulatkan matanya... :)
Anis kini....



Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut