Susah Senang Bersama.. Ada Ke Yang Tak Begitu???

Aku rasa sepanjang aku berstatus isteri orang ni dah lebih 7 kali kami pindah, mula kahwin dulu kami duduk di Parit Bunga, Muar kemudian pindah Batu Pahat, selepas itu pindah ke Parit Sakai, Muar, selepas itu pindah pula ke Pasir Gudang, Johor.

Selepas hubby bertukar kerja, kami merantau pula duduk di Beserah, Kuantan.. kemudian pindah lagi ke Taman Tas, Kuantan, dari taman kami berpindah ke kuarters guru.. dan akhirnya kami mempunyai rumah sendiri di Indera Sempurna, Kuantan. Apa yang aku nak cerita di sini, sepanjang perpindahan kami hanya seorang, dua sahaja yang membantu kami mengangkat barang2. Kadang2 terfikir juga, kemanakah jiran-jiranku... andaianku mungkin mereka sibuk atau penat pulang dari kerja... Tapi aku yakin, tidak semua begitu, ada juga insan2 di luar sana yang sangat rajin membantu apabila sahabat2 ingin berpindah.

Bila dah jauh begini, ditambah pula dengan hanya beberapa orang Malaysia sahaja yang ada di sini, hubungan kami seolah-olah macam adik beradik. Semoga budaya ini dapat kami amalkan sekiranya kami berada di Malaysia kelak.. Pantang dengar orang pindah, pasti ramai yang datang menolong..



(Sumber gambar dari Brother Adnan)

Susah senang bersama, sakit, lelah turut dirasai semua.. Bak kata pepatah, "bersatu kita teguh, bercerai kita roboh"... oleh itu bila ada jamuan, pasti semuanya akan diundang untuk menghargai bantuan dari rakan-rakan yang telah menolong mengangkat barang2.....
Wajah tuan rumah
Antara makanan yang dihidangkan
Wajah2 peniaga sate
Sabar menunggu sate...
Adik beradik kami
Wajah ceria selepas kekeyangan
Sempat lagi tu anak-anak buat 'rumah' untuk rama-rama
Inilah rupa rama-rama yang berjaya ditangkap oleh budak2 ni... hensem tak?..hehe


Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut

30 comments:

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

mcm mane sis tahu rama2 tue jantan???
hehehe...
=.=

Nurimo said...

Teringat masa kecil2 dulu amalan tolong menolong kalau jiran pindah rumah,ramai yang berebut nak menolong.

Tuan rumah biasanya buah bubur bagi makan jiran2 yang menolong,itu suasana dulu kat kampong.

Saya pernah lihat orang usung rumah,bayangkanlah rumah boleh angkat pindah ke tapak baru.Malah satu kampung keluar.

Sekarang masin2 sibuk nak menolong pun maklumlah korja.Kalau hari minggu nak rehat pula atau keluar jalan dengan keluarga.

Jadi upah orang pilihanya sekarang.Siap dengan lori.

Konsep tolong menolong,
Cuma Kena ingat orang tolong kita,giliran orang kena ringan tangan juga,barulah semangat tolong menolong macam dulu2 hidup.

maiyah said...

yelah nida, org mesia gak yg akan lebih rapat, senang cite.. senang difahami..

Wasatiah Gurlzz said...

lorrr, byk kali akak berpindah rupernyer..byk pengalaman tuh..huhu

Ena said...

maaii.. banyak kali nye pindah kak, penatnyeeeeerrrr.. adeihhhh!!

tapi nasib baik ramai yg membantu kan kak.. heheh.. ye la.. berat same di jinjing ringan same dipikul..

sejak dh kawen nie ena baru 2 kali je pindah umah.. kalo blh tak mau dah indah randah lagi.. tak larat nak ngemas la kak.. huhu

MAMASYAZA said...

akak pun ada pengalaman pindah umah, tak ramai jiran yg datang tolong, maybe depa tgk dah ramai sedara mara yg menolong agaknya.

Nadiah Sidek said...

teringat kata2 pensyarah nadiah yg pernah duduk di UK..lebih kurang mcm ni la ayatnya..

"hang nnt jgn pelik la..kalau hang duduk overseas, mmg ramai org kita tlg. nak pindah rumah ke, ada masalah apa2 ke, ramai je yg dtg tlg. tapi bila balik malaysia, masing2 mcm dah tak kenal je. aku dah rasa dah benda ni"

Ummi Humaira said...

salam Nida...

rupa2nya bila berjauhan lg terasa keakrabannya,tp jgn plak nanti dah tak tersa nk balik M'sia .
he he he

cemomoi said...

kalau di perantauan kita lebih menghargai persahabatan dan ikatan persaudaraan agama dan bangsa.. gitu le gayanya

tapi takan semua orang melayu nak merantau baru nak bersatu yea dok?

tu kupang dari johor ke... sedap tu buat sambal

Syuhada Kamal said...

salam kak nida...tu yg bezanya duduk di perantauan kot..ukhuwwah lebih erat n sanggup susah senang bersama..harapnya amalan camni dpt dipraktikkan kat negara sendiri...:)

Adlina Husaini said...

seronoknya di sana =D

Acik said...

Salam..
Bila jauh dari negara sendiri, kawan jadi saudara yg dpt menolong waktu susah atau senang..tp di negara sendiri jiran sebelah pun tak berapa nk kenal..terbalik pula!

Oyis said...

saya sokong kata2 lecturer nadiahsidek tu. ni adalah pengalaman saya sendiri la. dulu dah pernah duduk skali di UK, mmg rapat bagai isi dgn kuku, tp bila balik msia, dek kekangan masa n jarak, perlahan2 jd jauh lah jua. apa bole buat... so kali ni saya dtg UK tu mmg saya ditakdirkan duduk dkt area yg x ramai Msian, tp nya saya tidak lah ralat sgt kerana saya dah rasa dah perkara ni. cuma enjoy the ukhuwwah whilst it lasts. seronot duduk dgn 'adik beradik' msians kita di kala kejauhan ni :)

LanaBulu said...

dalam banyak2 hidangan tu tak de ke mentarang??

Zaitun said...

Kak Zai pun banyak kali pindah, setiap kali pindah hubby akan upah orang tolong angkat barang.Barang banyak takut menyusahkan.

azieazah said...

Bila masing2 berada jauh dari tanah leluhur dan sanak saudara, hanya kawan2 yang menjadi peneman dan pembantu. Beruntung NIDA. Semangat kerjasama yang sangat mulia.

deena farhana said...

nice journey..pindah byk kali byk pglaman..tmbh lg duduk dperantauan...mgajar kita byk ttg khidupan..

slm ukhuwah slalu buat kak Nida..

Nur Asna said...

Beza benor gambar kamera En Nan & kamera En Piah...satu kabur & satu lagi clear...he he

Lady Lavender said...

betul tu nida...bila jauh dirantau org,jumpa malaysian seronoknya mcm jumpa saudara sendiri..ikatan ukhwah pun semakin erat..saya juga mengalami perasaan yg sama..

rose --{@ ibuRafiq @}-- said...

kat kejiranan sy yg tinggal di rumah mangkuk tingkat ni..sangat bekerjasama..tapi kene inform awal2, bila nak pindah..

ari tu ade jiran nak pindah. siap ade makan2..uhuhu

nida, dah dapat adiah lom? sy dah pos..:-)

thunbergia said...

nida, ko dah kena TAG, sila amik Sunshine Award kat blog haku nooo,

salamm,

zue said...

k.zue pindah umah sbyk 4 kali semuanya adik bradik yg tolong x nmpak jiran tetangga pun mungkin dia org ni mengedap kat tingkat kot.

diperantuan menjadikan lebih akrab dan mcm adik beradik pulak tu. seronokkan.

zue @ annaleeya said...

bila dah jauh dgn keluarga, kwn2 la paling rapat dgn kita... mesti dah mcm adik bradik kan...

wahh... best mkn sate ramai2...

Ain said...

kalau ramai yang ringan tulang membantu macam ni, takde la penat sangat kan....

pssttt, sate tue betul2 mencucuk kalbu.....

terliur tengok....huhuhu...

fAiRuLLaH's de GrEaT! said...

tang kuoang tuh yang kalah.. hehehhe

Siti said...

eh, taman tas kat ngan umah mak siti..kg lubuk puyu..huhu...

a kl citizen said...

bila di rantau orang, memanglah pandai masing2 menjaga hubungan
tetapi bila kat malaysia ni, susah nak berhubungan begitu..

fa10 said...

7 kali pindah? oh no... penat tu.
kat uk ni akak dah 2 kali pindah, mujur brg x banyak sgt, angkut ngan kereta ajelah

fikaryna said...

suasana jiran tetangga yg baik kalau dalam kawasan kg mgkin ada lagi...tapi kalau dok kat taman..susahla..

bila pindah..guna khidmat delivery person yg dibayar baru beres..

hmm..mmg banyak nilai murni dan baik dalam masyarakat semakin hilang..

Alimaz-Kembara Terasing said...

penatkan berpindah randah nih...