Alam dan Warna (Sempena Musim Spring)


Takjub aku pada Pencipta
melihat lukisan hidup yang indah
penuh dengan warna yang pelbagai
kelopak mekar bunga-bungaan
disulam rerama berterbangan
segala-galanya cantik
segala-galanya indah.

Ku hirup udara yang nyaman
kesegaran alam membaluti tubuhku
sambil kehijauan menjamu mata
melihat musim bunga bermekaran
menguntum indah menggamit pengunjung
terpesona pada warna yang terang
pada bau yang menusuk sukma.

Auckland Botanic Gardens menyimpan segala
syurga flora yang hampir tandus
kini terpelihara lestari di sini
buat tatapan generasi hadapan
lantas kuntuman itu kan mekar kembali
hingga saat musim berganti
mekarmu tiadakan pupus
lantaran keindahanmu pasti abadi
warna-warnamu kan tetap menjadi dambaan
buat penyeri alam yang satu.



p/s: Sajak ini ku cipta atas ilham yang ku dapat sempena lawatan ke Auckland Botanic Gardens, .. maaf andai terlalu banyak kekurangan bahasa....

Salam bersambut, Ukhuwah bertaut:

Raya ke Tujuh Terciptanya Sejarah

Hari ini bersamaan dengan 27 September 2009, tepat pada pukul 1.30pm, family aku, Azlina dan Syaza telah kepergian (hentam je ler labu ayatnya :-) ) ke satu tempat yang aku telah lupa namanya (yg pasti kat tengah bandar Auckland) untuk Gathering Hari Raya MAPSA. First aku nak bagitahu yang anak2ku telah menang acara ala2 treasure hunt (dapat no 3), second, apa yg aku nak bgtahu bahawa aku telah melepaskan gianku untuk berpantun kat atas pentas..hehehehe (syok sendiri gitu).

Bunyi letupan belon kat belakang tu lebih kuat dari bunyi letupan meriam buluh...bapak terkejut aku.... (bahasa orang Kuantan :-) )
Aku n the gang...bual bicara mengenai cara yang betul mendukung anak..hehe
Apa juga ler yang difikirkan Akak Azi tu..ada gaya tokoh pemikir ulung tu...Aminnnnnn
Dah macam picnic kat tepi pantai lak aku tengok...siap duduk bersimpuh tu, anak sapa ler ni, ayu sungguh. Tp yg duk kat kerusi tu, yg pakai tudung purple tu control ayu gitu..makan tunduk2 ala tersipu-sipu malu ....macam pengantin baru tengah makan beradap...hehe

Kami tak dapat ikuti acara sampai ke penghujung kerana limit parking untuk kereta kami park kat kawasan tu just 2 hours je...so terpaksa ler balik awal (sepatutnya habis kul 5, tp kul 3.30 kami dah pulang)...tapi kami tak terus balik tau, sebab pastu kami sempat meronda dan berposing kat Botanic Garden sambil melihat bunga2 yang sedang bermekar sempena musim spring ni...ingatkan dekat jer Botanic Garden tu, tapi boleh tahan juga jauhnya, sempat ler aku terlelap sekejap...kenyang makan nasi minyak...Alhamdulillah.
Terpegun budak2 ni tengok aku berpantun...maklumlah kat Auckland ni mana ada Komsas yg ajar pantun2 ni...(berat gak ye angkat bakul sendiri..hehe)

Disebabkan masa terlalu suntuk utk aku mencipta pantun (sebab kena balik awal), so pantun ni rima tengahnya tak sama (tak sempat nak edit), cuma rima belakang jer sempat diedit.. ;-)

Sepuluh jari disusun kini

Ampun dipinta menghapus dosa

Buang yang keruh mengundang harmoni

Khilaf bertamu adat manusia.


Hari Raya disambut meriah

Terjalin ukhuwah mengikat saudara

Salam persahabatan tiadakan goyah

Jalinan kasih bertaut mesra.


Girang si anak meriah bersorak

Berwarna-warni pakaian digaya

Beraneka kuih pelbagai corak

Menjadi hidangan di Hari Raya.


Terbang tinggi si burung Pedada

Hinggap pula di tanah pamah

Warga North Shore melapangkan dada

Menjemput semua bertandang ke rumah.


Kasih bersambut, mesra bertaut:


Raya di Perantauan

Saat umat Islam di Malaysia bergembira menyambut Raya pada hari Ahad, kami di New Zealand masih berpuasa kerana Hari Raya disambut pada keesokan harinya (Isnin)... Alhamdulillah selepas hby pulang dari solat sunat Hari Raya, kami mulakan upacara bersalam-salaman dan bermaaf-maafan antara kami sekeluarga, kemudian berkumpullah kami semua warga North Shore di Rumah Abg. Mie dan Kak Asiah....kemudian kami beramai-ramai ke rumah Penghulu Azwan sempena open house di rumahnya... Kami meneruskan perjalanan beraya dari satu rumah ke satu rumah....balik semuanya lepak, namun kepenatan kami berbaloi dengan kemeriahan dan dapat berkumpul semua :-)

Walaupun tidak semeriah menyambut raya seperti di Malaysia, tetapi suasana Hari raya tetap terasa, keakraban kami warga Northshore seperti adik beradik sendiri (cuma lain mak dan ayah jer). Pagi-pagi raya anak2 sibuk memakai baju raya dan melaram di depan cermin, cuma si Anis puas kami memujuknya untuk pakai baju raya (agaknya dia lebih selesa pakai seluar kot)

Salam Lebaran dari kami sekeluarga :

Sebahagian juadah di pagi raya:Keriangan di wajah anak-anak Northshore:
Berkumpul kami warga Northshore di pagi raya:
p/s: Dalam kerendahan hati,ada ketinggian budi. Dlm kemiskinan harta, ada kekayaan jiwa. Dlm kelembutan lidah, ada keterlanjuran kata. Dlm gurau dan senda , ada khilaf dan dosa...ampun dan maaf ikhlas ku pinta....

Salam Aidilfitri...


Syawal Menjelma Tiba..

Lagi dua hari Syawal akan menjelma..lagi 2 hari jugalah buat kali pertama aku beraya diperantauan, hiba, sunyi, sedih, sayu, semuanya kini sedang aku lalui. Terkenang saat2 bersalam-salaman dengan sanak saudara. Di pagi raya sibuk anak-anak dan anak2 sedara mengira duit raya, sibuk masing2 menayang baju baru di pagi raya...teringat aku bertungkus lumus dengan kaum ibu di dapur memotong ketupat, mengisi lauk pauk di dalam pinggan... (rindunya nak makan ketupat, kat sini makan ketupat segera Nona je ler)

Ramadan kini bakal melabuhkan tirai, Alhamdulillah, puasa kali ini mengajar aku untuk menjadi lebih berani mencuba..berani mencuba untuk masak menu2 yang belum pernah aku masak semasa di Malaysia...ada hikmahnya duduk berjauhan....belajar untuk berdikari dengan sumber2 yang terhad, mensyukuri apa yang ada, dan menjadikan diri ini lebih tabah (mudah2an)...

Teringat semasa kali pertama aku belajar berpuasa, semasa berumur 7 tahun aku sudah mula berpuasa, dan aku hanya buang 2 hari ketika itu, itupun kerana aku terlupa..ingatkan dah tak boleh berpuasa, so aku pun berbuka selepas itu. Namun aku berpuasa dalam ertikata kata sebenar2nya berpuasa kerana abah dan emak tidak mengajar kami adik beradik berpuasa untuk mendapatkan ganjaran.. Alhamdulillah bermula dalam darjah 2 hingga sebelum aku menjadi 'wanita' aku telah berpuasa penuh...

Kini budaya berpuasa tanpa ganjaran atau upah telah kami terapkan dalam jiwa anak2. Hamizah bermula daripada usia 6 tahun sudah ku ajar berpuasa walaupun tak penuh, begitu juga dengan Hazirah...dan mereka berpuasa tanpa kami janjikan apa2...maknanya mereka berpuasa memang berpuasa dalam ertikata sebenar dan tiada ganjaran yang mereka dapat kecuali ciuman daripada ibu dan abah tanda tahniah kerana berjaya meneruskan puasa..:-)

Talian Ukhuwah Kukuh Terjalin

From my niece and nephew (sebelah hby) - Nebraska, USA
Ucapan Idul Fitri dari Ummumishkah
Salam lebaran dari Ummihumaira
Pesanan dari Nuri
Dari suami tercinta ;-)
My precious daughters: Nur Hamizah, Nur Hazirah dan Nur Hanisah.

p/s: Terima kasih atas ingatan tulus ikhlas....

Kenangan Itu Menggamit Rasa

Tak lama lagi Syawal akan menjelma.... dan setiap kali itulah kenangan menyambut Hari Raya bersama arwah abah akan terimbas kembali... sudah empat hari detik 22 Ramadan berlalu, suatu tarikh yang tidak akan kulupakan dalam hidupku, perginya insan yang amat ku sayangi....ABAH...


Abah....kau pergi secara tiba2, masih terngiang2 lagi suaramu ditelingaku ketika aku menelefonmu pada malam sebelum kau dijemput Ilahi... suaramu ceria ketika itu, masih jelas lagi butir2 bicaramu "Alhamdulillah abah dah tak sakit dada lagi"... ketika itu, aku rasa amat gembira kerana kekerapanmu sakit dada menyebabkan kami sekeluarga amat risau. Tapi kau tidak pernah menyusahkan, kau menanggung sakitmu sendirian, pernah kami ingin membawamu ke hospital, tapi kau menolak, katamu "Takpe nanti letak minyak baiklah...". Rupa2nya, kau memang tidak akan sakit dada lagi, kerana keesokan harinya kau rebah... malah ketika ajal semakin hampir denganmu, kau masih boleh berpesan kepada emak agar jangan memberitahuku, tidak mahu menyusahkanku dan membuat aku sedih...

Kini 5 tahun telah berlalu, namun ku rasa seolah-olah baru semalam pemergianmu... Abah, Along rindu sangat pada abah... kadang2 bila Along ada masalah dalam pekerjaan, dirimu tempat rujukanku kerana kau juga seorang guru...Abahlah tempatku meluahkan segala masalah dalam pekerjaan, tempat aku berkongsi kejayaan...kini aku sunyi.. ku rindukan nasihatmu, ku perlukan pandanganmu..Abah, damailah kau di sana...ku sentiasa mendoakan agar kau ditempatkan dalam kalangan orang2 yang dikasihi olehNya..aminnnn. Abah walau kau hilang dimata, namun kau sentiasa berada dihatiku.....

Kebenaran Yang Belum Tersingkap...

Suku dari classmate aku..yg baju biru kat belakang tu ler cikgunya...Darian

Alhamdulillah, term 3 telah berlalu..lega rasanya, Insya Allah bulan November ini, term 4 pula akan menyusul...kali ni aku tak berapa enjoy dengan kelasku..bukannya apa, terlalu ramai (16 orang), so susah ler sikit cikgu nak beri perhatian pada semua pelajarnya, lagipun term 3 ini terpaksa melalui bulan Ramadan so aku agak pasif sikit dalam kelas berbanding term 2 yang lalu.

My friends Tatsana (Thailand) n Erika (Japan)
Masa tea break, ada ler sorang rakanku dari Taiwan ni panggil aku, pastu beliau pun menemuramah aku... pelik juga, masih ada insan dalam dunia ni tak tahu langsung pasal Islam.. kalau nak tahu apa soalannya, layan dialog di bawah (setelah dialih suara :-) ):

Taiwan : Apa yang awak pakai tu (sambil menunjukkan ke arah tudungku)

Aku : Ini scarf..kenapa? (Cikgu lamaku, Jan Tyler memanggil tudung sbg scarf)

Taiwan: Kenapa awak pakai benda tu?

Aku
: Orang muslim wajib pakai scarf..

Taiwan: Kena pakai setiap masa ke?

Aku: Taklah, dengan orang-orang tertentu je boleh buka seperti saudara-mara, kalau dengan orang luar, kami kena pakai. Kenapa, awak tak pernah tengok kat negara awak ke org pakai macam ni?

Taiwan: (menggeleng kepala)... kalau begitu, setiap orang yang pakai scarf tu orang muslimlah ye?

Aku: Sepatutnya, tapi ada juga muslim yang tak pakai.

Taiwan: (Dahinya berkerut..tak faham kot).......

Baru2 ni Mizah ada bgtahu aku, kawan2nya dan certain cikgu2 kat sekolahnya ada tanya kat dia "What is fasting"... Mizah pun jawab "We cannot eat from 5 am to 6 pm"...pastu kata Mizah kawan2nya kata mesti penat sebab takleh makan n minum...(nasib baik cikgu kelasnya faham apa itu Ramadan)..

Sekarang bila aku tengok berita NZ jer..tak habis2 keluar pasal antiIslam di Britain... geram gak aku, takut rakyat NZ pun turut sama memberontak..alasan mereka, nak mengingati tragedi 11 September... patutnya kalau betul2 nak ingat buatlah sesuatu yg lebih bermakna, ni tak, nak bikin rusuhan jer.. tak pasal2 org awam jadi korban. Teringat aku satu simpulan bahasa ni..Seekor lembu membawa lumpur, habis satu kandang terpalit sama...kes dia macam, disebabkan hanya seorang pengebom berani mati, habis semua umat Islam dapat nama buruk...

Realitinya orang2 yang aku cakapkan kat atas tu sebenarnya tak faham apa itu Islam... minda diaorang ni tertutup.... cuba kalau diaorang bukakan sikit minda tu, aku rasa 100% gerenti mereka akan nampak keindahan agama Islam.... Apa2pun....doakanlah kami diperantauan ni..agar segalanya berjalan lancar..Insya Allah (macam ayat dalam emel daaaaa....hehe)

P/S: 22 Ramadan, genaplah 5 tahun Arwah abah dipanggil Ilahi... Bila terdengar lagu raya..teringat sesangat kat family dan orang2 yang aku kasihi yang telah tiada, damailah kau di 'sana' .... :'-(

Terima Kasih Daun Keladi :-)

Di hari raya
Terkenang daku kepada si dia

Kampungku indah nun jauh di sana
Ayah serta bondaku


Di tepian mandi
Danauku hijau yang aman damai selalu
Nun di sanalah tempat aku bertemu
Aku dan dia


"Dia"...sapa dia????? Emak akulah..nak kata buah hati, buah hati aku dah ada pun kat sini. (sapa lagi kalau bukan Encik Mohd Hanafiah tersayang..hehe). Bila dengar lagu ni boleh buat aku rasa nak terbang...balik ke Malaysia (kan best kalau betul2 leh terbang, tapi taknaklah terbang guna kapal terbang)...tapi apa boleh buat, hanya berangan je ler yg aku boleh, berangan dah ada kat Malaysia....:-)

Suasana nak menyambut hari raya kat sini memanglah suram... macam aku kata sebelum ini takdelah sibuk2 nak shopping2 raya. Aku sekarang memang tak boleh dengar lagu2 raya ni..meruntun perasaan, nanti dari cuaca cerah terang benderang terus bertukar hujan lebat dan ribut petir (atau sinonimnya menangis atau melalak ler, pelakon airmata kannnnnn...)

Dalam keadaan perasaan yang selalu mendung dan berkabus ketika ini, tiba2 sang suria mula menampakkan wajah..mana taknya dapat sekotak hadiah dari kampung kelmarin...masa ni barulah ada sikit semangat nak menyambut kedatangan Syawal (sikit jer..banyak lum lagi :-( ). Jadi kat sini aku nak ucapkan infiniti terima kasih buat mak, Yu (As), Has(Zam), Ijai (Ikin), Jaja, Iki dan semua ahli keluarga yang menjayakan serta menyumbang duit dan keringat membeli dan menghadiahkan barang-barang itu kepada kami, kalau ada rezeki lebih tu hantarlah lagi ek...hehe

Thanks mak kerana belanja untuk pos n for these sepit
Thanks semua..
Thanks Has n Zam
Thanks Jai n Ikin
Thanks Yu n As (thanks juga kerana tolong poskan)
Thanks Jai n Ikin
Merangkap ala2 Lembaga Penapisan Filem

p/s: bilalah agaknya boleh beli songkok, sampin + baju melayu utk anak lelaki ek...hehe..


Perempuan Melayu Terakhir..

Asyik sibuk duk cerita kehidupan kat Auckland ni sampai aku miss kenangan2 masa kat Malaysia dulu....maklumlah masa di Malaysia dulu kat rumah takde internet tu yang takleh nak upload apa2 gambar or story....so bila kat sini, dah komputer dan internet depan mata + tak kerja lagi, tu yang idea mencurah2 nak share cerita (kadang2 kering gak idea ni)...

Mizah ketika berumur 4 tahun (Convocation Day)

Azi ketika berumur setahun..macam muka abahnya masa kecik2..hehe

Ni salah satu performance yang diaorang buat. Suka benor aku tengok anak aku menari pada majlis konvokesyen kindergarten kat SMK Pandan (sekolah lamaku ada taska tau, kelas gitu),. Masa tu umur Kakak Mizah baru 4 tahun....

Scene yang paling best sekali ialah yg last sekali. Kawan-kawannya yg lain semua dah turun except dia dengan seorang lagi kawannya...so dia tak boleh turun stage tu selagi kawannya yang seorang tu tak turun. So, meh kita tengok macam mana Kakak Mizah nak settle this problem??? Layannn.....

Puasa Di Perantauan

Suasana berpuasa di rantauan ini tidaklah sama dengan suasana di Malaysia, nak tahu sebab apa???

1. Sebab takde bazar Ramadan...so takdelah murtabak n air soya bazar ramadan setiap kali berbuka posa.

2. Takde shopping-shopping nak raya...so duit tu taklah banyak sangat yang melayang
nya dan takdelah nak line up panjang2 untuk bayar di kaunter kat Kuantan Parade atau Megamall tu.

3. Takleh nak berbuka Ikan Siakap Bakar + Tom Yam Campur+ Kailan Ikan Masin + Udang Goreng Tepung + Telur Bungkus kat Tanjung Lumpur (makan kat tepi pantai gitu)....uwaaaaa, bestnya....


4. Takleh nak menjamu mata dengan contoh2 kuih raya yang berlambak-lambak kat dalam bilik guru...macam2 bentuk, macam2 warna dan macam2 nama..yang pelik2 pun ada.. (yang pasti kuih yg tetap menjadi pojaan hatiku..jeng..jeng..jeng....Kuih Makmor...ala yg inti kacang dalamnya tu...besshhhhh)

Tapi walaupun tak semeriah suasana di Malaysia, ada juga suasana yang masih sama..apa yang samanya ek????

1. Budaya bertukar2 juadah tetap ada diantara rakan Malaysia di sini (walaupun tak semua)..

2. Berbuka puasa bersama2 rakyat Malaysia di Northshore (Sabtu,5 September) ... walaupun baru sekali, tapi aku rasa seolah2 aku berada di tanah air ketika itu, selepas berbuka dengan Nasi Beriani Ayam yg di sponsored oleh MAPSA + pot luck, kami juga dapat menunaikan solat tarawikh bersama2 ..Alhamdulillah

3. Baju baru untuk Hari Raya tetap ada walaupun dah macam tak baru, sebabnya tahun lepas lagi dah siap. :-)

4. Aku masih men
elefon mak aku dari sini sebab sibuk nak tahu mak masak apa untuk berbuka, pastu yang kelakarnya borak punya pasal sampai rempah mak aku atas dapur hangus..hehe....(dulu kat Malaysia pun gitu juga)...

Wajah-wajah yang penuh dengan kesabaran menunggu waktu berbuka..
Apa tu????? Jangan berebut...banyak lagi air tu.....:-) Ni sesi menghabiskan masa untuk menunggu waktu berbuka ye tuan2 dan puan2..merangkap sesi bertukar2 resipi..

Huk..huk...huk....

Huaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..........hari ini ku rasa macam tak sedap badan. Bangun jer pagi tadi, kepala rasa berdenyut2 yang amat sangat, tekak pun rasa macam lain macam jer...hidungku pedih, bila bercakap suara pun macam sengau2 ala Zamani Slam (ramai yg kata muka aku macam mukanya, ada ke patut, aku ni perempuan , Zamani tu lelaki)...

Nak buat kerja pun rasa letih sesangat...nape ye???? Masa pagi tadi aku cuba bangun tapi kepala ni sakit sangat, so aku baring semula...lepas tu siap boleh bermimpi, dalam mimpi tu aku bangun tido, tiba2 aku tengok aku dah mati...hby and anak2 kat keliling aku semua nangis2.....pastu aku boleh cakap "aku ni betul2 mati ker atau bermimpi jer"...aku cuba buka mata, Alhamdulillah aku masih hidup....bayangkanlah klu aku betul2 mati masa tu, tak sempat nak mintak ampun kat semua orang......

Agaknya badan aku terlalu letih kot, mungkin aku ni jenis kurang darah (anaemia), tu yang bila puasa ni makan pun tak banyak, jadi macam manalah sel darah merah nak menjalankan mitosis atau ertikata lain nak mengganda untuk menghasilkan daughter cell (Cikgo Biologi kan...). Bila dah sakit ni mula fikiran duk fikir ntah apa2.....apapun itu peringatan dariNya..Alhamdulillah kerana aku masih disayangi....

Ku Pimpin Tanganmu..

Cerita ni dah lama pun berlaku, dalam 3 minggu yang lepas..saja aku nak share cerita dengan semua. Biasalah dalam dunia menuntut ilmu ni adakala kita rasa semangat juang jatuh menjunam (berdasarkan atas pengalaman sendiri)...sekarang bila hubby dalam dunia perjuangan menuntut ilmu, aku dapat menyaksikan gelombang semangatnya, adakala pasang dan adakala surut datang bertamu, masa tu siapa lagi nak diharapkan untuk menaikkan semula semangat yang rebah selain berdoa kepadaNya dan kaum keluarga yang terapatlah tempat hubby meluahkan segala (tapi tak semua pun yang diluahkan). Ahamdulillah aku telah dikurniakan anak2 yang memahami keadaan abahnya. Pernah Mizah berkata kepadaku " Ibu kesian kat abahkan, Mizah nak buat kadlah untuk abah, supaya abah happy"... masa tu Mizah terus masuk ke bilik ambil pensel dan kertas.. selepas beberapa minit, Mizah pun tunjukkan kad itu kat aku...


Kata Mizah "Kat meja study tu abah, yang gambar rumah tulah gambar rumah kita"

Kad itu diletakkan di atas meja abahnya (dalam bilik), bila hubby balik je dari universiti terus Mizah n Azi berlari berebut nak buka pintu ...pastu disuruh abahnya tutup mata dan dipimpin tangan abah masuk ke dalam bilik. Terpaksalah hubby melayan je karenah 2 beradik ni. Apabila hubby buka je mata..terus terkedu jap kulihat suamiku itu....terharu atas apa yang anak2 buat untuknya...:-)

Kata2 semangat dalam kad Mizah buat untuk abahnya..:-)

p/s: Azi ada juga buat kad untuk abah, tapi lupa lak simpan kat mana...