Huk..huk...huk....

Huaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..........hari ini ku rasa macam tak sedap badan. Bangun jer pagi tadi, kepala rasa berdenyut2 yang amat sangat, tekak pun rasa macam lain macam jer...hidungku pedih, bila bercakap suara pun macam sengau2 ala Zamani Slam (ramai yg kata muka aku macam mukanya, ada ke patut, aku ni perempuan , Zamani tu lelaki)...

Nak buat kerja pun rasa letih sesangat...nape ye???? Masa pagi tadi aku cuba bangun tapi kepala ni sakit sangat, so aku baring semula...lepas tu siap boleh bermimpi, dalam mimpi tu aku bangun tido, tiba2 aku tengok aku dah mati...hby and anak2 kat keliling aku semua nangis2.....pastu aku boleh cakap "aku ni betul2 mati ker atau bermimpi jer"...aku cuba buka mata, Alhamdulillah aku masih hidup....bayangkanlah klu aku betul2 mati masa tu, tak sempat nak mintak ampun kat semua orang......

Agaknya badan aku terlalu letih kot, mungkin aku ni jenis kurang darah (anaemia), tu yang bila puasa ni makan pun tak banyak, jadi macam manalah sel darah merah nak menjalankan mitosis atau ertikata lain nak mengganda untuk menghasilkan daughter cell (Cikgo Biologi kan...). Bila dah sakit ni mula fikiran duk fikir ntah apa2.....apapun itu peringatan dariNya..Alhamdulillah kerana aku masih disayangi....

4 comments:

bakhtiarazi said...

Cikgu Nida:

1. Hmmm...demam? Ada rasa loya2 nak muntah tak? Rasa ngidam2? Cuba gi check mana la tau kot2... (sila sambung tidak lebih daripada satu patah perkataan). Apa2pun moga cepat sembuh.

2. Kurang darah? Nasib baik takde nyamuk kat sini. Kalau tak, makin kurang darah tu :p

p/s: Camne PhD En Piah? Ada compare jumlah rambut dia 6 bulan yg lalu dgn sekarang? Warna plak? Hehehe

Unknown said...

alhamdulilah.. dapat orang lagik aku anak sedara hehehheee...

Nida n' Hanafi said...

Cik Bakh:

Jawapan bagi soalan:

1)..heheheheheeh......(tu lah jawapannya, satu patah perkataan je tu)

2) ada nyamuk ke takde nyamuk pun sama gak..darah ku tetap kurang...nak dermakan darah anda utk saya ker????

p/s: rambut dia tetap maintain, begitu juga dengan warnanya... sebabnya isteri beliau pandai menjaga makan pakainya... muahahahaha

September 4, 2009 9:07 AM

Nida n' Hanafi said...

Yu:

Memang pun bakal dapat anak sedara, anak Jai + Ikin..huhu....