Puasa Di Perantauan

Suasana berpuasa di rantauan ini tidaklah sama dengan suasana di Malaysia, nak tahu sebab apa???

1. Sebab takde bazar Ramadan...so takdelah murtabak n air soya bazar ramadan setiap kali berbuka posa.

2. Takde shopping-shopping nak raya...so duit tu taklah banyak sangat yang melayang
nya dan takdelah nak line up panjang2 untuk bayar di kaunter kat Kuantan Parade atau Megamall tu.

3. Takleh nak berbuka Ikan Siakap Bakar + Tom Yam Campur+ Kailan Ikan Masin + Udang Goreng Tepung + Telur Bungkus kat Tanjung Lumpur (makan kat tepi pantai gitu)....uwaaaaa, bestnya....


4. Takleh nak menjamu mata dengan contoh2 kuih raya yang berlambak-lambak kat dalam bilik guru...macam2 bentuk, macam2 warna dan macam2 nama..yang pelik2 pun ada.. (yang pasti kuih yg tetap menjadi pojaan hatiku..jeng..jeng..jeng....Kuih Makmor...ala yg inti kacang dalamnya tu...besshhhhh)

Tapi walaupun tak semeriah suasana di Malaysia, ada juga suasana yang masih sama..apa yang samanya ek????

1. Budaya bertukar2 juadah tetap ada diantara rakan Malaysia di sini (walaupun tak semua)..

2. Berbuka puasa bersama2 rakyat Malaysia di Northshore (Sabtu,5 September) ... walaupun baru sekali, tapi aku rasa seolah2 aku berada di tanah air ketika itu, selepas berbuka dengan Nasi Beriani Ayam yg di sponsored oleh MAPSA + pot luck, kami juga dapat menunaikan solat tarawikh bersama2 ..Alhamdulillah

3. Baju baru untuk Hari Raya tetap ada walaupun dah macam tak baru, sebabnya tahun lepas lagi dah siap. :-)

4. Aku masih men
elefon mak aku dari sini sebab sibuk nak tahu mak masak apa untuk berbuka, pastu yang kelakarnya borak punya pasal sampai rempah mak aku atas dapur hangus..hehe....(dulu kat Malaysia pun gitu juga)...

Wajah-wajah yang penuh dengan kesabaran menunggu waktu berbuka..
Apa tu????? Jangan berebut...banyak lagi air tu.....:-) Ni sesi menghabiskan masa untuk menunggu waktu berbuka ye tuan2 dan puan2..merangkap sesi bertukar2 resipi..

10 comments:

fAiRuLLaH's de GrEaT! said...

nasib baiklah ada MAPSA kan? kalo tak mesti tak rasa langsung suasana bbuka puasa kat sana. erm semalam kitorang serbu umak mak lang bbuka, tak sangka laks ada atuk dan mak anjang sekali

Nida said...

ooo ye ker...bestnya dapat kumpul ramai2...
Atuk n Mak Jang sihat? Rindu aku kat dorang...

Mesti mak masak sedap2... semalam Kak Long masak lontong..tp lontong mak juga yg paling sedap.

ummumishkah said...

Alhamdulillah.. meriah sgt nampak tu.. :)

Nida said...

Alhamdulillah..sekurang2nya terubatlah sedikit rindu pada Malaysia....

bakhtiarazi said...

Kuantan Parade & Berjaya Megamall? Ya btol2... Tak termasuk lagi East Coast Mall & juga gerai2 tepi stesen bas itu!!! Kompem perniagaan diorang rugi tahun ni sbb Cikgu Nida sekeluarga tak gi shopping ;p

p/s: Awat cam takde org gi Kamdar? Hehehehe

Asmida said...

mmm walau dimana kita berada... ia merupakan satu pengalaman yg x dapat dilupakan.. w/pun kak long berjauhan dengan keluarga tapi.... kak long dapat merasai pengalaman dinegara orang dalam beberapa tahun ini sahaja....byk bersabar... lepas 3 tahun nie.. bolehlah kak long beraya sakan kat Msia semula.. hehe he....

Nida said...

Cik Bakh:

Tu lah pasal....klu tak kamilah diantara salah seorang penyumbang terbesar kemajuan ekonomi Pahang di atas keuntungan Dewan Perniagaan Melayu Pahang..hehe.

p/s: Bapak ler payahnya klu nak parking + entry kawasan tu..nama jer tepi jalan, tapi klu nak masuk bapak ler punya jauh kena pusing..

utk pengetahuan perkataan 'bapak' ialah perkataan tradisi org Kuantan yer yang menunjukkan "sesangat-sangatlah'

Nida said...

Sakan??Itu sudah semestinya..lagilah pulak anak2 buahku sudah mula ramai..apalagi As, plan ler siap nak wat Family Day kat mana???hehe

muqay said...

Maksu,

Paknep jadi imam tarawikh ker kat sane? Mana tahu jadi imam besar new zealand..

Nida said...

Haaa...soalan tu kena tanya Pak Nep sendiri, payah Mak Su nak jawab tu.. hehe...

p/s: Alhamdulillah, ada org volunteer nak habiskan 8 rakaat terus....