Syawal Menjelma Tiba..

Lagi dua hari Syawal akan menjelma..lagi 2 hari jugalah buat kali pertama aku beraya diperantauan, hiba, sunyi, sedih, sayu, semuanya kini sedang aku lalui. Terkenang saat2 bersalam-salaman dengan sanak saudara. Di pagi raya sibuk anak-anak dan anak2 sedara mengira duit raya, sibuk masing2 menayang baju baru di pagi raya...teringat aku bertungkus lumus dengan kaum ibu di dapur memotong ketupat, mengisi lauk pauk di dalam pinggan... (rindunya nak makan ketupat, kat sini makan ketupat segera Nona je ler)

Ramadan kini bakal melabuhkan tirai, Alhamdulillah, puasa kali ini mengajar aku untuk menjadi lebih berani mencuba..berani mencuba untuk masak menu2 yang belum pernah aku masak semasa di Malaysia...ada hikmahnya duduk berjauhan....belajar untuk berdikari dengan sumber2 yang terhad, mensyukuri apa yang ada, dan menjadikan diri ini lebih tabah (mudah2an)...

Teringat semasa kali pertama aku belajar berpuasa, semasa berumur 7 tahun aku sudah mula berpuasa, dan aku hanya buang 2 hari ketika itu, itupun kerana aku terlupa..ingatkan dah tak boleh berpuasa, so aku pun berbuka selepas itu. Namun aku berpuasa dalam ertikata kata sebenar2nya berpuasa kerana abah dan emak tidak mengajar kami adik beradik berpuasa untuk mendapatkan ganjaran.. Alhamdulillah bermula dalam darjah 2 hingga sebelum aku menjadi 'wanita' aku telah berpuasa penuh...

Kini budaya berpuasa tanpa ganjaran atau upah telah kami terapkan dalam jiwa anak2. Hamizah bermula daripada usia 6 tahun sudah ku ajar berpuasa walaupun tak penuh, begitu juga dengan Hazirah...dan mereka berpuasa tanpa kami janjikan apa2...maknanya mereka berpuasa memang berpuasa dalam ertikata sebenar dan tiada ganjaran yang mereka dapat kecuali ciuman daripada ibu dan abah tanda tahniah kerana berjaya meneruskan puasa..:-)

2 comments:

bakhtiarazi said...

Eh, eh...

Mcm kontra jer dgn entry dalam satu blog tu ye (terpaksa dirahsiakan). Berpuasa dgn ikhlas yer :p

Unknown said...

Bakhtiar...ni nak kena tubuh suruhanjaya siasatan diraja ni nak siasat blog mana tu...hehehe

Apa2 hal pun...selamat hari raya, maaf zahir batin dari kami.

Ida... alhmadulilah, kat sini mcm2 dpt rasa masakan baru Ida try..bak kata akak...yummmyyyyy