Biarkan Mereka Bebas!

Semalam semasa dalam kelas English, kami ada berbincang mengenai pentadbiran baru Amerika di bawah pemimpin Barack Obama... nampaknya kawan-kawan aku dari negara berbeza memberi respon yang sangat positif terhadap cara pemerintahan Obama terutama bila menyentuh isu di Iraq, salah seorang kawanku dari Switzerland berkata "hope this war will finish soon and back to normal again with no violence", cikgu kelas aku pun harap agar rakyat Iraq dapat hidup aman seperti dahulu. Kagum juga aku melihat manusia yang berlainan agama dengan kita tapi jauh disudut hati mereka menyokong agar Iraq bebas, tidak terus dikongkong oleh rakyat Amerika...jadi masa aku sampai kat rumah, aku termenung seketika....terkesima dengan kejadian tadi..mereka juga sama dengan kita, mengharapkan agar Umat Islam di Iraq mengecapi kemerdekaan dan kebebasan di tanah air sendiri...(aku ni biasalah, nak meluah sesuatu dalam bentuk sajak...so layan jelah ye sajak yg aku cipta ni khas buat rakyat di Iraq)

Kau berjaya mencipta retorik palsu
atas nama keamanan kononnya
Kau akui dirimu polis dunia lagaknya
Nah! Lihatlah penjara ciptaanmu
tiada sekelumit perikemanusiaan
tiada sekilas belas
Angkuh USA mendabik dada
mana payung perlindunganmu?
kronimu lembu dicucuk hidung ibaratnya
persis pemimpin yang buta hatinya
mengapa hipokrasimu terus dibela?

Ku titip madah dengan linangan airmata
bersama sudut hati yang murka dan luka
ingin sekali ku lontarkan suara
Biarkan Iraq bebas! Biarkan Iraq bebas!
Jangan kau terus menabur seksa pada Umat Muhammad
membina konflik dicelah fahaman berbeza
mereka sudah lama berdendang nyanyian derita
ditakluk wajah-wajah Syaitan dunia
ditawan, dihenyak di bumi sendiri
Tidurnya diulit dentuman bom dan mortar
bersama paluan jeritan hiba
Kota Iraq berubah wajah
bermandi darah dan airmata

Terpenanya warkah ini buat menitis rasa
pada saudara dirundung kesengsaraan
kesatlah airmatamu rakyat di bumi Iraq
bangkitkan semangat pada jiwa anak-anak
bangunkan Islam kembali!
bersama iringan doa kami saudaramu
moga damai menjengah tiba.

Di Suatu Petang Di Kala Hujan Lebat Mengiringi...

Alhamdulillah pada 28 Jun, bertempat di Massey University, dan diiringi dengan hujan lebat, sebahagian penduduk-penduduk di bawah jajahan dan takluk Saudara Azwan Azmi dan pembantunya Puan Norliza (Tok Penghulu dan Mak Penghulu), telah mengadakan bacaan Yasin. Majlis berlangsung pada pukul 2.30 p.m hingga 5.00 p.m, dan Alhamdulillah kami sempat sembahyang Asar berjemaah sebelum acara bacaan Yasin bermula.

Bacaan Yasin kali ini dikhususkan kepada ibu Saudara Ijam yang kini sedang mendapat rawatan di ICU dan ibu Saudara Hanafiah (ibu mertuaku) moga dikurniakan kesihatan yg baik, Insya Allah....
Tu khusyuk ke ngantuk....yang tengah2 tu bukan pengikut Chin Peng ye...
Aik...sempat lagi tu...Tok Penghulu jeling jer tu
Kaum Muslimah...tapi ada terselit dua kaum Muslimat...

Seperti biasa konsep pot luck mesti tak tinggal...berkonsepkan minum petang, maka dengan perut yang lapar (maklumlah hujan2 ni lapar memanjang:-) ) ditambah pula dengan bau Tom Yam yang membuatkan perut kami berkeroncong kerana kelaparan (aku je kot lapar masa tu, hehe, maklumlah favourite aku memang Tom Yam pun) , kami dengan penuh tertib dan penuh kesopanan kerana asyik tunduk menghadap makanan dan dah tak pandang kiri dan kanan dah pun menjamulah segala hidangan yang ada di depan mata (ada ke hidangan yang di belakang mata masa tu ek)....

Siapakah gadis misteri ini..........??????????????????
Bagi ibu dan bapa makan dulu ye.....anak2 jap lagi
Teh tarik satu....kasi kurang manis, kurang teh...semualah kurang
Sungguh ayu dan sopannya...anak siapalah ni ek??? :-)

Kunci Kejayaan

Kadang-kadang aku terfikir, penting sangatkah nama sekolah dalam membina motivasi diri. Bagi aku pokok pangkal atas diri sendiri. Aku tak faham kenapa ada orang yang terlalu mengambil kira tu semua.

Sebelum ini aku pernah dapat email dari salah seorang anak muridku. Anak muridku ini memang excellent student, 8A PMR, 9A SPM aliran sains, kemudian dapat tingkatan 6 disebuah sekolah kluster kat Kuantan ni (muridku itu berbangsa Cina).. Kemudian dia mengadu padaku yang dia sedih kerana ada rakan yang memperlekehkannya kerana sekolah di Pandan (maklumlah sekolah Pandan taklah sehebat sekolah 'toot'). Aku pun berpesan padanya, anggap ini sebagai cabaran, buktikan yang kamu mampu menjadi yang terbaik diantara mereka. Tu yang aku tak faham..perlukah double standard macam ni, ramai kawan-kawanku yang hanya sekolah harian biasa mampu menjadi doktor, arkitek, engineer dan macam-macam lagilah...

Jadi, padaku tak kira sekolah mana telah kita pergi, yang penting diri sendiri perlu ada semangat untuk bersaing. Tak guna kalau sekolah bagus-bagus tapi takde disiplin diri, apalah ada pada nama sekolah.

Jadi buat anak-anak murid di luar sana, buktikan anda yang terbaik diantara yang terbaik. Tidak ada yang lebih membanggakan ibubapa dan guru melainkan kejayaan ANDA... Come on you can do it! Kunci Kejayaan terletak pada diri anda sendiri!
Disiplin + Usaha + Doa + Tawakkal

Tepuk Dada Tanya Selera {ermmm...kalau aku nak durian Segamat :-(...tau memang takleh dapat sekarang }

Triodrama Buatan Nur Hamizah

Apa yang aku perasan anak2 ku ni mempunyai kelebihan masing-masing, kalau anak pertamaku (Mizah) dia suka melukis, mewarna dan berpuisi, mungkin ada gabungan minat suamiku + minat aku. Mizah pun pernah kata kawan2 dia selalu puji lukisannya, cikgu kelasnya pun pernah cakap yg Mizah punya lukisan dan warna sangat cantik....(klu aku...hmmm...lukis gambar orang lidi je ler yg aku expert)Kalau anak keduaku dia memang selalu akan buat kami terkejut...mana taknya tak pernah nampak pun dia rajin macam akaknya tapi bila hari pelaporan kat tadika atau sekolah kat sini cikgu selalu puji dia cakap dia antara yang terpandai dalam kelas..itulah Azi, dulu masa Tadika aku masih ingat cikgu pernah umumkan nama dia dalam satu majlis bagitahu yang Hazirah antara contoh pelajar yang dah boleh baca buku Bacalah Anakku sampai buku 8. Di sini pulak dia dapat jawab soalan exam dengan baik (malah ada anak Mat Salleh yang dapat 0) dan cikgunya pun kagum dengan Akak Azi, sehingga dia dapat pindah kelas ke kelas yang lebih baik...Anak ketigaku ni memang sangat penyayang, kalau akak2 dia dulu tak pandai main Teddy Bear ni, tapi si Anis ni siap dodoikan Teddy Bear dia suh tido... puas benar dah teddy bear tu kena cium ngn Anis, aku selalu nyakat dia buat pura nangis...sebab nanti puaslah satu muka kena cium...siap peluk2 lagi..hehe.... mungkin dia masih terlalu kecil untuk aku nilai kelebihan yang Anis ada...so tunggulah besar sikit nanti, tengok dia minat buat apa.
Kat sini aku nak tunjuk hasil kerja yang Mizah buat....Triodrama Little Mermaid

Aik sejak bila lak Anis masuk dalam ni (Aniskan ngaku dia jadi Ittle Memed)

Kreatifnya Dia...

Semalam merupakan Hari Bapa.... biasanya kalau Hari Bapa atau Hari Ibu anak2ku lah yang paling sibuk sekali fikir macammana nak surprisekan ibu atau abah mereka. Biasanya mereka akan buat kad takpun tolong aku buat kuih sempena nak raikan Hari Bapa atau Ibu. Sedang aku sibuk melayan si kecil (kalau tak Anis kacau kakak2 dia), Mizah n Azi pun buatlah kad untuk abah mereka tanpa aku tahu apa isi kandungannya (sehinggalah pada hari Ahad (esoknya)baru ku tahu rupa kadnya)

Kad yang Mizah (Kiri) dan Azi buat (Kanan)

Inilah dia hasil kerja anak2ku...siap ada kenyit mata lagi..hehe

Walaupun simple tapi cukup bermakna (yang kecik tu Akak Azi, yang besau tu abah [apsal dalam kad nampak kurus ek...hehe])

Pada petangnya konon2nya aku buatlah Kuih Keria.... tapi sibuk lak puteri2 ku ini nak membantu, so aku bancuh tepung + keledek n goreng, puteri2 ku tolong menguli + buat bentuk..so inilah antara bentuk2 yang anak2ku telah buat (tempahan boleh dibuat melalui emel ye, kos penghantaran adalah percuma, siapa cepat dia dapat!......tapi memang takkan dapat pun sebab dah habis kena makan)
Cantik tak Mizah n Azi buat :-)..ni belum disira dengan gula lagi

(p/s: rindu aku pada arwah abah....Al-Fatihah buat Almarhum Muhammadon Bin Juhari dan Almarhum Ahmad Bin Endut)

Suka dan Duka Kehidupan...

Part Gembira

Semalam aku dapat satu emel dari rakanku di SMK Pandan, Kuantan....risau juga bila beliau menyuruh aku untuk menelefonnya kerana menurutnya beliau risau tentang diriku di sini...aku pun apalagi terus mencapai telefon....pastu rakanku itu pun berkata "ni pengetua nak bercakap"...ketor jap lutut aku bila dengar pengetua nak cakap dengan aku...."haa, Hasnidar tahniah ye ****************".......... Alhamdulillah ... (syukur padamu ya Allah atas limpah rezeki yang kau kurniakan padaku, semoga aku akan terus menjadi guru yang terus cemerlang demi mendidik anak bangsa tercinta...

Part Sedih

Sejak dua, tiga hari yang lepas...aku asyik terbayang muka Cik Bob jer (panggilan untuk tauke kantin sekolahku dulu), aku masih ingat lagi, Ogos tahun lepas, beberapa hari sebelum menyambut Ramadan, Cik Bob dengan beberapa orang pelajar sekolahku ada membetulkan bumbung yang telah bocor di corridor....entah macam mana bumbung tu reput, dan Cik Bob telah jatuh...pada mulanya seolah-olah tidak ada perkara yang serius berlaku, malah Cik Bob boleh berjalan dan bercakap, tapi disebabkan kecederaan tu berlaku di kepala maka Cik Bob dibawa ke hospital....rupa2nya ada darah beku di kepalanya....selepas darah beku itu dikeluarkan , Cik Bob mula koma, hampir setahun terlantar...aku kesian melihat anak2nya yang masih bersekolah ketika itu, nasib baik Kak Ti (isteri Cik Bob) seorang yang tabah....

Entah macam mana semalam aku boleh menelefon rakanku yang belum pernah aku call semenjak aku merantau ke sini, tujuannya semata-mata nak tanya mengenai Cik Bob..."Nida kau tak tahu ke? Cik Bob dah meninggal dunia semalam"....ya Allah, mungkinkah sebab itu aku asyik teringatkannya sahaja sejak kebelakangan ini......semoga Shikin (anak sulong Cik Bob yang pernah ku ajar) dan adik-adiknya tabah menerima dugaan ini, buat yang terbaik SPM tahun ini, cikgu doakan....buat KakTi ku ucapkan takziah, ku tahu Kak Ti seorang yang sangat tabah... semoga akan ada cahaya yang menyuluh dalam perjalanan hidupmu....sehingga sekarang ku masih terbayang keramahan Cik Bob dan keluarganya pada kami guru-guru SMK Pandan... Al-Fatihah buatmu..........semoga damai di sana..

Part Yang Menyentuh Perasaan.

Aku tak tahu hendak mulakan bagaimana....terlalu menyentuh perasaan, minggu lepas kami dikhabarkan oleh anak saudara suamiku bahawa mak mertuaku kurang sihat...semalam Alhamdulillah setelah beberapa kali mendail, akhirnya dapat juga suamiku bercakap dengan mak mertuaku..tapi kali ni tidak seperti selalunya, mak mertuaku seakan-akan mengelak untuk bercakap lebih lama, dari suaranya kami tahu beliau masih belum sihat sepenuhnya, hatiku sayu bila mendengar tutur katanya yang lemah....menurut kakak iparku, mak mertuaku diserang minor stroke...Ya Allah, kau kurniakanlah kesihatan kepada ibu dan ibu mertuaku...aminnnn...ku lihat suamiku termenung, airmata jernih mula membasahi pipinya, sayu ku lihat, seharian suamiku kelihatan sugul, matanya merah sentiasa.....

My Little Mermaid..

Anis....Anis....buah hati pengarang jantung ibu (pinjam ayat mak aku), dulu agak payah aku nak memasak, mengemas dan yang sewaktu dengannya..mana taknya si kecik ku ini asyik nak berkepit je, rasa masa tu nak je masukkan semula si Anis ni dalam perutku balik, senang sikit aku nak buat kerja (sebab tahu tak boleh tu yg berani cakap....kalau tak satu hal juga nak keluarkan dari perut ni balik..hehe)...Haa...tapi sekarang tak lagi (macam ayat dalam iklan jer), dunia Anis ialah mengadap komputer dan komputer dan komputer dan seterusnya tetap komputer, nak tahu sebab apa, sebabnya duk tengok cerita Kartun Little Mermaid tu sampai 3/4 kali, dah habis movie tu diulang balik, pastu habis lagi ulang lagi, pastu habis lagi ulang balik, bila habis dikliknya start semula...hmmmm bila daaa nak habis.. :-/ (maklumlah nak cukupkan empat kali..hehe), yang dahsyatnya tu dia sendiri yang klik start tu...(anak2 zaman IT)..siap dah boleh hafal sikit2 dialog dalam cerita tu....pastu Princess Ariel pulak yang tengok dia (dalam erti kata lain Anis tertidur depan komputer, movie tu lak yang tonton dia)

Tengoklah Little Mermaid ku, kesian Sebastian (pembantu Princess Ariel le konon2nya dalam cerita tu) berlakon seekor2.....Anis masa ni mimpi dah sampai Malaysia makan ayam KFC agaknya :-)Hmmmm....celik mata je Little Mermaid...Anis..Anis

Masa dia duk leka mengadap Princess Ariel tu...aku pun dengan senang hati tanpa banyak obstacle dan barrier yang menimpa dan sambil menyanyi ala2 Susan Boyle (sempat lagi tu) buatlah segalanya, masak, kemas, mandi dll (lu fikirlah sendiri..hehe).

Yang bestnya dia leh kata "Anis ittle memed (Little Mermaid), ibu indil ella (Cinderella), akak ambelina (Thumbelina), Azi itty (Beauty), abah bisss (Beast) "......hahahaha....kesian abah dia jadi Beast, nasib baik Anis cakap ibu dia Cinderella, kalau jadi witch dalam cerita Snow White tu tak ke haru...ni lah pengaruh terlebih sangat diberi tengok kartun (salah akukah itu???????)





Deciles..

Sesi P&P di Pinehill School, setiap kelas purata 20 orang murid sahaja

Tak lama lagi genaplah 4 bulan aku merantau kat sini, (uwaaaaa lambatnya lagi nak cukup 3 tahun...) sekarang sedikit sebanyak aku bolehlah dikatakan mula memahami sistem sekolah kat sini (sikit je fahamnya, banyak yang tak faham lagi :-) ). Buat pengetahuan semua, sekolah2 kat New Zealand ni ada nilai decile masing2... paling tinggi nilainya 10, paling rendah biasalah sure mula dari 1.
Logo Pinehill School (Simple je kan)

Sekolah anakku (Pinehill School) decilesnya 10. Semakin tinggi deciles maksudnya semakin tinggi ler socio-economic backgrounds kat kawasan tu.. So melalui decile kita dapat bayangkan taraf hidup masyarakat kat kawasan tu (Patutlah rumah-rumah kat Albany ni besau2 belaka + sewanya mahal2 belaka, apartment aku duduk ni pun $345 per week atau lebih kurang RM700++ per week, kalau sebulan darabkan je ler dengan 4, nak buat mcmmane pasrah je ler).

Mizah bersama rakan2 semasa lawatan ke Kelly Tarlton Underwater World...
(cuba cari mana Mizah)

Ni gambar Akak Azi dalam kelas (seriusnya muka anak ibu ni)

Jadi kat bawah ni aku listkan faktor2 yang menentukan decile tu dikira... (buat panduan mereka yang akan berhijrah dan menyekolahkan anak2 kat sini, serta perbezaan sistem pendidikan di sini dan Malaysia)....

There are five specific factors that are taken into account when deciding on the decile rating of a school. These are:
  • Household income - percentage of households with income in the lowest 20% nationally.
  • Occupation - percentage of employed parents in the lowest skilled occupational groups.
  • Household crowding - number of people in the household divided by the number of bedrooms.
  • Educational qualifications - percentage of parents with no tertiary or school qualifications.
  • Income support - percentage of parents who received a benefit in the previous year.

So poorer communities with fewer qualifications and lower incomes are likely to be in Decile One, whilst wealthier communities with more qualifications and higher incomes are likely to be in Decile 10.

Nilah gambar uniform sekolah Pinehill (untuk musim summer), setiap sekolah lain warna uniformnya (kalau nak tahu sehelai baju tu berharga $50 (RM100++), sehelai skort (skirt + short) berharga $50 (RM100++)..jadi sepasang baju berharga $100 atau RM200++ mahal sesangat, tu belum masuk uniform musim winter... pasrah je ler {tagline baru aku, hehe})

Aku selaku pendidik setuju juga bila digunakan sistem decile ni kat Malaysia, so bila keputusan exam keluar seperti SPM, PMR atau yang sewaktu dengannya takdelah nak banding2kan antara satu sama lain, sebab setiap sekolah punya latar belakang yang berbeza (tak begitu tuan2 dan puan2 sekelian). Tapi ada buruknya juga, ye lah takut pula ada yang berasa rendah diri bila berada di decile yang rendah nanti... (maklumlah masyarakat Malaysia ni kaya dengan sensitiviti {terasa lak aku :-p })....Kesimpulannya, setiap perkara tu ada baik dan buruknya, punya sudut pandangan yang berbeza dari insan yang berbeza..(chewah, tingginya aras bahasa...gian pulak nak membebel dalam kelas, hehe)...seperti kata Nabil...Lu fikirlah sendiri...

(Sumber gambar2 dari http://www.pinehill.school.nz/index.php?family=1,25)

Kata Orang dan Pentas Kehidupan

Sejak dua tiga hari migrain ni tak baik2, kepala rasa berdenyut2 je...nak menulis kat blog ni pun macam kurang idea jer...tapi otak kena bekerja...jadi aku pun memerah keringat untuk cipta satu lagi sajak, (sajak ni tak dimurnikan, buat dalam keadaan menanggung kesakitan, maaf klu terlalu banyak kekurangan bahasa) ...layannnn...


Kata orang setiap sakit ada ubatnya
kata orang setiap kedukaan pasti ada penawarnya
kata orang setiap kepayahan pasti ada jalan kesenangan
kata orang setiap masalah pasti ada penyelesaiannya
kata orang setiap soalan pasti ada jawapannya
kata orang setiap hipotesis pasti menemui teorinya

Tapi itu kata orang
pernahkah mereka merasai setiap kesakitan yang kita lalui
atau mengalami kedukaan yang menghiris hati
atau meneroka kepayahan dalam meniti ranjau kehidupan
atau menyelusuri masalah yang memeritkan hidup
atau menghadapi soalan yang buntu untuk dijawab
atau menemui hipotesis yang sukar dibuktikan kebenarannya
lantaran mereka bukanlah penanggung semuanya

Itulah pentas opera kehidupan
banyak sangat kata orang
petua yang falasi atau teori yang hakiki
kita hanya mengikut, mungkin ada benarnya

Namun benarkah
setiap perkara ada penyelesaiannya
adakah itu hukum dunia yang telah tetap terpateri
akan lestarikah ia sepanjang masa?
Tapi mengapa masih ada insan yang terus melarat jiwanya
terus diasak penderitaan demi penderitaan
sesak nafasnya terhela tiada
dukanya berhujan lebat
ke manakah hujan penawar pemadam derita
kemana benarnya kata-kata orang?
kemanakah hukum-hukum dunia?
Formula ciptaan manusiawi?

Kita punya maruah
untuk berfikir dan memilih
mana yang hak mana yang batil
dalam membina landasan pentas kehidupan kita sendiri
kata orang ada yang benar dan mungkin sebaliknya
tepuk dada tanya selera
dalam mencipta sendiri watak opera dunia
inilah lukisan hidupmu!


Akhirnya! Setelah Puas Terpusing-pusing

Setelah puas terfikir-fikir nak pergi mana, akhirnya kami sekeluarga pun sepakat nak pergi Muzium Maritim. Tapi yang kelakarnya puas cari jalan nak masuk tapi tak jumpa, akhirnya kami pun singgahlah kat satu tempat ni. Kalau kat Malaysia, lambang kemewahan mungkin pada kereta yang digunakan, tapi bagi masyarakat kat sini, boatlah jadi lambang kemegahan diaorang, nak beli boat kami tak mampu so tumpang glamour bergambar pun jadik ler..hehe.
Entah macam mana sedang asyik berangan-angan kalaulah aku dapat naik bot tu (haa...kantoi, kuat berangan), boleh ternampaklah pulak sign board Maritime Museum tu, so apalagi kitaorang pun naiklah kereta semula nak pi sana le kononnya.. Bila sampai jer, suamiku pun pergi ke kaunter dulu nak survey harga tiket (parking lum bayar lagi ni), $30 untuk satu family, kalau nak cruise satu Auckland $60 per family..anak-anak dah teruja bangat ni nak naik feri, tapi yang sedihnya bila part nak bayar parking tak cukup lagi $2, sebab kena bayar at least utk 3 hours, $2 per hour (kat sini banyak guna debit kad, tu yang tak cukup syiling nak bayar parking)...hmmmm....anak2 pun apalagi keluarkanlah muncung itik masing2 (nasib baik baru muncung itik, kalau belalai gajah tak ke haru dibuatnya, lagi panjang). Untuk pengetahuan, Muzium Maritim Auckland ni top ten antara muzium maritim yang terbaik di dunia...so meh ler datang sini... :-)

Demi nak menyejukkan hati anak2ku ni, bawak ler mereka ke Auckland Domain, pastu ternampaklah sign board Auckland Museum...hmmm, menarik (kata suamiku dalam hati [macam tahu2 jer apa di hatinya ek]).. :-), yang bestnya parking free, pastu harga tiket $5 jer per adult, so semua $10 jer utk satu family aku....murah bangat!

Auckland MuseumKat tangga pun sempat berposing Kapal orang Moari nak pergi berperang, boleh muat 100 orang (orang Moari ni memang tak lari dari identiti jelir lidah, habis kat depan kapal pun ada patung jelir lidah)
Ni gambar mayat betul..mati tertimbus lava volcanoTuhan2 orang Moari (lidah tetap terjelir)
Antara koleksi barang2 orang MoariWow! This gun is so long (kata Azi..hehe)
Ni ala2 tugu negara ler
Koleksi jenis2 penguin
Ada comel macam Eva Brauns tak? hehe

Sebenarnya banyak lagi gambar-gambar yang diambil, nanti kalau tunjuk semua tak best ler..so kalau nak tengok, meh ler datang sini... :-) (ditujukan khas buat adik2 ku dan anak2 sedaraku).Jadi kesimpulannya, ada hikmahnya tak cukup $2 tu, tak dapat gi Muzium Maritim, dapat gi Muzium Auckland...hehe..barulah muncung anak2 ku tu menguncup...risau gak kalau tak kuncup2, boleh migrain dibuatnya..