My Little Mermaid..

Anis....Anis....buah hati pengarang jantung ibu (pinjam ayat mak aku), dulu agak payah aku nak memasak, mengemas dan yang sewaktu dengannya..mana taknya si kecik ku ini asyik nak berkepit je, rasa masa tu nak je masukkan semula si Anis ni dalam perutku balik, senang sikit aku nak buat kerja (sebab tahu tak boleh tu yg berani cakap....kalau tak satu hal juga nak keluarkan dari perut ni balik..hehe)...Haa...tapi sekarang tak lagi (macam ayat dalam iklan jer), dunia Anis ialah mengadap komputer dan komputer dan komputer dan seterusnya tetap komputer, nak tahu sebab apa, sebabnya duk tengok cerita Kartun Little Mermaid tu sampai 3/4 kali, dah habis movie tu diulang balik, pastu habis lagi ulang lagi, pastu habis lagi ulang balik, bila habis dikliknya start semula...hmmmm bila daaa nak habis.. :-/ (maklumlah nak cukupkan empat kali..hehe), yang dahsyatnya tu dia sendiri yang klik start tu...(anak2 zaman IT)..siap dah boleh hafal sikit2 dialog dalam cerita tu....pastu Princess Ariel pulak yang tengok dia (dalam erti kata lain Anis tertidur depan komputer, movie tu lak yang tonton dia)

Tengoklah Little Mermaid ku, kesian Sebastian (pembantu Princess Ariel le konon2nya dalam cerita tu) berlakon seekor2.....Anis masa ni mimpi dah sampai Malaysia makan ayam KFC agaknya :-)Hmmmm....celik mata je Little Mermaid...Anis..Anis

Masa dia duk leka mengadap Princess Ariel tu...aku pun dengan senang hati tanpa banyak obstacle dan barrier yang menimpa dan sambil menyanyi ala2 Susan Boyle (sempat lagi tu) buatlah segalanya, masak, kemas, mandi dll (lu fikirlah sendiri..hehe).

Yang bestnya dia leh kata "Anis ittle memed (Little Mermaid), ibu indil ella (Cinderella), akak ambelina (Thumbelina), Azi itty (Beauty), abah bisss (Beast) "......hahahaha....kesian abah dia jadi Beast, nasib baik Anis cakap ibu dia Cinderella, kalau jadi witch dalam cerita Snow White tu tak ke haru...ni lah pengaruh terlebih sangat diberi tengok kartun (salah akukah itu???????)





9 comments:

Hanafiah said...

Ida...Anis ckp abah abah bisss (Beast) ker abah bisss (Best). Cuba dengor semula...hehehe

Nida said...

Beast lah....ida dah dengar berjuta2 kali...hanya ibu yang memahami apa yg diperkatakan oleh anaknya.. :-p

Asiah said...

ups..silap letak komen la.. patut komen letak kat sini.. bukan next entry... da fenin mengantuk sebenornyer...

bakhtiarazi said...

Sabor la En. Piah, gitulah nasib bapa...sob3...

Cikgu Nida, saya pun rasa nak masukkan balik Irfan dalam perut ni :p

Nida said...

Kak Asiah: takpelah kak, faham adat orang belajar PhD ni...sentiasa fenin... :-p

Cik Bakh:hahaha....sabarlah ye kaum2 bapa sedunia....
Orait gak masuk dalam perut Cik Bakh, banyak space tu, selesa Irfan di dalamnya...klu perut Yati macam perut saya (ala2 anak dara gitu)..hehe

fAiRuLLaH's de GrEaT! said...

ermmm azim nasib baik tak minat nonton tv

Nida said...

macam mana nak tonton tv...asyik main ngn kucinglah, kumbanglah... macam papa dia masa kecik2 dlu ;-p

Asmida said...

wa..kah..kah... emm, kalau tengok TV pun bagus gak leh wat keje lain...Nih...emm, tolong 'kemas' umah... dok main kucing, x de kucing dok amik air g basuh keta... bila x bagi bukak grill, ngamok... bila keluar compom paip air jadik sasaran dia!!...
PS: Cian Anis, sampai tido ats kusi tuh!....

Nida said...

hmmm....dulu Yu macam tu lah As...hehe, sebiji macam Azim.

Anis tu bertafakur je tu... :-)