Kunci Kejayaan

Kadang-kadang aku terfikir, penting sangatkah nama sekolah dalam membina motivasi diri. Bagi aku pokok pangkal atas diri sendiri. Aku tak faham kenapa ada orang yang terlalu mengambil kira tu semua.

Sebelum ini aku pernah dapat email dari salah seorang anak muridku. Anak muridku ini memang excellent student, 8A PMR, 9A SPM aliran sains, kemudian dapat tingkatan 6 disebuah sekolah kluster kat Kuantan ni (muridku itu berbangsa Cina).. Kemudian dia mengadu padaku yang dia sedih kerana ada rakan yang memperlekehkannya kerana sekolah di Pandan (maklumlah sekolah Pandan taklah sehebat sekolah 'toot'). Aku pun berpesan padanya, anggap ini sebagai cabaran, buktikan yang kamu mampu menjadi yang terbaik diantara mereka. Tu yang aku tak faham..perlukah double standard macam ni, ramai kawan-kawanku yang hanya sekolah harian biasa mampu menjadi doktor, arkitek, engineer dan macam-macam lagilah...

Jadi, padaku tak kira sekolah mana telah kita pergi, yang penting diri sendiri perlu ada semangat untuk bersaing. Tak guna kalau sekolah bagus-bagus tapi takde disiplin diri, apalah ada pada nama sekolah.

Jadi buat anak-anak murid di luar sana, buktikan anda yang terbaik diantara yang terbaik. Tidak ada yang lebih membanggakan ibubapa dan guru melainkan kejayaan ANDA... Come on you can do it! Kunci Kejayaan terletak pada diri anda sendiri!
Disiplin + Usaha + Doa + Tawakkal

Tepuk Dada Tanya Selera {ermmm...kalau aku nak durian Segamat :-(...tau memang takleh dapat sekarang }

10 comments:

muqay said...

Salam Maksu,

Saya rasa nama sekolah ada membantu tetapi tidak seberapa. Maksudnya sekolah biasa lebih baik daripada sekolah yang ada "brand",

Kita dapat lihat sekolah biasa lebih independent berbanding sekolah terpilih ini.

Banyak jika hendak diulas tetapi bagi saya sama sahaja di mana kita belajar, silapnya kenapa budak pandai diberi guru cemerlang dan di sekolah biasa diberi guru yg kurang cemerlang maksudnya tidak pakar.

Ini tidak ada keadilan.

Nida said...

Mak Su respect pada guru2 yang mengajar di kawasan pedalaman, yang jauh dari sumber kemudahan... sanggup berhempas pulas naik bot, meredah hutan semata2 untuk mengajar anak bangsa...

Asmida said...

bagi as... walau dimana jua pun kita yang penting motivasi diri. Kalau kita ingin menjadi cemerlang, walau dimana jua kita boleh berjaya...seperti juga pelajar cemerlang SPM baru2 ini,Nik Nurmadihah.. orang susah...miskin.. tapi, dia kaya dengan semangat untuk berjaya..(macam mana tuh?)

muqay said...

Maksu,

Ya mmg benar kita respek dgn guru di pendalaman tetapi knp perlu ada skolah terpilih, knp tidak jadikan semua sekolah seperti MRSM dan sekolah sains?

Knp perlu ada double standard?

mizahazianis said...

As; tapi budak2 ni ramai yang semangatnya lemah...contoh bila masuk pertandingan, bila dapat tau lawan dengan sekolah yg ada brand jer..terus lemah semangat..tu belum bertanding lagi (dari pengalaman kak long sepanjang melatih pantun budak2)

Muqay: kadang2 perlu asingkan pelajar mengikut tahap kepandaian mereka..takut yang pandai tu bosan klu cikgu2 ajar terlalu asas...begitu juga sebaliknya (sekadar pendapat Mak Su)

Asmida said...

i agree with u all, sebab tu kita adakan sekolah terpilih utk mereka yang pandai.. mengapa?..salah satu sebabnya supaya dapat meningkatkan bakat yg mereka ada dan seterusnya melahirkan pelajar yg cemerlang agar kelebihan yg mereka ada dapat diasah lagi. kalau x de sekolah asrama penuh ni, susah gak.. kelebihan yg mereka ada kita abaikan mcm tu aje.. tapi bagi yg pandai bersekolah biasa pulak, dia x boleh merendah diri... walau dimana dia berdiri, dia kena duduk dialam nyata...... bahawa dia memang pandai walau dimana jua...hi hih hik...

muqay said...

Salam Maksu dan Makcik As (Boleh kot),

Saya merasakan pandangan kedua-duanya ada kebenaran akan tetapi maksud idea saya untuk kita kongsikan ialah kenapa tidak boleh menyediakan prasarana sekolah biasa seperti sekolah terpilih ini.?

Bapa pelajar sekolah biasa bayar cukai sama sperti bapa sekolah terpilih membayar cukai.Kenapa layanan terhadap sekolah biasa terlalu biasa tidak seperti sekolah terpilih. Jika hebat kenapa perlu layanan istemewa. Perlunya keseramataan..

Hehe maksu panjang la pulak.

fAiRuLLaH's de GrEaT! said...

bagi yu, sekolah yang ada brand adalah satu motivasi utk pelajar tersebut. Malu, jika dok sekolah yang ada brand tapi tkde kualiti.

Nida said...

betul3x

syuhada said...

slm ckgu...
lme dh jenguk2 blog ckgu nih...
pljr ckgu tu may may ke?
hehehe...
ats dri sndri la,klau nk bjye mne2 pn blh...
asl ade usaha & pehbngn dgn Allah...
chewahhh...
sy sklh pandan pn dpt msuk UIA ape...
wlaupun pmls n dgil...
dpt jgk...
hehehehe....
time kasih ye ckgu...
insyAllah,ade mse sy sggh lg...
tata