Kata Orang dan Pentas Kehidupan

Sejak dua tiga hari migrain ni tak baik2, kepala rasa berdenyut2 je...nak menulis kat blog ni pun macam kurang idea jer...tapi otak kena bekerja...jadi aku pun memerah keringat untuk cipta satu lagi sajak, (sajak ni tak dimurnikan, buat dalam keadaan menanggung kesakitan, maaf klu terlalu banyak kekurangan bahasa) ...layannnn...


Kata orang setiap sakit ada ubatnya
kata orang setiap kedukaan pasti ada penawarnya
kata orang setiap kepayahan pasti ada jalan kesenangan
kata orang setiap masalah pasti ada penyelesaiannya
kata orang setiap soalan pasti ada jawapannya
kata orang setiap hipotesis pasti menemui teorinya

Tapi itu kata orang
pernahkah mereka merasai setiap kesakitan yang kita lalui
atau mengalami kedukaan yang menghiris hati
atau meneroka kepayahan dalam meniti ranjau kehidupan
atau menyelusuri masalah yang memeritkan hidup
atau menghadapi soalan yang buntu untuk dijawab
atau menemui hipotesis yang sukar dibuktikan kebenarannya
lantaran mereka bukanlah penanggung semuanya

Itulah pentas opera kehidupan
banyak sangat kata orang
petua yang falasi atau teori yang hakiki
kita hanya mengikut, mungkin ada benarnya

Namun benarkah
setiap perkara ada penyelesaiannya
adakah itu hukum dunia yang telah tetap terpateri
akan lestarikah ia sepanjang masa?
Tapi mengapa masih ada insan yang terus melarat jiwanya
terus diasak penderitaan demi penderitaan
sesak nafasnya terhela tiada
dukanya berhujan lebat
ke manakah hujan penawar pemadam derita
kemana benarnya kata-kata orang?
kemanakah hukum-hukum dunia?
Formula ciptaan manusiawi?

Kita punya maruah
untuk berfikir dan memilih
mana yang hak mana yang batil
dalam membina landasan pentas kehidupan kita sendiri
kata orang ada yang benar dan mungkin sebaliknya
tepuk dada tanya selera
dalam mencipta sendiri watak opera dunia
inilah lukisan hidupmu!


6 comments:

Hanafiah said...

Fuhhh....dahsyat jugak rupanya isteri abang ni. Syabas2.... teruskan berkarya.

Nida said...

Tengah jadi fully housewife ni tu yang banyak ilham nak berkarya.... sebab dah tak tau nak buat apa... takkan nak main futsal lak kot utk isi masa lapang..hehe

Asmida said...

wah....pening2...pun boleh mencipta sajak... nie, sihat walafiat pun tak terkeluar satu patah perkataan pun!....uwaaah... tention!...

Nida said...

hahaha....takpe nanti Afiq n Azim ajar mama macam mana nak kluar perkataan (dalam ertikata lain membebel)

fAiRuLLaH's de GrEaT! said...

yuhuiii falasi tu apa haahh.. fenin 10x

Nida said...

kalau nak tahu bukalah kamus...hehe