Kreatifnya Dia...

Semalam merupakan Hari Bapa.... biasanya kalau Hari Bapa atau Hari Ibu anak2ku lah yang paling sibuk sekali fikir macammana nak surprisekan ibu atau abah mereka. Biasanya mereka akan buat kad takpun tolong aku buat kuih sempena nak raikan Hari Bapa atau Ibu. Sedang aku sibuk melayan si kecil (kalau tak Anis kacau kakak2 dia), Mizah n Azi pun buatlah kad untuk abah mereka tanpa aku tahu apa isi kandungannya (sehinggalah pada hari Ahad (esoknya)baru ku tahu rupa kadnya)

Kad yang Mizah (Kiri) dan Azi buat (Kanan)

Inilah dia hasil kerja anak2ku...siap ada kenyit mata lagi..hehe

Walaupun simple tapi cukup bermakna (yang kecik tu Akak Azi, yang besau tu abah [apsal dalam kad nampak kurus ek...hehe])

Pada petangnya konon2nya aku buatlah Kuih Keria.... tapi sibuk lak puteri2 ku ini nak membantu, so aku bancuh tepung + keledek n goreng, puteri2 ku tolong menguli + buat bentuk..so inilah antara bentuk2 yang anak2ku telah buat (tempahan boleh dibuat melalui emel ye, kos penghantaran adalah percuma, siapa cepat dia dapat!......tapi memang takkan dapat pun sebab dah habis kena makan)
Cantik tak Mizah n Azi buat :-)..ni belum disira dengan gula lagi

(p/s: rindu aku pada arwah abah....Al-Fatihah buat Almarhum Muhammadon Bin Juhari dan Almarhum Ahmad Bin Endut)

6 comments:

Hanafiah said...

TQ anak2 abah buatkan kad dan kuih untuk abah.

Ida...betul lah Azi buat tu...kurus apa..hehehe

Nida said...

hahahahaha....kurus...kurus sangat...
...hahahahahahahahahahahahahhaahahaha (camner ni takleh nak berhenti gelak) hahahahahhahahahahahahahahhahahahahahahahhaa

Asmida said...

baguslah kakak Mizah dan kakak Azie ingat kat Abah... Afiq???...bagi jugak kad kat Papa dia..tapi...Mama dia kena ingatkan.. tu pun mama dia tolong...nanti Mak Ngah amik gambo kad tu.. lupa lak nak suruh kad tu posing semalam...he he he...(Nasib Pak Ngah gantung kad tuh.. kira appreciatelah walaupun simple..kan..)

Nida said...

Nanti Mak Ngah masukkanlah gambar kad yg Afiq bagi tu dalam blog ek...

Wah bestnya nampak Afiq makan kat Kukup....meleleh air liur Mak Long tengok, nnt bila kami balik Malaysia, Afiq belanja kami makan mi bandung kat Tg. Langsat ek....Papa Afiq n Azim kan dah naik pangkat...(Tahniah :-))

fAiRuLLaH's de GrEaT! said...

boleh.. insya allah....

Nida said...

tq2