Teruslah Melangkah Anak-anakku

Sedang aku leka membaca komen-komen kat blog ni tiba-tiba dengan kuat pintu diketuk. Terkejut juga aku, rupa-rupanya anak2ku baru balik dari sekolah..."ibu..ibu tadi kat sekolah akak dapat sijil cikgu bagi" "Akak Azi pun dapat"...Wah...sijil apalah yek, tak sabarnya nak tengok sijil2 tu.

Mereka memberitahuku hanya 3 orang sahaja yang dapat sijil dalam kelas mereka.. masa tu aku rasa sejuk perut ni (maklumlah sejuk perut ibu yang mengandungkan..hehe). Memanglah simple jer sijil ni, tapi bagi aku ianya satu permulaan yang baik untuk mereka.


Alhamdulillah, gembira aku tengok anak-anak suka ke sekolah, mula-mula sampai sini risau juga takut mereka culture shock, tapi aku lak yang culture shock tengok mereka selamba je pergi sekolah, happy memanjang.. Hari ni juga Akak Azi ke Auckland Zoo, ikut rombongan sekolah. Aku pun tak pergi tour ke situ lagi. Untung mereka dapat jalan je..

Azi bergambar dengan batch yang dia dapat masa pergi zoo tadi....


Walaupun sekolah di sini banyak aktiviti outdoor, tapi satu perkara yang aku rasa bangga sebagai rakyat Malaysia dan selaku salah seorang guru di Malaysia ialah, sekolah kat Malaysia ada banyak program kokurikulum seperti kelab, permainan dan persatuan dan ia free sesiapa pun boleh masuk, tapi kalau di sini kebanyakan aktiviti berbayar contohnya kalau nak join permainan hoki kena bayar $70 per player (setiap Isnin, dlm tempoh lebih kurang 2 bulan). Mungkin sistem di sini menggunakan khidmat jurulatih luar dan pakar, jadi tugas guru hanya mengajar sahaja, takdelah merangkap jurulatih itu dan ini.. (pada pendapat aku).

Di Luar Sana

Disaat semua anak-anak dan suami sedang lena diulit mimpi, aku masih lagi mengadap laptop....sedang mencari lagu-lagu untuk dimasukkan ke dalam mixpod. Kemudian aku masuk ke bilik, aku renung wajah anak-anakku satu persatu, aku terbayang bagaimana deritanya kanak-kanak yang seusia dengannya di Palestin sana..tak terbayang olehku bagaimana traumanya hidup mereka, sedangkan anak-anakku di sini lena dibuai mimpi.. Aku karang sebuah sajak untuk meluahkan perasaanku.

Disaat malam mula menjengah
sendirian aku melihat ke luar jendela
ku lihat derita di luar sana
ku dengar tangisan disebalik ketakutan
Termenung aku sejenak mencari erti
Pada sebuah hakikat kehidupan
Pada sebuah hakikat kedamaian

Hatiku diruntun sebak
Ku lihat kesengsaraan saudara di sana
Ku lihat kesakitan meraung hiba
Lantaran rakusnya zionis merentap nyawa
Ibarat malaikat maut lagaknya
Di hujung bazooka bagaikan mainan

Lihatlah dunia!
Bangsa mati kebuluran
Tanah bermandi darah dan sengketa
Ke mana keamanan!
Ke mana keabadian!
Ke mana kemanusiaan!
Ke mana keinsafan!
Ke mana keprihatinan!
Ke mana kesedihan!
Ke mana semuanya!
Hanya Dia yang tahu

Mengapa...
Nyawa ibarat berharga tiada
Tangisan si kecil tiada diendah
Meratap sepi simpati dicari
Andai ada sekelumit belas
Andai ada secebis harapan
Pada insan bernama MANUSIA

Namun...
Terkulai si anak di pangkuan keluarga
Menangis si suami kehilangan isteri
Retorik kosong PBB janjikan...
Senyuman sinis kau lemparkan
Sengsara umat mengerti tiada
Hanya si anak menanggung pasti..
Sakit derita nyanyian abadi
Andai ada ruang harapan
Moga damai menjengah tiba.

Ya Allah,
Sujud kami penuh sesalan
Sujud kami mohon keampunan
Sujud kami mohon diperkenan
Sujud kami penuh impian
"Kau selamatkanlah saudara kami di Palestin sana...aminnn."


(Biasalah kalau malam-malam ni idea buat sajak mencurah-curah, cuma rajin tak rajin je :-), banyak lagi yang nak kena dimurnikan)

Hari Yang Mendung

Aku baru balik dari Car Boot Sale di Mairangi Bay, dalam perjalanan pulang aku lihat deretan rumah-rumah mewah di kiri dan kananku...tiba-tiba ingatanku melayang pada bumi Malaysia, aku teringat cerita Bersamamu (Tv3). Hatiku tersentuh mengingatkan ramai lagi yang susah dan hidup melarat. Kadang-kadang kita terlupa akan rezeki yang telah Tuhan kurniakan pada kita. Syukur Alhamdulillah atas rezeki yang Kau berikan kepadaku.

Ketika aku berkhidmat di Smk Pandan dulu, aku pernah arahkan satu pentomin yang mana aku gunakan senikata lagu di bawah ni sebagai background. Aku suka lirik ni, mungkin ia menginsafkan aku....

Berbumbungkan angkasa kelabu
Lantainya bumi retak seribu
Setiap langkah perjalananmu
Beronak berliku

Betapa berat mata memandang
Berat bahu menggalas bebanan
Belum sempat menitis ke pipi
Tangisan kering sendiri

Berkali tersungkur
Pandanganmu kabur
Namun azam meneruskan hidup
Tak pernah luntur

Engkaulah perwira
Di medan derita
Merentasi ranjau kehidupan
Dengan harapan

Luahan rasa derita jiwa
Pada wajah tiada rahsia
Menunggu malang berganti tuah
Usah kau berputus asa

Anak-anakku dan Sekolahnya


Bila bermain di sekolah...
Mereka akan beratur...tidak berebut..jadi kuranglah bertolak-tolak.
Tidak semua permainan di sini ada tangga, jadi mereka perlu panjat..dapatlah anak-anakku jadi lasak sikit (anak perempuan pun kena lasak juga)
Tiada alas getah sintetik di bawah, cuma cebisan kayu sederhana besar, lembut dan tidak sakit bila jatuh..orang kat sini memang betul-betul anti plastik kot..hehe

Akak bergayut di Taman Permainan sekolahnya...aku pun mungkin mengah kalau nak buat aktiviti ni kot...kira terer lagi anakku lah...(kasi can)
Akhirnya.....BERJAYA!!!

Anak keduaku ni memang dah terkenal dengan lasaknya....tengoklah Kakak Azi melayang (macam spiderwoman pun ada gak)...
Tererlah Kakak Azi.....pas ni boleh main flying fox lak ye.Suasana dalam kelas. Tengok sajalah betapa meriahnya kelas mereka dengan tampalan dan ampaian. Ini bukan prasekolah tau tapi dah Year 3, kelas Kakak Mizah.

Sebelum balik...acara wajib ialah dengar cikgu bercerita...semua kena duduk kat bawah (takpe ada carpet)...Nak ambil gambar pun kena curi-curi, takut ganggu konsentrasi diaorang...anakku faham ke tak ye cikgu tu bercerita...heheheIbu bapa sedang menunggu anak masing2...masa ni bolehlah tambah kenalan merangkap belajar speaking sekali.... (pas ni boleh bertukar-tukar resipi lak)

Untuk budak2 melompat....setiap kali balik mesti ada luka2 kecil kat lutut anak2ku...inilah puncanya, asyik nak melompat je....takpe ibu tak marah..buatlah lagi ye... :-s
Trek untuk budak2 main kereta lumba pun ada..dahsyat betul sekolah kat sini...sebab tu mereka boleh bawa permainan ke sekolah, anak2ku pula bawa teddy bear, nak main pondok2 ngn kawan2 agaknya(maklumlah perempuan)
Ini pula ialah pakaian sekolah Anis, Anis baru bangun tido (sekolah dalam rumah)


Laparnya..

Pagi tadi tangan ni gatal-gatal buka web gambar-gambar makanan kat Malaysia... Wah! Rindunya nak makan masakan Malaysia, terliur lak rasanya... Semalam aku tanya anak-anak aku apa yang mereka rindu nak makan, Kakak Azi cakap dia rindu nak makan ketam masak merah, Kakak Mizah lak rindu nak makan sate...aku lak teringinnya nak makan makanan laut + tom yam + kai lan ikan masin + telur dadar + udang celup tepung + udang masak merah+ kuih tradisional+ayam percik (banyaknya), suamiku lak tak habis-habis dengan sup ekornya + nasi goreng kampung (sini susah nak cari kangkung)...

Kat sini bukannya tak boleh buat, cuma rasanya kurang 'kick' berbanding kalau masak kat Malaysia (maklumlah rempah amat terhad kat sini + mahal). Kalau kat Malaysia agak-agak malas nak masak, kedai makan tepi jalan banyak, pilih ajelah. Kalau kat Tanjung Lumpur tu, punyalah banyak pilihan.....pilih je ler yang mana satu.

Selingan Hidup

Tafsir2 Doa

Kod Makanan Yang Ada Unsur B**I

Ramai dikalangan kita tidak mengetahui tentang kod (E) yg berada dlm makanan samada makanan harian atau sekadar makanan ringan..
di sini sy ingin sertakan kod makanan yang mengandungi unsur babi...
kod2 tersebut ialah...

E100, E110, E120, E140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252, E270. E280, E325,E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433, E434, E435, E436, E440, E470, E471, E472, E473, E474, E475, E476, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492, E493, E494, E495, E542, E570, E572, E631, E635, E904....

Adalah tanggung jawab kita semua sebagai umat Islam untuk mengikuti
syariat Islam dan juga memberitahu informasi ini kepada
saudara kita yang lain.
+/- Baca lagi

Merujuk kepada kod E471 atau istilah saintifiknya mono and diglycerides of fatty acid, adalah bahan tambahan yang dihasilkan (origin) daripada tumbuh-tumbuhan atau haiwan.

Kebimbangan terhadap status halal atau haram, biasanya timbul apabila sesuatu edditives berasal daripada haiwan.

Namun, berdasarkan pemeriksaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), sebahagian besar bahan makanan yang diluluskan untuk mendapatkan label halal, didapati menggunakan edditives daripada tumbuh-tumbuhan.

Justeru pengguna tidak perlu bimbang tentang masalah kod edditives, sekiranya sesuatu bahan makanan itu telah mendapat status label halal yang sah daripada JAKIM.

Masalah hanya timbul apabila kadang-kala terdapat pengguna yang membeli bahan makanan, terutamanya coklat dari luar negara yang tidak dapat disahkan, sama ada edditives yang digunakan berasal daripada tumbuh-tumbuhan atau haiwan.

Oleh itu bagi mengelakkan sebarang keraguan, para pengguna disarankan agar menggunakan bahan makanan yang telah mempunyai label halal.)

Masuk ke Ladang

Gambar-gambar kami semasa aktiviti memetik buat epal pada 21 Mac baru-baru ini. Segar dari ladang...cuma $2 sekilo.


Masuk Ke LadangMy Best Buddy





Gambar di atas, dari kiri, Azlina, Dora, aku dan Liza

Aku Dan Kembar....


Perkara yang nak dikongsi bukan kembar aku sebab aku takde kembar. Just for twins surrounding me.Mak dan kembarnya....Rohani (mak kanan) dan Rohana (Mok Teh kiri)... Harap-harap lepas ni aku dapat kembar lelaki.... aminnnnnn. Kakak ipar aku juga kembar (duduk dua dari kanan (uda) dan duduk dua dari kiri (ngah)). Ops! Satu lagi gambar aku lupa (sebab takde gambar), gambar kembar sepupuku, abang dan adik.....






Aku dan kembar-kembarku........

Jualan Bonet Kereta


Pada Sabtu yang lepas pagi-pagi lagi suamiku mengejutkan aku dan anak-anak. Apa lagi dengar je perkataan "nak jalan tak" terus aku dan anak-anak bingkas bangun...sampai berebut bilik air (maklumlah bilik air satu je)... Wah! tak sabaunya (pinjam jap dialek Melaka)..nak ke manalah ni agaknya...mesti jauh.

Tertanya juga aku ke mana le kami nak pergi pagi-pagi buta ni, pas tu bukan kami aje rupanya si Azlina sekeluarga pun pergi juga...jeng...jeng..jeng, nak tahu ke mana kami pergi...ke Car Boot Sale. Aku ni bukannya pandai sangat budaya kat sini, ingatkan nak jual barang-barang kereta (maklumlah jakun lagi, hehe) rupa-rupanya........tengok ajelah gambar-gambar yang telah kami beli ni...

Acara jualan tu diadakan di Oteha Primary School (tak jauh pun, lebih kurang 1.5 km je), aku ingatkan jauh bebeno (pinjam dialek muar lak), punyalah melaram sakan....rupa-rupanya kat belakang rumah ni je. Seronok bukan main lagi bila tengok banyaknya barang-barang terpakai yang dijual, tapi walaupun terpakai keadaannya masih elok dan baru lagi...

Mainan-mainan tu cuma dalam 50 sen - $3 je, teddy bear tu $1 je....almari solek tu pula $5. Selipar tu lak 50 sen,buku-buku yang berkulit tebal n berwarna pula 50 sen- $1. Kereta sorong tu $2..kasut tu $1 (kasut baru), white board + chalk board $10...sebenarnya banyak lagi yang dijual, ada pinggan mangkuk, pakaian dan macam-macam lagilah......sediakan duit je.....jadi sekarang Anis dah tak main dalam kotak lagi,hehe.

Anis oh Anis...


Hari-hariku di sini diisi dengan senyum tawa si Anis ni, maklumlah sejak bergelar suri rumah banyak benda yang boleh aku buat yang dulu tak berpeluang aku lakukan. Contohnya, sekarang aku dah pandai buat pizza...hehe, rasanya oklah juga (masuk bakul angkat sendiri)...


Tapi kadang-kadang kesian juga melihat si kecik ni, maklumlah rumah takde lah banyak sangat toys, so kotak yang dapat kat Pak n Save ler jadi mangsa dia dan kakak-kakaknya. Tengok sahajalah gelagatnya itu, dalam kotak pun boleh jadi katil si Anis. Bagus juga, secara tak langsung mengasah kreativiti dan menjimatkan duit (tak payah beli mainan, hehe).

Jika melihat karenah anak-anak ni, memang menghiburkan (tapi kadang-kadang panas hati juga, hehe). Alhamdulillah mereka ni ikut kata dan tahu adat merantau, takdelah demand yang bukan-bukan....cuma satu je yang membuatkan aku pening kepala, make up aku terpaksa share dengan dia orang, maklumlah ramai sangat anak perempuan..... (Alhamdulillah kurniaan Tuhan). Tengoklah gambar-gambar mereka, bukan main pandai berposing lagi.

Apa Itu Cinta

Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.~ Mahatma Ghandi

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.

Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi,” Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”. Jawab titis air mata kedua tu,” Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja.”

Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu.
+/- Klik di sini untuk informasi selanjutnya

Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencoba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu Coba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.

Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping.
Dan hanya dengan mendengar kata “Hai” darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.

Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan karena perginya tanpa berpatah lagi.

Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya.

Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta !

Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.



Perangai Jiran Ku...

Bukannya perangai tak senonoh tp kisah org Korea cari ilmu. Ketika suamiku baru pulang dari mengambil meja dan kerusi dari rumah Azwan ($20 jer), jiran di bawah rumahku ini meng'offer' rak-rak bukunya, apa lagi dua rak buku yang besar hanya bernilai $20 teruslah disambar oleh kami.

Sempat lagilah kami menemuramahnya, menurut ceritanya, beliau ke NZ semata-mata ingin menemani anak-anaknya belajar (2 sons). Apa lagi mestilah dalam fikiran kami anak-anaknya itu belajar di universiti, rupa-rupanya anaknya baru sekolah menengah. Terkejut juga kami..jiran kami sanggup jadi fully housewife menemani anak-anaknya disebabkan agar anak-anaknya dapat pendedahan belajar bahasa Inggeris di sini begitu juga dengan beliau, sempat juga dia ajak aku belajar bahasa Inggeris di church secara percuma, siap nak ambil aku lagi (tapi aku menolak dengan baik sebab takut juga belajar kat church ni), suaminya pula tak ikut, bekerja di Korea.

Kami tanya lagi kenapa mahu pindah dari rumah ini...nak tahu apa jawapannya...beliau pindah sebab nak cari pengalaman baru, suasana baru dan jiran baru, barulah ada perkembangan. Kagum sungguh aku dengan cara hidup mereka yang mengejar ilmu di serata dunia ni. Barulah bukan seperti katak di bawah tempurung......


Inilah meja dan kerusi yang kami beli dari Azwan...$10 setiap satu (kalau kat trade me pun harganya sekitar tu)...yang sebelah tu pula salah sebuah rak buku yang kami beli dari orang Korea tu, pun $10 juga..

Macam-macam Ada....

Alhamdulillah...semenjak bermastautin di Albany ni, dari segi barang-barang makanan taklah susah sangat, hampir 70% barang yang aku nak ada. Maklumlah tekak melayu tetap tak hilang. Kat sini ada sebuah kedai yang kami panggil Tofu Shop (penjualnya orang Cina Indonesia), ada menjual rempah-rempah dari Malaysia dan Indonesia, belacan pun ada. Tapi harganya.....hmmm, sekali ganda dengan harga Malaysia, contohnya harga bagi sebungkus maggi kalau kat Malaysia dalam sekitar RM 3 tapi kat sini, tiga juga tapi $3.80 (lebih kurang RM 7.60). Harga belacan pun $ 3 atau lebih kurang RM 6.


Walaupun harga barang-barang makanan kat sini mahal, tapi satu perkara yang aku paling suka mengenai NZ ni ialah sayur-sayuran n buah-buahannya, sangat-sangat segar dan murah. Susah nak cari limau masam n anggur masam kat sini. Kami selalu membeli anggur kat sini sebab seedless, senang nak makan dan harganya pun amat murah cuma $ 4 sekilo atau RM 8 jer.. (ingat rasanya sangat manis + takde biji). Harga bagi rasberry dan blueberry pun murah. Kalau sayur pula, aku tengok macam sayang nak makan, sebab besar dan fresh,hehe (setakat ni tak jumpa lagi sayur yang dah layu). Jadi penggemar sayur, NZ adalah tempatnya untuk anda. (teringat kawan yang tak suka makan sayur,hehe).