Teruslah Melangkah Anak-anakku

Sedang aku leka membaca komen-komen kat blog ni tiba-tiba dengan kuat pintu diketuk. Terkejut juga aku, rupa-rupanya anak2ku baru balik dari sekolah..."ibu..ibu tadi kat sekolah akak dapat sijil cikgu bagi" "Akak Azi pun dapat"...Wah...sijil apalah yek, tak sabarnya nak tengok sijil2 tu.

Mereka memberitahuku hanya 3 orang sahaja yang dapat sijil dalam kelas mereka.. masa tu aku rasa sejuk perut ni (maklumlah sejuk perut ibu yang mengandungkan..hehe). Memanglah simple jer sijil ni, tapi bagi aku ianya satu permulaan yang baik untuk mereka.


Alhamdulillah, gembira aku tengok anak-anak suka ke sekolah, mula-mula sampai sini risau juga takut mereka culture shock, tapi aku lak yang culture shock tengok mereka selamba je pergi sekolah, happy memanjang.. Hari ni juga Akak Azi ke Auckland Zoo, ikut rombongan sekolah. Aku pun tak pergi tour ke situ lagi. Untung mereka dapat jalan je..

Azi bergambar dengan batch yang dia dapat masa pergi zoo tadi....


Walaupun sekolah di sini banyak aktiviti outdoor, tapi satu perkara yang aku rasa bangga sebagai rakyat Malaysia dan selaku salah seorang guru di Malaysia ialah, sekolah kat Malaysia ada banyak program kokurikulum seperti kelab, permainan dan persatuan dan ia free sesiapa pun boleh masuk, tapi kalau di sini kebanyakan aktiviti berbayar contohnya kalau nak join permainan hoki kena bayar $70 per player (setiap Isnin, dlm tempoh lebih kurang 2 bulan). Mungkin sistem di sini menggunakan khidmat jurulatih luar dan pakar, jadi tugas guru hanya mengajar sahaja, takdelah merangkap jurulatih itu dan ini.. (pada pendapat aku).

7 comments:

Hanafiah said...

Balik dari sekolah..."abah hari ni ada surat, boleh tak akak dan azi masuk"... sebak hati bila terlalu kerap terpaksa mengatakan.."tak boleh akak, kita kena berjimat di sini, balik Msia nanti akak dan azi boleh join mcm2"...

Esoknya mereka akan kata lagi..."abah, hari ni ada surat lagi..tapi akak tau mesti tak boleh kan..." Kelu lidah ini...mereka ku peluk sambil berkata..."sabarlah sayang..." hanya itu mampu ku tutur...

-abah-

Nida said...

Mereka memahami...Insya Allah. Setiap mlm ibu dan abah ceritakan kisah kami semasa sekolah dulu, semoga anak-anak ibu akan menjadi lebih baik dari ibu dan abah...Kami sentiasa doakan yang terbaik buat Kakak Mizah, Kakak Azi dan Anis... aminnnn...

fairullah_apai said...

tahniah buat akak mizah dan azi. pak ngah doakan kejayaan buat semua.

Nida said...

Thanx Yu...doakan kami di sini..kem salam kat mak dan semua...

Asmida said...

Wah... Tahniah jugak dari Mak Ngah buat Kak Mizah dan Azie... Semoga Kakak dan Azie menjadi bertambah cemerlang dengan pengalaman baru disana....

Nida said...

tima kacih Mak Ngah....tak sabarnya balik Malaysia...nanti kita boleh buat rombongan anak beranak ke Batam pulak ye(asyik tertangguh je ler)

fairullah_apai said...

tulah pasal hehehe