Kod Makanan Yang Ada Unsur B**I

Ramai dikalangan kita tidak mengetahui tentang kod (E) yg berada dlm makanan samada makanan harian atau sekadar makanan ringan..
di sini sy ingin sertakan kod makanan yang mengandungi unsur babi...
kod2 tersebut ialah...

E100, E110, E120, E140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252, E270. E280, E325,E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433, E434, E435, E436, E440, E470, E471, E472, E473, E474, E475, E476, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492, E493, E494, E495, E542, E570, E572, E631, E635, E904....

Adalah tanggung jawab kita semua sebagai umat Islam untuk mengikuti
syariat Islam dan juga memberitahu informasi ini kepada
saudara kita yang lain.
+/- Baca lagi

Merujuk kepada kod E471 atau istilah saintifiknya mono and diglycerides of fatty acid, adalah bahan tambahan yang dihasilkan (origin) daripada tumbuh-tumbuhan atau haiwan.

Kebimbangan terhadap status halal atau haram, biasanya timbul apabila sesuatu edditives berasal daripada haiwan.

Namun, berdasarkan pemeriksaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), sebahagian besar bahan makanan yang diluluskan untuk mendapatkan label halal, didapati menggunakan edditives daripada tumbuh-tumbuhan.

Justeru pengguna tidak perlu bimbang tentang masalah kod edditives, sekiranya sesuatu bahan makanan itu telah mendapat status label halal yang sah daripada JAKIM.

Masalah hanya timbul apabila kadang-kala terdapat pengguna yang membeli bahan makanan, terutamanya coklat dari luar negara yang tidak dapat disahkan, sama ada edditives yang digunakan berasal daripada tumbuh-tumbuhan atau haiwan.

Oleh itu bagi mengelakkan sebarang keraguan, para pengguna disarankan agar menggunakan bahan makanan yang telah mempunyai label halal.)

6 comments:

Asmida said...

boleh ke kita tengok kod tu?.kat makanan tu ada ke tulis?.. atau mcm mana nak tau?...

Nida n' Hanafi said...

kat ingredient ada tulis. Kalau kat Mlaysia senang, jangan beli kalau takde tanda halal jakim...kalu kat NZ ni susah sikit

fairullah_apai said...

ooo yeke... mudah-mudahan kita dijauhi dari makanan tak halal, kerana makanan nie akan mengalir ke dalam tubuh dan jadi darah daging kita....

NURUL IZZA said...

kalau kat US ni maksu, jarang ada kod-kod macam tu..rsnya kod tu byk di negara Europe..apa yg perlu kita tahu, semua jenis kandungan, esp..lard, gelatine, rennet(yg ada dlm cheese). jadi sume benda kena tahu.kadang g market tu bawa senarai yg amik dr muslim consumer group kt internet ni..yg pasti kat US ni.. kalau ada simbol U = semua kandungan vegetarian, K = kosher.kadang beli juga yang kosher punya sbb halal boleh dimakan kan.(barang yahudi).tapi harus berhati2 sebab mula2 dtg byk juga TERKENA- beli brg xtgk kandungan..last2 ms nak guna baru perasan..kenala buang..hihi

Nida n' Hanafi said...

kitaorang pun dah buang beberapa barang dah...baru perasan ada kod tu...Bagus kan Malaysia,senang nak cari makanan, tengok simbol halal jer.....

raihana latif said...

salam...cnth lh kn...sekiranya kandungan mknan 2 menulis "warna yang dibenarkan (110)" adekah die same ngn E110???