Macam-macam Ada....

Alhamdulillah...semenjak bermastautin di Albany ni, dari segi barang-barang makanan taklah susah sangat, hampir 70% barang yang aku nak ada. Maklumlah tekak melayu tetap tak hilang. Kat sini ada sebuah kedai yang kami panggil Tofu Shop (penjualnya orang Cina Indonesia), ada menjual rempah-rempah dari Malaysia dan Indonesia, belacan pun ada. Tapi harganya.....hmmm, sekali ganda dengan harga Malaysia, contohnya harga bagi sebungkus maggi kalau kat Malaysia dalam sekitar RM 3 tapi kat sini, tiga juga tapi $3.80 (lebih kurang RM 7.60). Harga belacan pun $ 3 atau lebih kurang RM 6.


Walaupun harga barang-barang makanan kat sini mahal, tapi satu perkara yang aku paling suka mengenai NZ ni ialah sayur-sayuran n buah-buahannya, sangat-sangat segar dan murah. Susah nak cari limau masam n anggur masam kat sini. Kami selalu membeli anggur kat sini sebab seedless, senang nak makan dan harganya pun amat murah cuma $ 4 sekilo atau RM 8 jer.. (ingat rasanya sangat manis + takde biji). Harga bagi rasberry dan blueberry pun murah. Kalau sayur pula, aku tengok macam sayang nak makan, sebab besar dan fresh,hehe (setakat ni tak jumpa lagi sayur yang dah layu). Jadi penggemar sayur, NZ adalah tempatnya untuk anda. (teringat kawan yang tak suka makan sayur,hehe).

8 comments:

Asmida said...

i..yo lah.. em.. tengok lada tu pun mcm nak gigit jerk.. merah menyala n fresh kalau view lagi dekat.. yum.. yum.. yum...

APPLE PIE said...

albany,
pernah sampai kesana...too sweet before she go....

fairullah_apai said...

mmmm.. sedapnyer ... budu ada tak kat sana huhuhuhu

Nida n' Hanafi said...

tak jumpa ler pulak. tp klu jumpa cencalok kak long bagitau. maklumlah, Yu kan hantu cencalok...hehehehe

Unknown said...

eh..eh..dah tukar baju la blog nih..hehehe...bagus2...

Azwan said...

cameron highland pun ada sayur mcm tu jgk..

Nida n' Hanafi said...

nikmatilah apa yang ada di negeri orang dan rinduilah apa yang ada di negeri sendiri...

maymay said...

hi cikgu how r u??
bila nak kirim sajli kat NZ tu?
haha ni maymay la ingat tak??
ni nak bgtau sy dpt 9A1 dan 3B3 SPM..
Hmm Bio mesti dapat A1.. Yg B3 tu B.Cina and EST..
SO sad but grateful..
ckgu bagi la email utk sy..
sy punya may29or@hotmail.com
keep in touch ya!!!