Sukarkah Untuk Menjadi Sepertinya?

Salam buat semua,

Kami beragama Islam, kami juga mempunyai hampir kesemua media sosial di alam maya. FB, blog, twitter (walaupun tak aktif), dan lain-lain. Namun, sejauh mana kami titipkan kesyukuran kami di alam maya ini? Persoalan ini timbul dalam diri kami apabila melihat cara salah seorang saudara baru (mat salleh yang baru memeluk agama Islam), berkomunikasi dengan kami.Sesuatu yang begitu menyentap diri kami.... fikir-fikirkanlah.





 Inilah wajahnya yang sempat kami rakam ketika majlis sambutan Hari Raya pada tahun lepas, Junayd Halim:





Moga rahmat Ilahi terus bersamanya..amin.



 

Wordless Wednesday: Rumah Berkelip-kelip

Salam buat semua.


Ada ke nama rumah berkelip-kelip ek? Layan je ler ye tajuk yang ikut suka hati aku nak letak apa pun..hehe. Hari ni konon-konon nak buat wordless Wednesday, tapi macam tak  berapa nak wordless pun :-P .  Kali ini kami nak kongsi pengembaraan kami di bumi New Zealand ini bersama dengan rumah api yang pernah kami lewati suatu masa dahulu.



Rumah Api di Nugget Point


Apa yang menarik di sini ialah batu batu-batu di lautan yang dapat dilihat dari atas rumah api ni, bentuknya seperti nugget sebab tu nama tempat ni Nugget Point. Pertama kali aku menjejakkan kaki ke sini, mataku terus terpana melihat keunikan dan keindahan yang ada di kawasan rumah api ini. Subhanallah cantik sesangat, terasa seolah-olah berada di dunia lain.





Cik hubby kena dera bawa "handbag"ku..hehehe






Pemandangan dari puncak bukit rumah api




Rumah Api di Manukau Head


Tempat ini pula dikelilingi dengan bukit bukau yang menghijau dan kambing-kambing yang gebu di sekitarnya. Laut yang membiru menambahkan lagi rasa takjub kami kepada Maha Pencipta. Sangat damai bila berada di sini, rasa tak puas menatap keindahan ciptaanNYA....





♥♥♥Kami ♥♥♥






Pemandangan sekitar rumah api tersebut



Rumah Api di Cape Reinga


Antara rumah api yang terkenal di New Zealand ini, sebabnya dari atas bukit kita dapat melihat pertemuan dua lautan iaitu Tasman Sea dan Pacific Ocean. Di tengah-tengah lautan kita akan dapat melihat buih-buih yang terbentuk akibat pertemuan lautan yang berlainan arah antara satu sama lain.  Malah warna kecerahan air laut juga berbeza antara satu sama lain.





Insan yang happy terlajak sebab berjaya juga akhirnya ke sini






Pemandangan dari atas boat






Buih-buih lautan menandakan garisan sempatan Tasman Sea dan Pacific Ocean.



Alhamdulillah syukur atas nikmat kurniaNYA memberi peluang kepada kami menyaksikan agungnya ciptaanMU dari puncak  rumah api. Syukur juga lantaran sedikit pengalaman ini dapat dikongsi dengan pembaca-pembaca sekelian.

p/s: sebenarnya panjang lagi nak tulis, tapi sebab Wordless Wednesday tu yang patah perkataan terpaksa di 'less' kan (aci gitu? ) :-)

 

Rindu Tahap Kronik

Salam buat semua,


Lagi dua minggu bermulanya cuti sekolah term 1, kemudian term 2 akan menyusul. Sedar tak sedar anak-anak pun semakin meningkat dewasa, kalau dulu dua orang sekali boleh ku dukung, sekarang nak dukung si Anis pun dah tak larat... (berat gak si Anis ni,hehe).  Rasa macam baru semalam je melahirkan mereka, laaa ni dah besar panjang pun depa semua. Kakak Mizah dah mula pandai bergaya, nak macam-macam eg. hair straightener ler, dress ler, bila part pilih kasut pun dah agak cerewet,  yang Akak Azi pula dah pandai belek-belek gelang (charm) dengan cincin dan yang si kecik pula pun dah pandai memilih baju yg mana nak dibeli (kalau bawak dia pergi kedai baju memang pening dibuatnya...adeiiii).


Kini dah tiga tahun lebih kami bergelar perantau, kalau dulu masa mula-mula sampai di sini Anis (2 tahun 3 bulan) masih memakai lampin, menyusu badan dan cakap pun hanya beberapa patah perkataan, tapi sekarang dah tak larat aku nak layan dia cakap. Azi  (5 tahun) pula masa tu cakap pun masih pelat-pelat lagi, tapi sekarang kalau dia speaking English hanya 50% yang aku faham.. sebab loghat NZnya kuat sangat, dan Kakak Mizah(8 tahun) pula kalau dulu bila time pergi playground dialah yang paling happy sekali, tapi sekarang dia lebih rela duduk dalam kereta dari bermain buai atau gelongsor.  Kadang-kadang aku rasa rindu zaman bayi mereka... tapi inilah hakikatnya, masa terus beredar, usia terus meniti.





Wajah-wajah tiga tahun lebih yang lalu... rindunya nak cakap pelat dengan mereka semua :-)






Nur Hamizah seorang anak yang pemalu






Nur Hazirah seorang anak yang peramah






Nur Hanisah seorang nak yang manja






Moga anak-anak ibu membesar sebagai anak yang berjaya dunia dan akhirat.



Entri tambahan ~Terima Kasih Mak Cik Siah~


Cantikkan telekung solat mereka, telekung yang dibawa dulu semuanya dah tak muat + buruk. Nasib baik sahabat maya kami, Mak Cik Siah dan anaknya, Diyana hadiahkan telekung ini buat anak-anakku.


Selautan terima kasih kami sekeluarga ucapkan buat Mak Cik Siah dan Diyana, moga Allah terus melimpahkan rezeki buat kalian sekeluarga... ameeeeeennnnn.  Anak-anak semua amat suka memakai telekung ini kerana amat selesa dan buatannya juga amat kemas. Harganya pun sangat murah dan kualitinya amat bagus, aku sangat berpuas hati dengan hasilnya. Kalau kita sanggup berhabis untuk dress yang mahal-mahal, apa salah kita berbelanja untuk tukar tudung yang ada kan. Jemput-jemputlah jengah blog mereka di sini.


p/s: tak sabar nak tunggu anak-anak balik dari sekolah, tiba-tiba rasa rindu tahap kronik pada mereka... uwaaaaaaaaaaaaaaa.

Akar Yang Mencengkam Bumi

Salam buat semua...


Pastinya semua tahu tentang kepentingan menjaga alam sekitar dan kesan dek kerana kealpaan kita pada alam sekitar. Rasanya pasti semua orang juga tahu kempen-kempen yang dijalankan untuk meningkatkan kesedaran menjaga alam sekitar  di negara kita. Hasilnya.....ermmmm, masing-masing boleh menilai sendiri.


OK, jom kita lihat pula bagaimana cara kerajaan NZ menjalankan kempen menjaga alam sekitar. Pertamanya...kami seperti tidak pernah melihat kempen-kempen menjaga alam sekitar di kaca TV. Andaian kami....ianya tidak perlu, sebab menjaga kebersihan dan alam sekitar mungkin dah sebati dengan mereka semua.


(Nota di tengah.... kalau najis anjing peliharaan yang mereka bawa bersiar-siar pun mereka kutip, boleh tak pembaca bayangkan tahap sivik mereka?)


Baru-baru ini kami melawat salah satu kawasan hutan Kauri terbesar di NZ. Kauri ini adalah pokok paling berharga di NZ, ada juga spesis Kauri di Malaysia, namun kami tak dapat kesan apa nama pokok ini di Malaysia. Di negara empat musim, pokok-pokok lambat membesar, jadi kualiti kayu yang ada sangat-sangat baik.


Cukup sedikit info tentang pokok Kauri. Jom kita lihat bagaimana besarnya pokok Kauri terbesar di NZ dan bagaimana mereka menjaga kawasan hutan mereka.... Juga gambar-gambar kami yang diambil di Kauri Museum dan juga di Ancient Kauri Kingdom.




 Kami perlu membersihkan kasut dengan berus sebelum memasuki kawasan hutan ini bagi mengelakkan apa-apa yang tidak diingini dibawa ke dalam hutan.




 




 Kami diminta untuk menjauhi pangkal pokok bagi mengelakkan akar pokok terancam.





 Laluan masuk.





 Dahan pokok ni menghalang laluan, lihat bagaimana mereka membina sokongan kepada dahan ini. Rasa-rasanya kalau kat Malaysia dah kena potong dahan ni.





 Kami bergambar di hadapan "Lord of the forest", pokok Kauri terbesar di NZ



[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=MGIKyqgYBPw&feature=related[/youtube]



Video menunjukkan pemandu pelancong dari kaum Maori menyanyi untuk Tane Mahuta (Lord of the forest). Kaum Maori memang suka menyanyi.





 Ini pula "Father of the forest", pokok kauri kedua terbesar.





 Kalau malam hari, lepas tu letak lampu kat bawah...pastinya menakutkan..hehehe



OK, nampak kecil jer kan "Lord of the forest" dan "Father of the forest" tu kan.... Takdelah nampak besar sangat. Tapi perlu diingat, kami berada sekitar 30 meter dari pokok tu. Sekadar perbandingan, sekarang cuba tengok gambar Ucu dengan salah satu pokok kauri yang terdapat berhampiran tempat laluan. Halus jer nampak Ucu...Pokok ni kategori biasa-biasa je. Jadi tak boleh bayang betapa besar sebenarnya kedua-dua pokok "Lord of the forest" dan "Father of the forest" tu.


(Nota di tengah lagi...untuk mengambil gambar ini, Ucu telah melanggar arahan supaya tidak memijak akar pokok...syhhhhh.... Semua dilakukan bagi tujuan menunjukkan betapa besarnya pokok Kauri tu)




 Untuk pokok ni rasanya mungkin hampir 20 pemeluk.





 Di hadapan Kauri Museum





 Damar dari pokok Kauri, juga sangat popular





 Tangga ini dibuat dari pokok Kauri untuk salah sebuah hospital di sini. Berusia lebih 100 tahun dan kini ditempatkan di muzium ini.





Kerusi Kauri ini berharga $55,000 NZD....





 Tangga ini sebenarnya bahagian dalam pokok yang diukir sehingga menjadi tangga. Punyalah besar pokok ni.





 Lihat muzim sini... barang-barang boleh dipegang, bukan dipagar jauh-jauh dari pelawat.





Akhir sekali.... layan model-model tunggul pohon Kauri ni..hehehe






 

Kealpaan Seiring Masa...

Salam buat semua...

Kira-kira dua minggu lepas, ada sahabat yang post di FB tentang video di bawah ini. Tak tau kenapa...tapi lemah lutut dibuatnya bila melihat video tersebut. Jom layan, kalau buka ke link youtube, lebih banyak komen yang boleh dibaca.

[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=mpBVzliw7lo&feature=channel[/youtube]

Kami cuba mencari justifikasi kenapa tarian ini boleh terjebak dalam majlis perkahwinan yang sepatutnya penuh dengan budaya tradisi yang asli. Namun kami gagallllllll....  Mungkin ada pembaca di luar sana yang boleh membantu. Baju tu pun satu, kenapalah perlu diikut pakaian barat. Kami ada banyak pakaian begitu, dipakai dikala suhu bawah 10 celcius, rasanya tu bukan suhu kat Malaysia kan.

Bila melihat video ini juga... teringat kami bila diaju pelbagai soalan dari sahabat berbangsa Inggeris tentang permainan Sepak Takraw. Dia pernah menonton perlawanan tersebut dan sangat kagum dengan kebolehan masyarakat kita dengan permainan tersebut. Tapi andaikata kami ditanya pula tentang perkaitan tarian ini dengan budaya masyarakat melayu....rasanya mau terkedu nak menjawab.

Tak tahulah apa nak dikata... Kalau bukan kita yang memelihara budaya Melayu..siapa lagi. Cuba lihat pula video ini, bagaimana mereka cuba membawa budaya mereka ke masyarakat antarabangsa. Mereka lebih berbangga dengan tarian dan budaya mereka. Walaupun kami pasti ianya dirancang dengan teliti oleh kumpulan ini, tapi nyata ianya dapat menarik minat masyarakat sekeliling....

[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=Pstu5huQT50&feature=related[/youtube]

Jom kita saksikan satu lagi contoh. Dibuat secara langsung oleh kaum Maori di Queen Street, persimpangan paling sibuk di NZ. Haka adalah tarian untuk menggerunkan musuh dan menaikkan semangat pejuang. Ternyata NZ berjaya menerapkan semangat Haka di kalangan penduduknya. Hinggakan ianya dijadikan tarian wajib oleh pasukan rugby NZ sebelum perlawanan. Kalaulah kita boleh membawa salah satu budaya kita hingga ke tahap begini, pasti ianya menjadi kebanggaan kita semua.

[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=LqmHGS0YirE[/youtube]

[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=dJAjoCx6Euw[/youtube]

Moga Dipermudahkan

Alhamdulillah sekarang urusan mengisi borang visa sudah selesai, cuma menanti jawapan balas dari pihak imigresen NZ.. moga-moga segalanya lancar... ameeeeeen.  Minggu lepas sempat juga aku ke Wellington untuk dapatkan Letter Of Good Conduct, kali ni aku pergi tanpa membawa family sebabnya tambang flight agak mahal, ikut hati nak je angkut semua tapi apakan daya fulus agak tenat..hehe. Aku ke Wellington balik hari, pukul 5 pagi dah bertolak ke airport bersama Bejau (salah seorang rakan kami di sini). Sampai je di Wellington, punyalah sejuk angin yang bertiup dan patutlah Welllington ni dikenali sebagai Windy Welly... dah ler aku ni sekeping, melayang-layang kena tiup angin..hahahahaha :-).




Di depan pintu masuk high commission di Wellington.





Kemudian kami ke Cable Car Wellington.





Kami.. thanks to Biha dan Zakhir kerana sudi menumpangkan kami.





Tak sempat nak round habis masa di Wellington Botanic Garden... cuaca amat sejuk grrrrrrrr.





Posing jangan tak posing...kihkihkih





Kami ke Muzium Te Papa pulak.





Ni gambar di depan bangunan parlimen. Jangan tak tahu, di sini kita boleh masuk lihat mereka bersidang. Tapi aku tak sempat nak lihat mereka bersidang sebab kejar masa pun ye.. maklumlah pergi balik hari kannnnnn.. (p/s: cik suami, jom nanti kita pergi satu keluarga nak :-) )





Ni gambar dalam Muzium Cable Car





Ini adalah Indrid, warga Indonesia yang bekerja di kedutaan Malaysia, beliau sangat ramah dan banyak membantu kami semasa di sana. Terima kasih Indrid, jasamu akan ku kenang sampai bila-bila (harap-harap Indrid baca entri aku ni.)



Kesimpulannya, walaupun hanya lebih kurang 12 jam aku berada di Wellington, namun banyak tempat juga sempat aku lawati.. dan yang paling aku tak boleh lupa ialah anginnya yang sangat kuat. Keramahan masyarakat serta para petugas di HiCom telah banyak membantu kami. Terima kasih buat Lornie kerana sudi tumpangkan aku pergi dan balik dari airport. Semasa aku di sana, ingatan pada anak-anak tak pernah padam.. (padahal tak sampai sehari pun berenggang..hehe), dan yang kelakarnya Akak Azi (anak kedua) dan Anis (anak ketigaku) menangis sebab rindu aku.. olorrrr ciannya anak ibu :-)