Salam buat semua.
Ada ke nama rumah berkelip-kelip ek? Layan je ler ye tajuk yang ikut suka hati aku nak letak apa pun..hehe. Hari ni konon-konon nak buat wordless Wednesday, tapi macam tak berapa nak wordless pun :-P . Kali ini kami nak kongsi pengembaraan kami di bumi New Zealand ini bersama dengan rumah api yang pernah kami lewati suatu masa dahulu.
Rumah Api di Nugget Point
Apa yang menarik di sini ialah batu batu-batu di lautan yang dapat dilihat dari atas rumah api ni, bentuknya seperti nugget sebab tu nama tempat ni Nugget Point. Pertama kali aku menjejakkan kaki ke sini, mataku terus terpana melihat keunikan dan keindahan yang ada di kawasan rumah api ini. Subhanallah cantik sesangat, terasa seolah-olah berada di dunia lain.
Cik hubby kena dera bawa "handbag"ku..hehehe
Pemandangan dari puncak bukit rumah api
Rumah Api di Manukau Head
Tempat ini pula dikelilingi dengan bukit bukau yang menghijau dan kambing-kambing yang gebu di sekitarnya. Laut yang membiru menambahkan lagi rasa takjub kami kepada Maha Pencipta. Sangat damai bila berada di sini, rasa tak puas menatap keindahan ciptaanNYA....
♥♥♥Kami ♥♥♥
Pemandangan sekitar rumah api tersebut
Rumah Api di Cape Reinga
Antara rumah api yang terkenal di New Zealand ini, sebabnya dari atas bukit kita dapat melihat pertemuan dua lautan iaitu Tasman Sea dan Pacific Ocean. Di tengah-tengah lautan kita akan dapat melihat buih-buih yang terbentuk akibat pertemuan lautan yang berlainan arah antara satu sama lain. Malah warna kecerahan air laut juga berbeza antara satu sama lain.
Insan yang happy terlajak sebab berjaya juga akhirnya ke sini
Pemandangan dari atas boat
Buih-buih lautan menandakan garisan sempatan Tasman Sea dan Pacific Ocean.
Alhamdulillah syukur atas nikmat kurniaNYA memberi peluang kepada kami menyaksikan agungnya ciptaanMU dari puncak rumah api. Syukur juga lantaran sedikit pengalaman ini dapat dikongsi dengan pembaca-pembaca sekelian.
p/s: sebenarnya panjang lagi nak tulis, tapi sebab Wordless Wednesday tu yang patah perkataan terpaksa di 'less' kan (aci gitu? ) :-)
19 comments:
Post a Comment