Rindu Tahap Kronik

Salam buat semua,


Lagi dua minggu bermulanya cuti sekolah term 1, kemudian term 2 akan menyusul. Sedar tak sedar anak-anak pun semakin meningkat dewasa, kalau dulu dua orang sekali boleh ku dukung, sekarang nak dukung si Anis pun dah tak larat... (berat gak si Anis ni,hehe).  Rasa macam baru semalam je melahirkan mereka, laaa ni dah besar panjang pun depa semua. Kakak Mizah dah mula pandai bergaya, nak macam-macam eg. hair straightener ler, dress ler, bila part pilih kasut pun dah agak cerewet,  yang Akak Azi pula dah pandai belek-belek gelang (charm) dengan cincin dan yang si kecik pula pun dah pandai memilih baju yg mana nak dibeli (kalau bawak dia pergi kedai baju memang pening dibuatnya...adeiiii).


Kini dah tiga tahun lebih kami bergelar perantau, kalau dulu masa mula-mula sampai di sini Anis (2 tahun 3 bulan) masih memakai lampin, menyusu badan dan cakap pun hanya beberapa patah perkataan, tapi sekarang dah tak larat aku nak layan dia cakap. Azi  (5 tahun) pula masa tu cakap pun masih pelat-pelat lagi, tapi sekarang kalau dia speaking English hanya 50% yang aku faham.. sebab loghat NZnya kuat sangat, dan Kakak Mizah(8 tahun) pula kalau dulu bila time pergi playground dialah yang paling happy sekali, tapi sekarang dia lebih rela duduk dalam kereta dari bermain buai atau gelongsor.  Kadang-kadang aku rasa rindu zaman bayi mereka... tapi inilah hakikatnya, masa terus beredar, usia terus meniti.





Wajah-wajah tiga tahun lebih yang lalu... rindunya nak cakap pelat dengan mereka semua :-)






Nur Hamizah seorang anak yang pemalu






Nur Hazirah seorang anak yang peramah






Nur Hanisah seorang nak yang manja






Moga anak-anak ibu membesar sebagai anak yang berjaya dunia dan akhirat.



Entri tambahan ~Terima Kasih Mak Cik Siah~


Cantikkan telekung solat mereka, telekung yang dibawa dulu semuanya dah tak muat + buruk. Nasib baik sahabat maya kami, Mak Cik Siah dan anaknya, Diyana hadiahkan telekung ini buat anak-anakku.


Selautan terima kasih kami sekeluarga ucapkan buat Mak Cik Siah dan Diyana, moga Allah terus melimpahkan rezeki buat kalian sekeluarga... ameeeeeennnnn.  Anak-anak semua amat suka memakai telekung ini kerana amat selesa dan buatannya juga amat kemas. Harganya pun sangat murah dan kualitinya amat bagus, aku sangat berpuas hati dengan hasilnya. Kalau kita sanggup berhabis untuk dress yang mahal-mahal, apa salah kita berbelanja untuk tukar tudung yang ada kan. Jemput-jemputlah jengah blog mereka di sini.


p/s: tak sabar nak tunggu anak-anak balik dari sekolah, tiba-tiba rasa rindu tahap kronik pada mereka... uwaaaaaaaaaaaaaaa.