Huargggghhhhh... lega yang amat sesangatnya sebab agen rumah sewa aku dah buat inspection. Mana tak leganya, sistem rumah sewa di sini bukan macam Malaysia, dahlah nak masuk rumah banyak sangat cekadaknya, lepas dah masuk setiap enam bulan (malah ada agen yang buat inspection setiap tiga bulan) mesti datang nak check. Tahu je ler bila ada tiga orang anak ni, rumah kalau tak macam tongkang pecah tak sah (salahkah anak jugak.. padahal maknya yang malas nak kemas...hehe).
Bagi mereka yang masih tak baca entri aku yang lepas iaitu tentang bagaimana sistem menyewa rumah di New Zealand ni, meh klik ini dan ini. Semoga sedikit perkongsian di bumi Auckland ini dapat membantu mereka yang akan berhijrah atau menetap di sini kelak.
Aku copy paste sedikit ayat dari entri lama aku:
"Rumah-rumah sewa di sini kebanyakannya dijaga dan diuruskan oleh agen-agen rumah yang berdaftar, landlord akan bayar upah kepada agen untuk menguruskan rumah sewa mereka (termasuk bayaran sewa). Sebab tu kawasan rumah di sini sentiasa bersih + cantik, sebab dijaga oleh agen ni.. malah ada agen yang tidak membenarkan penyewa menyidai baju di luar.. kena sidai dalam rumah "
Kalau nak cakap pasal harga sewa rumah kat Albany ni memanglah tersangat mahal yang teramat..amatnya.. (marah Cikgu BM aku..hehe), dah ler sewa mahal, pastu kena bayar cagaran lagi (bond). Kalau kita nak keluar dari rumah sewa ni, cagaran tu akan dipotong andai ada kerosakan semasa dalam kita menyewa... so, jangan harap ler nak tebuk-tebuk dinding ke atau nak gantung-gantung frame tu. Kadang-kadang fikir, kejam juga sistem sewa rumah kat sini. Tapi bila direnungkan kembali (hehehe... macam refleksi dalam buku Rancangan Harian Mengajar pulak) bagus juga sistem ni, sekurang-kurangnyanya penyewa takde ler senang-senang hati nak buat pedajal kat rumah tu.
Satu lagi sistem sewa rumah kat sini, bayaran sewa ialah melalui potongan akaun bank, maka takde ler hutang tertunggak sampai berbulan-bulan lamanya tak bayar sewa (sepatutnya Malaysia kena buat sistem macam ni.. baru ler takde yang lari dari bayar sewa rumah). Nak menyewa pun kena ikut kepala, rumah 2 bilik hanya untuk maksimum 3 kepala jer. Alasan mereka, rumah yang kecil tak sesuai untuk perkembangan anak-anak (yang ramai) + tuan rumah takut rumah mereka kotor. Begitulah para hadirin dan hadirat sekelian gambaran kasar budaya hidup kat sini.
Berbalik pada tajuk di atas, sebelum agen nak datang check rumah, depa ni akan bagi surat dulu, kemudian setelah selesai membuat inspection surat susulan akan diposkan kepada penyewa. Maka nak dijadikan cerita maka seharianlah aku dan cik suami tercinta mengemas sakan.. dan Alhamdulillah agen berpuas hati dengan hasil kebersihannya... yeeeehhhhaaa.
Inilah surat sebelum dan selepas yang telah kami terima...layaannnnnn
Sekian sahaja dari saya yang melaporkan.. sekadar catatan apa yang terzahir dan pengalaman dari kami di bumi rantau, mana yang baik ambillah.. mana yang tak elok campak tepi lombong.. wallahualam.
36 comments:
Post a Comment