Hujan Rahmat

Pada ketika New Zealand sedang mengalami musim panas (summer), Malaysia pula dilanda musim winter@hujan. Berita mengenai banjir saban hari menjadi topik perbincangan, malah di wall FB aku juga ramai rakan-rakan di tanah air yang memuat turun gambar banjir dikawasan mereka. Selama enam tahun aku bermastautin di Kuantan dulu belum pernah lagi aku mengalami pengalaman banjir di bandar Kuantan, tapi semalam dapat berita bandar Kuantan dilanda banjir kilat, risau juga memikirkan rumah kami di Kuantan sana, moga-moga tak kena banjirlah hendaknya..ameeeeeennnn.


Sebut tentang musim hujan ini, semua dah sedia maklum bahawa Malaysia ni beriklim khalutulistiwa iaitu lembab dan panas sepanjang tahun (cehhh... jadi cikgu Geografi ler pulok), maknanya hujan tu bukan hanya di musim tengkujuh je turunnya. Jadi apa yang aku nak habaq dan kongsi pengalaman anak rantau kat sini, pernahkah anda sekelian melihat situasi ini di Malaysia... jom layan gambar di bawah...







 Gambar-gambar  tangki air (di rumah dan stadium) yang kami rakam ketika bercuti ke Waiheke Island Ahad lepas.



Apakah yang dapat anda simpulkan daripada gambar di atas (hahahaha, poyonya ayat aku ni). Haaa, kalau nak tahu sesetengah kawasan di New Zealand ini menggunakan air hujan sebagai sumber utama bekalan air paip mereka, mereka akan menyimpan air dalam bekas seperti gambar di atas. Kemudian adalah penapis dan bahan antiseptik untuk membunuh kuman yang diletakkan di dalamnya.  Bagusnya sistem ni, pertama jimatlah duit untuk bayar bil air, kedua memanfaatkan sumber semulajadi untuk kegunaan harian, ketiga mengamalkan amalan berjimat cermat ketika menggunakan air.. maklumlah hujan bukan setiap hari turun dan keempatnya bak kata Nabil Raja Lawak..lu fikirlah sendiri, hehe.


Tapi yang tak bagusnya sistem ni, setiap kali musim summer menjengah, depa mesti tak suka sebabnya hujan jarang turun jadi bila bekalan air habis mereka terpaksa membeli air dan dengar khabarnya ia amat mahal.. wallahualam. Apa-apapun setiap perkara ada baik dan buruknya. Pendapat peribadi aku mungkin cara begini sesuai diaplikasikan di New Zealand sebab negaranya yang bersih, kurang pencemaran maka hujan yang turun pun taklah tercemar sangat. Andai Malaysia ler buat lagu ni mahu setiap hari ada sahaja yang kena cirit birit pulak..hehe, tapi apa-apapun hendak seribu daya taknak seribu dalih....betul tak?

50 comments:

ucualong said...

achie said...

Wak Gelas said...

ucualong said...

siti murni said...

zaitun said...

ucualong said...

ucualong said...

yui said...

ucualong said...

Wak Gelas said...

ucualong said...

ucualong said...

al-lavendari said...

marini kasiran said...

ucualong said...

ucualong said...

ucualong said...

ina said...

oyis08 said...

nieda said...

irfa said...

IntaNBerliaN said...

ucualong said...

Azieazah said...

ucualong said...

Wak Gelas said...

siti murni said...

fiza said...

ucualong said...

yui said...

Wak Gelas said...

ucualong said...

ucualong said...

ucualong said...

al-lavendari said...

ucualong said...

ucualong said...

ucualong said...

ucualong said...

ucualong said...

ucualong said...

oyis08 said...

nieda said...

irfa said...

noen said...

ucualong said...

ucualong said...

ucualong said...

Rosalizadd said...