Wah, tajuk bikin panas seyhhhh. Jangan bimbang blog ini bersih dari unsur-unsur politik...:). Sebelum aku kupas tajuk di atas dengan lebih lanjut, aku nak tepek kat sini dua komen dari entri ini.
Kali ini apa yang aku ingin kongsikan ialah budaya politik di sini. Sabtu lepas (26 November) telah berlangsungnya pilihanraya di New Zealand, dan pada Sabtu lepas juga sempat aku sekeluarga meronda-ronda dikawasan Auckland ini untuk melihat kemeriahan dan kekecohan kalau ada di kawasan tempat undi. Tapi apa yang memeranjatkan aku, tiada langsung kekecohan ataupun perayu undi yang duk sibuk merayu menakutkan orang ramai seperti di Malaysia. Keadaan pilihanraya di sini sangat aman dan sungguh bersih.
Tetapi apakah yang bersih itu? Bersih di sini bukan seperti BERSIH di Malaysia, bersih di sini memang bersih secara hakiki. Kalau tak percaya jom layan gambar yang sempat aku snap semasa hari pilihanraya berlangsung...
Haaa, bersihkan.. ada tak tergantung apa-apa banner atau bunting atau poster-poster di tembok-tembok berapa banyak atau daaaa.... takde kan. Kalau begitu bagaimana parti politik di sini nak tarik pengundi memangkah parti mereka? Kalau nak tahu di sini pun ada papan tanda parti-parti politik, saiznya separuh daripada saiz banner yang selalu digunakan di Malaysia, dan itulah poster mereka.. ringkas, mudah dan tak bersepah. Kalau nak tahu mereka juga mengamalkan amalan debat terbuka secara langsung di tv dan ia sungguh profesional dan bersih.
Jadi apa pendapat anda? Adakah politik kita cukup bersih? Sekadar perkongsian di bumi rantau, mana baik ikutlah, mana buruk buatlah penambahbaikan.
59 comments:
Post a Comment