Bukan main gigih aku sekarang mencari bahan cerita tentang negara New Zealand ni. Maklumlah bulan Januari ni cuti tanpa gaji aku dah tamat (tapi aku sedang mohon untuk dilanjutkan), dan tak sampai setahun lagi kami tinggal di negara Kiwi ni.. tu yang sekarang ni tukar profession jap jadi penyiasat...hehe.
Jadi cerita aku kali ni ialah tentang posmen di sini. Kali pertama aku menjejakkan kaki ke sini dahulu, aku memang sangat kagum dengan depa ni.. ye ler mana taknya dah lah kawasan tempat aku tinggal ni berbukit bukau, mereka boleh dengan selambanya naik basikal menghantar surat dari satu rumah ke rumah yang lain.
Aku bercerita ni berdasarkan pengalaman aku selama menetap dikawasan Auckland ni... tak tahulah aku bagaimana keadaannya di tempat lain, jadi kalau fakta tu bercanggah dengan tempat lain... ianya bukan salah aku ye... sebab aku berkongsi pengalaman atas apa yang aku nampak dan alami sepanjang hampir tiga tahun aku di bumi Auckland ni.....
Ok berbalik pada tajuk di atas... alkisahnya dah lama sebenarnya aku nak berkongsi cerita ni. Tapi bila jumpa posmen mesti dah terlepas, takpun kami lupa bawa kamera atau handphone untuk snap gambar mereka. Nak dijadikan cerita, kelmarin aku ikut cik hubby pulang CD yang kami sewa.. tuptup nampaklah kereta posmen ni... apalagi senyum memanjang ler aku dengan cik hubby sebab posmen tu parking betul-betul sebelah kami (rezeki....)
Kalau nak tahu posmen di sini akan bawa basikal di belakang kereta mereka, kemudian mereka akan port kereta mereka dimana-mana dan mereka akan memulakan tugas menghantar surat-surat dengan berbasikal. Kalau ler di Malaysia buat lagu ni... mahu sebuah dua rumah dah basah ketiak dengan peluh.....
Inilah basikal posmen NZ
Mereka mula menjalankan tugas... dan inilah pakaian posmen di sini.
Cik hubby menemuramah posmen di sini..hehe (sempat lagi tu)
Seksi tak posmen di sini...hehe. Ni sebab sekarang tengah musim summer, tu yang agak seksi.. kalau musim sejuk takdenya pakai lagu ni.
Kata cik hubby, bila tengok posmen di sini, teringat pula zaman kecil dahulu.... nak tahu kenapa.. jom layan gambar di bawah.
Inilah basikal posmen Malaysia zaman dahulu kala..(Sumber gambar dari blog ini: nostalgiabasikaltua.wordpress.com )
Jadi aku rasa sebenarnya beruntung sesangat posmen Malaysia ni.... mereka ada motor, tak perlu nak naik basikal macam dulu-dulu (walaupun sebenarnya naik basikal lebih bagus untuk kesihatan dan tidak memerlukan bahan api yang boleh mencemarkan alam sekitar). Apa-apapun.. untung-untung juga namun keselamatan perlu diutamakan.... jom layan youtube di bawah......
Apa kata anda?
13 comments:
Post a Comment