Sekadar Perkongsian - Mana Yang Baik Ambillah (Sistem Sekolah)

"Ibu jom kita ronda ambil gambar kawasan sekolah " Kata cik hubby di suatu pagi.. "jom, boleh juga dikongsikan dalam blog nanti", aku membalas.

Selepas siap sarapan aku pun apalagi terus capai kamera, kalau nak diikutkan pada hari tu (ahad lepas) aku masih demam, tapi sebab excited punya pasal nak cari bahan kes (ceh.... macam CSI pulok), aku pun menggagahkanlah diri yang tak seberapa nak gagah ni.

Kadang-kadang risau juga takut ada yang tak setuju dengan apa yang aku tulis ni, tapi ini sekadar perkongsian pengalaman aku di sini, terpulanglah pada pendapat masing-masing, bak kata aku dulu tak salah kalau nak copy paste budaya yang baik di sini.

Oklah puas dah membebel, tekak pun naik kering ni, jadi meh aku nak tunjuk hasil tangkapan aku ni.... layannnnnnnn.

Oteha Valley School

Glamorgan School

Torbay School

Sherwood School

Northcross Intermediate School

Pinehill School

Kalau nak tahu semua gambar di atas aku snap di pintu utama sekolah. Semua sekolah yang berkenaan tak jauh dengan rumah kami, tu yang boleh snap sampai 6 keping gambar di sekolah yang berbeza.

Apa yang aku nak share di sini ialah, sepanjang pengalaman aku sebagai seorang guru di Malaysia dahulu, setiap kali sambutan apa-apa majlis mesti banner tak tinggal, yang sedihnya banner berkenaan kebiasaannya hanya sah laku untuk majlis tersebut sahaja.. tak boleh recycle semula sebabnya biasanya tarikh dan perasmi dah tertulis di dalamnya. Di sini pembaziran telah berlaku, akhirnya banner tersebut ke tong sampah ler jawabnya :(... (mood sedih) 

Kalau semua nak tahu, sekolah di NZ ni beginilah rupa bannernya (dalam istilah lain mereka tidak menggunakan banner)... papan tanda yang boleh digunakan bertahun-tahun lamanya, huruf yang boleh dikitar semula bertahun-tahun lamanya pada tak kira apa jua majlis atau makluman yang ingin disampaikan. Tiada pembaziran berlaku, malah aku rasa ia lebih efektif kerana tempat letak papan tanda ini di pintu utama dan para penjaga sudah sedia maklum letaknya, jadi apabila mereka hantar anak ke sekolah pasti perkataan yang tertera di papan tanda ini dibaca dahulu.

Kadang-kadang apabila sekolah berkenaan memenangi sesuatu pertandingan (tak kiralah peringkat apa sekalipun), pasti ayat tahniah beserta nama pelajar yang berjaya tertera di situ. Bagi aku secara tak langsung ia akan menaikkan nama sekolah berkenaan disamping menghargai usaha pemenang tersebut (kalau aku ler jadi keluarga pelajar tersebut, mesti bangga dengan pencapaian anak aku).

Seperkara lagi, seperti semua sudah sedia maklum bahawa dua minggu lepas pasukan All Blacks ke final, pada masa itu rata-rata ayat wish good luck tertampal pada setiap papan tanda di sekolah-sekolah NZ ni. Barulah semangat kesukanan dapat dipupuk sedari bangku sekolah lagi.

Jadi kesimpulannya, pendapat peribadi aku... alangkah baiknya andai sekolah-sekolah di Malaysia dapat meniru sistem ini. Bahkan bukan sekolah sahaja boleh mempraktikkan sistem ini, mungkin di jabatan-jabatan kerajaan, swasta atau apa-apa je ler yang rasanya selepas ini tak perlulah buat banner lagi.

p/s: sori ler karangan aku ni skema sikit.. maklumlah pegawai CSI kan... kihkihkih






Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut

28 comments:

HappyIrfa said...

org tua penah berkata
'buang yang keruh ambik yg jernih'
atau
'yang baik jadikan tauladan yg buruk jadikan sempadan'.

itu lah dia maksudnya..tak kisah dr barat ke dr planet mana pun..
ambik yg elok je.

kakcik said...

Memang banyak berlaku pembaziran bila bercakap tentang banner/bunting di Malaysia ini. Termasuklah yang dibuat oleh parti2 politik untuk mengalu2kan seseorang mahupun sesuatu acara! :(

Mario said...

setuju klu buat cenggini...kat sini... faham2 jela...nnt tak bule pulak nak ejas...ekeke

Yan said...

Salam kenal..

betul tu.. yg baik why not kita ikut..

org sekarang pun kawin sibuk buat banner. habiss sekampung tu..

fieda said...

ye la nida..bagusnya konsep yg dorang amalkan...

EmbunRosaliza said...

Assalam Nida, mmg kat mesia ni banyakkk sikit berlaku pembaziran, tak kira kat dimana2 saje, banner merata2, setiap perayaan pun gitu, byk la yg tergantung tepi2 pagar. Kalo buat mcm ni kan elok je tak membazir

Syieda_Joy™ said...

betol tu akak..sokong2!! ^_^

haha..kat cini sbnrnya berlaku terlalu banyak pembazir.tambah2 waktu mengundi.. bersepah tepi jalan pas mengundi. yang nak gantung ramai, nak kemas...? hurmmmm...

Oyis said...

betul kata kak nida. lg satu, kalo wish publicly, setiap org yg baca pon jd mendoakan kan? so x mustahil lah kalo All Blacks menang sokmo :)

papan tanda ni bagus. di UK pon x ada ni. masih lg pakai banner kertas, yg budak2 buat sendiri, tp at least x lah membazir ratus2 print banner besar2 full-colour mcm di tmpt kita.

fieda said...

kite dok balik beseroh nida raya ni sbb mok naik kl..saje dia nak beralih angin la pulok...Nida,bile la agoknya kan kita dapat jumpe...Bila balik msia..??

ummu said...

salam Nida
wah bagusnya idea ni.
boleh tak akak kongsikan pengalaman Nida di blog educational akak?(bukan yang akak link di blog peribdi akak ni).
Nida, adakah Nida pernah sekolah di SMAKJ ye?sbb cam familiar je...
salam aidiladaha untuk Nida di sana.

cemomoi said...

buat banner sokmo masyuk

yang tak masyuk, kita yang kutip banner tu lepas tu buat tutup keta

siti murni said...

betul kak nida...alangkah bagus nya kalau sekolah kat malaysia ni boleh buat yang sama...
senang ada signboard macam ni...tak la terlepas apa-apa event atau program...

Zaitun said...

Satu cadangan yang baik,tak salah kalau kita tiru benda yang elok tak kiralah dari mana atau dari siapa.

jemarisuri said...

nida, maybe blh bawa balik utk digunakan di negara tercinta...

kalau yg baik apa salahnya kan..


thanks for info, semoga akak berjaya trip ke bumi NZ next year dgn selamat. insyaallah..

Myra Jay said...

Itula kan kak, memang membazir buat banner tu semua kalau akhirnya ke tong sampah..

Izan Ishak said...

betullah kak nieda. tak salah tiru benda yg baik kan. lagipun banner bunting kat sini bukannya murah..last2 mmg tong sampah tempatnya.

alimaz kembara terasing said...

kenapa kita tak nak ikut yang baik2 tu....

Hamizah said...

sama juga kat Oz suasananya..
nak bina satu banner bukan murah..

al-lavendari said...

setuju sangat .. tak berapa lama dulu saya juga ada buat entri tentang banner dan poster yang beribu-ribu banyaknya semasa lawatan TPM ke Seremban. sampai sekarang pun banyak yang tak dibuka lagi.

ummu muhammad said...

kak nida bagusnyeee..Allah beri kesempatan pade akak sekeluarge utk dikongsi bersma..tq!

ukhuwwah berpanjangan..sayang kerana Allah!

p/s: feelinye nk tulis komen ni..syahdu je hati rase best!;)

CuTeMiUt78 said...

yup.. setuju ngan konsep diaorg ni

LadyBird said...

alangkah baik kalau budaya ini diambil jadikan budaya kita.. :).. ni br dipanggil konsep recycle.. :D.. xde pembaziran berlaku..

Nisa Greennnpanda said...

bgusnye tiap skool ade notice board nye sndri..mmg useful la..

mekchu said...

kak, papan tanda mcm tu tak bleh letak gambar kak.. sebab itu lahh..... (sila sambung ayat)

SeputihSalju said...

ok jugk cmtu kan..sekurang2nya boleh jimatkan byk benda, terutama wang ringgt..ank kak blaja sana ker?? bestnya..:-)

tiefazatie said...

btol la sis..bagus gak dorg wt gini..xmembazir nie..mmg dr dulu mmg style gini kan..klu tgk cte2 english tue..mmg gini la..

IntaNBerliaN said...

wah.. mmg baguslah sistem ni.. betoi tu kak nida.. sy stuju dgn pendapat akak..

wan nurul hezrina said...

gaknya malaysia tak bayangkan ker ek sisitem sekolah mcm nie.kalau diusulkan bleh kot kak.sbb mesti menjimatkan duitkan?nie mmg membazir kalau setiap kali event kena wat banner baru.rugi kos bahan=)kalau ada cara terbaik apa salah ek guna..k jo lagi nak tepon PM malaysia dato najib.hehe