Wah suspennya tajuk.... hehe, agak-agaknya apalah dalam pemikiran pembaca ye. Oklah baik aku cepat jelaskan, kang ada pula yang fikir aku ni dah berisi (memang pun, hari-hari isi nasi..hehe).
Hari ini genaplah sebelas tahun aku naik pelamin bersama cik hubby, tapi nikahnya pada 21 Mei cuma naik pelamin je pada tarikh 28 Mei. Hari ini juga adik aku akan melangsungkan perkahwinan bersama pasangannya, Azri b. Adnan dari Kluang, Johor.
Hari ini aku sangat jeles kerana cik hubby dapat makan nasi minyak pengantin sebab beliau masih di Malaysia, dan hari ini aku nak buat mogok lapar maka maggi menjadi menu aku tengahari ini (alkisahnya sebab aku malas nak masak..hehe).
Buat adikku yang bernama Hasniza bt. Muhammadon, Along doakan moga kalian berbahagia sehingga ke hujung nyawa, moga rumahtangga yang dibina diberkati dan dirahmati oleh Allah, dan dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah..ameeeeeennnnn.
Tak lupa juga pesanan buat cik Hanafiah, kalau makan nasi minyak tu ingatlah kami di sini ye... makan tu berpada-pada ler sebab takut diameter seluar bertambah... diameter hidung bertambah ok lagi.....hahahaha (gurau je ek kanda)..:)
Adikku, Hasniza@Jaja bersama bonda tercinta kami, Rohani bt. Hj Ibrahim di hari konvokesyennya
Semoga jodoh berpanjangan selagi nasi berdenyut, ameeeennnn..:)
Tiba-tiba hari ni datang idea nak buat soalan cepu emas, soalannya berbunyi begini (chewaaaah.. macam kuiz Bahasa Melayu pulak)..
1. Cuba teka adik aku yang ke berapa yang berkahwin pada hari ini
2. Siapa tahu aku ada berapa adik beradik (hentam je kalau tak tahu)....
Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut