Bikin Ana Fenin lahhhh


Mana tak peningnya, aku ni cikgu.. rasanya setakat yang aku ajar budak-budak mesti ada jawapan bagi setiap persoalan.. tapi kali ini, aku terpaksa menyerah kalah... nak tahu awat jadi lagu tue.. meh aku cerita..



Kes Pertama:
Siang malam si Anis selalu duk mengadap cerita Dora tanpa bosan dan jemu, akhirnya terungkap bicara yang begini bunyinya....

(sambil merengek)
"Ibu... Anis taknak jadi orang, Anis nak masuk tv jadi kartun macam Dora...best.... please ibu..please". Aku pun jawab ler "Ish mana boleh, Dora tu kartun mana hidup", Anis pun membalas balik "Anis tak nak hidup, Anis nak jadi kartun"......hmmmmmmmm, ada jawapan??????

Kes Kedua:
Sejak akhir-akhir ni Anis kerap tengok video lama semasa dia baby lagi, lepas habis, diulangnya semula.. maka inilah hasilnya..

"Anis taknak besar! Anis nak jadi baby semula... ibu bila Anis boleh jadi baby semula macam dalam video tu.. bila bu? Bila?".. pastu setiap kali bangun mesti dia akan merengek bila melihat badannya masih tak berubah jadi baby... adussssssss... ibu naik fenin daaaaaaa.....

Kes Ketiga:
Sekarang ni aku sudah menjadi seorang wanita yang paling bersopan santun dan lemah lembut dalam dunia, mana taknya bila aku marah atau naik suara sikit (sikit jer pun) , Anis mulalah bersuara "Anis tak suka suara ibu macam tu, macam tak happy jer. Anis nak suara ibu lembut baru nampak happy".. ayoyoyo... terpaksa ler aku hipokkrit, padahal dalam hati Tuhan sahaja yang tahu aku teramat marah yang amat sangat padanya.. (ini kes selalu buat sepah ler).

Haiiii anak, dikaulah madu dikaulah racun.. telatahmu kadangkala buat ibumu ni pening nak menjawab... ada idea tak bagi persoalan diatas?????


Inilah mutiara hati kesayanganku
Pengikat kasih ibu dan abah
Semoga kebahagiaan mengiringi selalu
Cabaran dan ujian dihadapi tabah...

Dikaulah penawar dikala duka
Penglipur lara pengubat hati
Rajinlah belajar janganlah leka
Tingkatkan usaha kejayaan menanti..


alam Bersambut, Ukhuwah Bertaut

13 comments:

en_me said...

Anis nk adek baru tewww.. ehehe, volleee ibu kanns..

siti murni said...

hehehe...betul jugak tu kak nida..nasib baik anis tak mintak adik baru...hehe...laaaaagi pening akak nak jawab nanti..
hehe..biasalah kak..budak semakin nak besar tu..banyak aje lah soalan-soalan dia yang memeningkan kepala mak ayah kan....pandai2 lah akak gunakan kebijaksanaan psycho akak tu ea..hehe...

Zue AnnaLeeya said...

bdk2 mmg gitu nida...
kdg2 kita tak tau nak jwb aper kan???

Zura said...

budak2 kita x expect soalan atau pemikiran drg kan kak..sweet je kes yg ke 3 tue...

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

soklan mereka wat nka bg jawpaan mcm mati dah soklan tue...
xder jawapan...
hahaha...
btw...
sgt lawa pic...

Hamizah said...

haha..soalan no dua tu dia bg hint..nak bb lg..

mamawana said...

Assallam,

Hehe... jgnkan Anis, mamawana pun kekadang rasa nak jadi kartun cam dlm tv tu, kengkadang rasa nak jadi baby semula tak besar besar...wohohoho...

Bgn pagi2 dgn rasa sihat whoaaahhh bestnya dpt gi jogging, dpt gi opis, paling bestnye dpt shopping guna duit sendiri (kalu duit org dia ungkit balik), bestnyer dpt jalan2 makan angin....bestnya bila besar, dewasa, kawen now nak tunggu anak habis degree, anak kawen, anak emak amik PhD then dpt cucu.... eeeuwwww

Nadiah Sidek said...

hahaha..kelakar la anis ni. nadiah takde idea la kak nak jwb apa. hee~

lina said...

hahaha...maksu...anis ni bijak ni.....bila baca kes ketiga mmg paling lawak...hehehe

Ardini Humaira said...

ololoooo nak jadi dora ye :D

cemomoi said...

kompom takleh jawab

Chik Na said...

tergelak baca N3 ni... yang no 3 tu lebih kurang sama yang sufia rungutkan pada chik na.. chik na pun selalu naik angin bab sufia buat sepah-sepah nih

Kadang soalan dari anak-anak ni memang selalu buat kita penin kan??? sampai tak tau nak kata apa dah

ASaDa RyutaRo said...

nak jadi kartun pulak dah. macam2.. kena kurangkan tengk kartun gamaknya. kena tengok cerita yang bermotivasi sket..