Semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah harapan.

Ya Allah kuatkanlah semangatku, tabahkan hatiku dalam menempuhi dugaan perpisahan ini. Walaupun sebentar cuma, namun ia sarat dengan kerinduan yang tidak tertahan dek badan.

Sudah seminggu lebih suamiku berada di tanah air, beliau terpaksa pulang ke Malaysia selama tiga minggu atas tujuan researchnya. Bukanlah aku tidak biasa menguruskan anak-anak sendirian, namun sejak akhir-akhir ini terlalu banyak perpisahan yang berlaku dalam diri ini, menyebabkan airmata ini terlalu murah harganya.

15 Mei, suamiku pulang ke tanah air, diikuti dengan salah seorang keluarga (Dina) yang balik ke Malaysia for good pada 20 Mei, dan yang terbaru pada 25 Mei satu lagi keluarga (Kak Jun) balik ke Malaysia for good. Kini Albany semakin sunyi... sunyi sepertimana kami mula-mula sampai dahulu, bertambah dengan keadaan cuaca yang semakin sejuk, membataskan pergerakanku untuk keluar maka terperaplah aku di dalam rumah. Bila keseorangan mulalah kerinduan menjengah.

Dulu semasa keluarga Kak Asna dan Cik Adnan pulang ke tanah air, aku masih terasa kehilangannya sehingga kini, kerana anak-anaknya begitu rapat dengan anak-anakku, kemudian apabila keluarga Dina pulang aku mula teringat keletah anaknya Ziqr kerana sejak dari baby aku mengasuh Ziqr sehingga umurnya setahun lebih, dan pada Selasa lepas, apabila keluarga Kak Jun dan suaminya abang Shukor pula pulang aku mula rasa terlalu sunyi kerana keluarganya terlalu rapat dengan anak-anakku malah mereka menganggap anak-anakku seperti anak-anak mereka sendiri.

Minggu pertama semasa suami tiada, setiap malam si Anis menangis rindu pada abahnya, setiap pagi mula anak keduaku menangis.... kadang-kadang tak sampai hati aku lihat mereka yang sedang rindu pada abahnya, namun apakan daya.......


Keluarga Kak Asna yang kami anggap seperti adik beradik kami sendiri. 

Ziqr dengan telatah dan kecomelannya yang menyebabkan aku sentiasa mengingatinya.

Kak Jun dan abang Shukor yang terlalu banyak berkorban demi anak-anakku...kau ku anggap seperti kakakku sendiri ..


Pesanan buat mereka di luar sana, hargailah persahatan yang tertinta selagi mereka masih ada kerana apabila perpisahan tiba kita tidak tahu bilakah pertemuan semula akan berlaku, adakah tidak akan bertemu semula????






Salam Bersambut, Ukhuwah Bertaut

14 comments:

azieazah said...

Salam NIDA.
Moga baik-baik saja di sana.

Benar, bila kita berjauhan dari keluarga, hanya jiran dan sahabat yang menjadi peneman kita paling setia. Bila mereka pula menjauh tentulah rindu itu susah nak digambarkan dengan tulisan atau kata-kata.

Jika sunyi, buatlah sajak banyak-banyak NIDA.

Moga NIDA sekeluarga dilindungi di sana.

zue said...

alahai nida..sedihnya dgr..bila kwn mula pulang ke kg halaman.

hujan emas dinegeri org lebih baik lah hujan batu dinegeri sendiri.

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

persahabatan yg baek seharusnye dijaga sebaek nye...

Izan Ishak said...

kak nida, izan yg baca pun sedih. apalagi akak yg mengalaminya sendiri. setiap pertemuan pasti ada perpisahan kan....tak mo sedih2 tau kak!

Kak Rosaliza said...

assalam nida..m0ga tabah ya menghadapi kehidupan di rantau...berpisah seketika sahaja ok lg tu...dan ngan jiran2 n kwn2 tu, insyallah jumpa lg tu

Ena said...

salam kak nida..

alahai.. syahdu plak n3 akak ni.. moga terus tabah harunginya kak..

cemomoi said...

bertemu dan berpisah suatu janji yang telah termetri

Zaitun said...

Salam Nida... semoga sihat hendaknya.

Kak Zai dapat rasakan perasaan Nida sebab kak Zai telah melaluinya.Amat pedih bila berjauhan.

Mario said...

laa...kesian eh...untuk masa depan, kene le berkorban ek...
err...ke sebab mak dia nangis...budak2 ikut sama?huhu

maiyah said...

assalam..

hadapi dgn snyum.. perpisahan yg pasti akan ketemu ;)

Oyis said...

sedih plak baca. especially bila di plymouth pon kami tggal serdak2 terakhir je ni. by next yr, dah bakal balik semua postgrad melayu.

saya ingat cuaca pon memainkan peranan yg sgt penting dan affect mood. kalo nak masuk winter mmg lebih terasa emo, rindu and depressed nya lebih. kalo summer, masih gagah lg bertahan... hang in there kak nida. moga terus tabah

Ummi Hanie said...

Salam Nida ...

mak sy pun cerita masa dia kat London dulu ... masuk je musim sejuk , malah autumn pun dah mula rasa sedih ... maybe sbb suasana nye kan ... tambah lak family Nida dan shbt baik dah pulang ke tanahair...sabar ye Nida ... Skype ade ;)

ummu said...

assalamualaikum Nida
semoga Nida sekeluarga tabah dan selamat di sana. Sayu pula akak membaca coretan Nida ni.
benra, hargailah ikatan sebuah persahabatan.kerna ia lebih mahal dari intan permata di dunia ini

Chik Na said...

memang sedih tapi kena kuatkan semangat.. lagipun tak lama cuma 3 minggu je Nida.

Chik Na ni kadang sampai 3 bulan tak jumpa.. tapi we are very lucky now ni technology dah canggih..kalau nak hari-hari boleh video call..