Kau Yang Teristimewa............


Dulu masa aku pergi interview untuk masuk KPLI ada satu peristiwa yg berlaku yg aku akan kenang sampai bila-bila. Turn aku masuk bilik temuduga masa tu lambat lagi..kira aku ni orang yang hampir terakhir le....masa tu sorang2 keluar dari bilik temuduga..muka masing2 macam upset je.. Aku pun tanya susah ke soalan, setiap orang yang aku tanya semua kata susah, ada yang kena tanya Falsafah Pendidikanlah...Piagam Pelangganlah, KPM lah, Wawasan 2020 lah...terduduk jap aku bila dengar mereka bercerita....
+/- Nak tahu kisah selanjutnya...silalah klik sini

Nak dijadikan cerita, tibalah turn aku... (ketor ni)...aku pun memperkenalkan diri dengan muka yg amat confident + cute lagi (cehh perasan)..entah macam mana aku boleh masukkan ayat ni "Saya mempunyai 10 orang adik beradik dan salah seorang daripada adik beradik saya Down Syndrome".....aku pun tak tahu kenapa aku boleh terkeluar ayat tu... Interviewer pun tenung muka aku dgn tajam sekali...lantas bertanya kepadaku (macam ayat novel daa)..

"Bagaimana kalau adik awak tu kita hantar ke pulau yg mana semuanya Down Syndrome macam dia, kita sediakan tenaga mahir untuk melatih mereka di pulau sana, jadi takdelah orang boleh kacau mereka"....masa tu aku terus terkenang adikku Aishah, aku tertunduk ke bawah... "aik, tadi bukan main lagi awak bercakap macam orang politik...sekarang kenapa tiba2 macam sedih je" ..."Saya terkenang nasib dan masa depan adik saya..saya tak setuju kalau dihantar ke pulau, mereka juga punya hak untuk bercampur dengan sesiapa sahaja, cuba tempatkan diri kita di tempat mereka" masa tu Tuhan je yg tau betapa sedihnya hati ini dan hampir menitis airmata aku, terdiam jap mereka (takut aku nangis kot :-) ) "Bagus...awak punya sifat empati, ciri yang perlu ada bagi seorang guru"....pastu mereka pun tanya pasal apa itu Down Syndrome, mcm mana boleh jadi gitu (mentang-mentanglah aku ni nak amik KPLI Sains)...aku pun terangkanlah macam gaya orang nak jual ubat lagaknya... hehe ...Alhamdulillah kira oklah, takdelah tanya falsafah ke, piagam pelanggan ke, wawasan 2020 ke..... rezeki aku...

Bila aku terkenang kisah tu, aku mesti teringat adikku Aishah...kisah dia banyak membantu aku dalam temuduga KLPI dulu...Aishah, Along rindu sangat kat Aishah....
(ku letakkan diri di tempat mereka....tercipta madah dari lubuk hati yg dalam..hayatilah...)
Andai aku menyusahkan...
Maaf ku pinta sepenuh hati
Biarlah aku berlalu
Atas kekurangan ini ku membawa diri
Bukanlah mahuku begini
Kecacatan diri usah tangisi
Atas nama takdir terciptanya aku

Terima kasih padamu tuan
Yang masih boleh menitis rasa
Yang menyalur segala jasa
Pada tulusnya hati yang membantu
ketika aku melangkah
pada tangan yang sudi memimpin
dan ketika aku terjatuh
masih lagi ada tangan yang sudi menolong
Ku merintih kasih pada yang sudi
Ku mencari kekuatan pada yang memberi..

Walau langkahku kabur
Hanya disinari dian yang sebatang
Namun cahaya itu cukup terang bagiku
Buat memandu perjalanan hidup
Dalam meniti hari yang berliku
Yang entah mana hujungnya
Tapi ku tahu..
Tuhan tetap berada di sisi
hingga ajal datang menjemputku
Wallahua'lam....

+/- Klik di sini untuk mengetahui apa itu Down Syndrome :-)

Keadaan “Down Syndrome” terjadi bila kromosom (baka) dalam tiap-tiap pecahan sel tidak sempurna.. Pada kebiasaannya, setelah telur disuburi (bergabung), terjadilah pecahan sel di mana tiap-tiap sel mengandungi 23 pasangan kromosom (46 kromosom). Sel-sel ini terus berlipat ganda dan menyerupai sifat-sifat sel yang terdahulu daripadanya. Dalam “Down Syndrome”, kromosom-kromosom dalam tiap-tiap pecahan sel dari awal lagi tidak berpasangan dengan sempurna. Ada kecacatan dalam pecahan sel ini. Ada tiga jenis “Down Syndrome” yang boleh berlaku.
“Down Syndrome Trisomy 21”



“Down Syndrome Trisomy 21” melibatkan lebih kurang 94% daripada semua individu-individu yang mempunyai "Down Syndrome". Disini bila pecahan sel mula berlaku tiap-tiap sel mengandungi 47 kromosom (23 pasang + 1). Kromosom yang terlebih itu barganding dengan pasangan kromosom 21. Sel-sel ini terus berlipat ganda dan mempunyai sifat yang sama dengan yang terdahulu daripadanya.Walaupun kita mengetahui yang jenis “Down Syndrome Trisomy 21” tidak disebabkan oleh keturunan tetapi kita tidak mengetahui mengapa ianya berlaku.

“Mosaic Down Syndrome”

Jenis “Down Syndrome” ini melibatkan lebih kurang 4% daripada semua individu-individu yang mempunyai “Down Syndrome”. Di sini sebahagian sel-sel berpecah dan mempunyai bilangan kromosom yang sempurna (46 kromosom) , dan sebahagian lagi sel-sel mempunyai bilangan kromosom yang tidak sempurna(47 kromosom). Sel-sel yang sempurna dan yang tidak, terus berlipat ganda dan keadaan bercampuran(mosaic) pun terjadi. Kadar perbandingan diantara sel-sel yang sempurna dan sel-sel yang tidak sempurna berbeza dari individu ke individu yang terlibat, samaada lebih teruk atau kurang teruk jika di bandingkan dengan “Trisomy 21” . “Mosaic Down Syndrome” juga tidak disebabkan oleh keturunan.

“Translocation Down Syndrome”

Jenis “Translocation Down Syndrome” ini ialah jenis yang paling kurang. Ianya melibatkan 2% daripada semua individu-individu yang mempunyai “Down Syndrome”. Ianya boleh diturunkan oleh ibu atau bapa. Lebih kurang 1 daripada 3 kejadian ini , seorang daripada ibu bapa ialah pembawa yang seimbang. Ini bermakna walaupun mereka ialah pembawa kromosom yang tidak sempurna, keseimbangan nya menyebabkan ibu atau bapa itu sendiri tidak terlibat. Dalam keadaan “Translocation Down Syndrome” sebahagian daripada kromosom 21 terpecah dan bahagian yang ketinggalan pula terlekat kepada pasangan kromosom yang lain dan kerap kali pada pasangan kromosom 14. Pada kebiasaan nya 2 daripada 3 kejadian ini, ibu bapa bukanlah pembawa, dan kemungkinan mereka untuk melahirkan seorang lagi anak yang mempunyai “Down Syndrome” tidak lah lebih besar daripada ibu bapa yang lain. Sepanjang yang diketahui keadaan individu-individu yang mempunyai “Translocation Down Syndrome” sama dengan keadaan individu-individu yang mempunyai jenis “Down Syndrome Trisomy 21”.

Adalah amat penting untuk kita mengetahui yang “Down Syndrome” bukanlah disebabkan oleh keadaan social, bangsa, ekonomi atau alam sekililing. Ibu bapa harus mengetahui yang tiada siapa yang boleh disalahi. “Down Syndrome” bukanlah disebabkan oleh ibu yang tersalah makan ubat atau makanan yang lain. Ianya juga tidak disebabkan pemikiran ibu yang terganggu atau kegiatan ibu di-masa mengandung.

Aik!.......

Biasanya rutin hari Ahad memang berjalan je le...selalunya ke Browns Bay... hari Ahad yang lepas seperti biasalah, lepas breakfast aku pun bertungkus lumus menyiapkan anak-anak.. maklumlah anak pompuan, kena bedaklah, ikat rambutlah, pakai losyenlah...

Pastu kami pun sampailah kat Browns Bay.....tiba2 secara tak sengaja dan disengajakan (pening daa)...suamiku pun dengan nada agak-agak surprise.."Ibu! cuba tengok keta sebelah ni.." "Aku pun demi nak amik hati dia (hehe, sori ek suamiku) menolehlah kat sebelah"....nak tahu apa yang kami nampak........ taaaaaddddddddddddaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa


Proton Saga Aeroback (Yang kelakarnya ada sticker imported by Mitsubishi)

Gathering MAPSA

Kuiz...cuba kira berapa orang semuanya termasuk zigot dan fetus dalam perut ..hehe

MAPSA? Apokobondo lak tu...haa itulah Malaysian -Auckland Postgraduates Students Association... buat pertama kali kami anak beranak pergi ke majlis ni... Kejadian ini telah berlaku di Owairaka Primary School. Richardson Road kat Auckland City, banyak bukti-bukti telah diperolehi terutamanya cap-cap jari mangsa dipinggan mangkuk dan dimeja-meja dewan (macam kes polis lak), sejarah ni telah tercipta pada hari Sabtu bersamaan dengan 25 April 2009 (sejak bila lak cikgu Biologi n Sains tukar jadi cikgu Sejarah ekk). Kes ini dianggarkan berlaku pada pukul antara 2 p.m hingga 4.00 p.m petang....kejadian apa tu ekk.....muahahaha MAKAN dan MAKAN..(pucuk dicita ulam mendatang, memang tengah lapar bangat masa tu).
Alhamdulillah, kat sini aku dapatlah berkenal-kenalan walaupun aku ni agak pemalu orangnya :-p (ye ke? erkkkk ).... tapi, sedang asyik berborak sakan,hmmmm Si Anis lak meragam nak main playground kat sekolah ni...kenalah aku melayan..dahlah kat luar sejuk yang amat..ketor gak lah.. :-)...lupa lak nak bagitau, menu pada hari tu jeng..jeng..jeng nama dia Nasi Afghan (quite weird)....beshhhh
Presiden MAPSA..merangkap Datuk Bandar :-)
Sabar yek...jap lagi kita makan
Pandai gak si Azi ni amik gambar..
Dua srikandi harapan bangsa..hehe
Laa.....apsal puteri-puteri je...diskriminasi kaum niDah ye...ibu tak tahan sejuk ni...

Ku Rindu Ibu...

Hayatilah video ini.....

Buat renungan anak-anak yang masih mempunyai ibu...emak(klik di sini), i miss u so much

Majlis Bacaan Yasin

Alhamdulillah pada hari Sabtu yang lepas (18 April) , bertempat di rumah Kak Asiah dan Abang Mie, kami beramai-ramai mengadakan bacaan Yasin. Majlis bermula selepas Zuhur. Rindu pula suasana begini kat Malaysia, aku dapat tahu adikku Hasniwati turut mengadakan bacaan Yasin pada hari yang sama...lagilah membuatkan rindunya aku pada keluarga, terutama mereka yang telah 'tiada'.

Yang kecil tidak ketinggalan juga mengimarahkan suasana :-)
Dengan penuh khusyuk...Inilah sebahagian daripada makanan yang dibawa oleh rakan-rakan...ada kuih lopis n bubur lambuk lagi..Sempat lagi aku masak mi untuk dibawa ke majlis bacaan Yasin ni....nyum..nyum sedapnya..hehe

Salam Perjuangan

cuba teka mana aku...

Semalam dapat emel dari salah seorang rakan guru di SMK Pandan...teringat pula pada rakan-rakan di sana... Jatuh bangun , gembira sedih dikongsi bersama...memori dengan kalian terus bermain-main diingatan..(tiba2 jiwang lak, hehe). Aku pun apalagi, bukalah gambar kawan2 yg aku save kat komputer ni, terpandanglah pulak gambar yang buat aku senyum sendiri...rindu betul aku kat kawan-kawan di sana..

Gambar di atas semasa Majlis Jamuan Akhir Tahun 2008 di Swiss Garden, seronoknya masa tu, maklumlah aku yang kawal suasana (jadi mc le katakan hehe)
...siap ada twiss dari kumpulan Pandan Sitara lagi...(aku, Ju, Ati dan Azzi.)..ada sketsa temuduga guru... itulah jamuan yang paling happening aku rasa, sebab jamuan akhir tahun last aku di SMK Pandan..tema pada tahun itu ialah hitam dan merah...2 tahun sebelum tu glitters, 3 tahun sebelum tu purple, 4 tahun sebelum tu pink...pasni ntah apa lak ye...
Inilah kumpulan Pandan Sitara..aku, Ati (tengah) dan Azzi (3 dari 4 anggota)

Antara akak-akak (ramai lagi) yang banyak membantu aku..

Seronoknya bersama kalian..thanks for the pleasant memories

Wah! Cantiknya ....

Masa atas kapal terbang dulu, aku suka sangat tengok kat bawah..biru je nampak air laut... (tapi seram pun ada gak)...sampai je kat Auckland ni aku terpandang sign board "City Of Sails", dalam perjalanan ke rumah Abang Mie and Kak Asiah dengan menaiki serena dan dipandu oleh Azwan (lengkap sehh)..aku nampak banyaknya yacht kat laut..terpegun jap..tapi masa tu tak berapa nampak lagi keindahan pantai kat sini .

Browns Bay first pantai yang kami pergi kat sini, dekat jer dengan rumah aku (dlm 10 minit je)..ingat lagi terketar-ketar aku masa tu..mana taknya cuaca punyalah sejuk...sekarang bila boring jer, jom ke Browns Bay, apalagi sure melompat anak-anak dengar je perkataan tu..dah terbayang nak gi playground + kutip kulit kerang..
Playground yang ada di Browns Bay...mana pulak le Miza, Azi and Anis ni ekk...
Pemandangan di Browns BayKeunikan di Browns Bay (uniknya pantai di sini, pokok-pokoknya begitu seni dan terjaga)
Indah dan unik

Long Bay pula pantai kedua kami...sangat cantik...persekitarannya sangat cantik dan bersih..siap ada itik berenang lagi...playground kat sini pun besar (mmmm...anak-anak aku ni memang takleh jauh ngn playground)..padangnya luas, ramai anak-anak yang main bola kat sini ngn bapa masing2. Sedang suami mentelaah nota kat sini, akulah jadi goal keeper buat anak-anakku..(yang pasti aku selalu menang sebab bola tak pernah bolos....bolos saja dinding itu...hihi)..
Kesian suamiku...kena jadi photographer jer..hehe
Hijaunya...boleh buat baring ni...
Pokok-pokok kat Long Bay ni pun cantik-cantik

Cuti empat hari minggu lepas (Good Friday + Easter Day, rakyat-rakyat Malaysia kat Albany ni (6 keluarga je...ramai gak tu) berjalan sakan...sampai sesat pun ada, tak jumpa cari Omaha Bay, hehe.. Mula-mula kami singgah di Orewa Beach...
Cantikkan Orewa Beach

Gaya seorang amatur mengambil gambar....chewah
Inilah keluarga Melayu Albany..

Habis je sesi penggambaran (macam berlakon lak), kami bertolak ke Waiwera pula...Waiwera ni ala-ala tasik, aku ingatkan dalam sangat tapi tak dalam mana pun sebab ada orang leh jalan kat tengah-tengah tasik..takat lutut je..hehe. Apalagi lepas tu bermulalah sesi wajib aku......bergambar dan berposing..
Gambar kami sekeluarga...

Pastu kami singgah kat sebuah tasik di tengah bandar pula...alamak lupa lak nama tasik tu..masa tu si Anis tido, so aku kenalah buat aktiviti duduk bertafakur (tapi sempat lagi berposing tau)..

Cuba teka mana Azi..
Gambar jangan tak gambar..hehe

Akhirnya setelah penat terpusing-pusing, sampai gak kami ke Omaha Beach....wah!acara kemuncak pada hari ini..MAKANNNNNNNN!... Masa tu dah lapar bangat. Tapi yang kelakarnya tengah asyik makan (tak toleh kiri kanan dah), hujan pun turun...selamatkan makanan dulu, anak nombor dua..hehe, semua makanan yang pada mulanya kat atas meja dah berpindah posisi kat bawah meja..berhenti je hujan, aku apalagi mengadap buat kali kedua.. (kuat makan juga rupanya aku ni ek)..pastu....hmmm....acara wajib ler...POSING!!!!!!
Pasirnya putih dan halus
Masa ni lah sesat...orang2 kuat Albany berbincang menyelesaikan masalah :-)
Ala tomel-tomelnya

On the way balik, singgah lagi...tempatnya macam pekan cowboy, yang paling suka pada masa ni budak2 ler...playground depan mata...pastu siap boleh bergambar dengan pak cik kuda, nak naik cuma $20 jer seround...tapi lama sangat 20 minit..tu yang tak dapat jalan ngn kuda, dapat gambar ngn pak cik kuda pun jadilah...hehe

Sukanya pak cik tu..hehe
Aik..mana anak ibu lagi dua orang..

Sebenarnya banyak lagi pantai-pantai yang indah di sini. Ini hanyalah sekadar pantai-pantai yang biasa aku pergi (bawa anak + lepak-lepak :-) )

Main, main dan terus main

"Ibu, kakak Azi sukalah duk sini sebab asyik main je" "A'ahlah, Kakak mizah pun suka sebab boleh main panjat-panjat"....

Sekarang cuti sekolah, anak-anak dah mula pandai merungut sebab tak dapat main kat sekolah, maklumlah kalau tak, ada je luka kat mana-mana sebab asyik panjat pastu jatuh, pastu panjat lagi, pastu jatuh lagi......jadi aku dan suami terpaksalah penuhkan masa + kerinduan mereka nak memanjat dengan bawa ke playground je. Nasib baik kat sini banyak playground and pantai nak pergi picnic..tapi yang tak tahannya cuaca kat sini boleh tahan sejuk.. (maklumlah kurang sangat saturated fat kat badan ni..hehe)


Kadang-kadang kesian juga kat anak-anak bila mereka tarik muncung kalau tak dapat jalan, pada masa yang sama kesian juga kat hubby sebab baru balik dari universiti, badan pun tak hilang penat lagi, tapi nasib baiklah rumah ni banyak mainan beli kat car boot sale, jadi adalah juga aktiviti mereka, tengoklah gambar si Anis habis periuk aku pun jadi mangsa main masak-masak...(nasib baik mainan second hand murah)... Kadang-kadang aku pun terpaksa layan mereka main pondok-pondok, kejap-kejap jadi mak, kejap-kejap jadi mak cik kantin, kejap-kejap jadi cikgu....macam-macam lagilah (bila malam diaorang asyik layan cerita keliwon je dlm internet, aku lak yang seram)....teringat pulak zaman kecik-kecik, selalu main kombat-kombat dengan kawan-kawan adik (maklumlah kawan-kawanku adalah kawan-kawan adikku Yu..so kenalah main permainan lelaki, hehe)...