Majlis Bacaan Yasin

Alhamdulillah pada hari Sabtu yang lepas (18 April) , bertempat di rumah Kak Asiah dan Abang Mie, kami beramai-ramai mengadakan bacaan Yasin. Majlis bermula selepas Zuhur. Rindu pula suasana begini kat Malaysia, aku dapat tahu adikku Hasniwati turut mengadakan bacaan Yasin pada hari yang sama...lagilah membuatkan rindunya aku pada keluarga, terutama mereka yang telah 'tiada'.

Yang kecil tidak ketinggalan juga mengimarahkan suasana :-)
Dengan penuh khusyuk...Inilah sebahagian daripada makanan yang dibawa oleh rakan-rakan...ada kuih lopis n bubur lambuk lagi..Sempat lagi aku masak mi untuk dibawa ke majlis bacaan Yasin ni....nyum..nyum sedapnya..hehe

5 comments:

Hanafiah said...

Bilalah dapat makan nasi ambeng kat sini.....

Asiah said...

isyk22... ingatkan hanafiah nak cakap.. bla la nak buat majlis bacaan yasin lagi... hehe, jgn mare...
tapi if ramai sgt yg 'mengidam' nasi ambeng... bole pakat2 kot, saling sumbang menyumbang, perhaps next majlis/gathering!
ida..ada lagi tak gambar2 lain masa majlis tuh..kami lupa betul nak amik gambar.. bole ler email or letak kat FB.. thanks yea..

Nida said...

hehehehe.... gelak sakan abang kita bila kak asiah cakap mcm tu.

Kami pun tak ambil gambar sangat, yang ada semua dah letak dalam blog ni. Nanti saya letak dalam FB.

Asmida said...

emm, mesti best buat majlis cam nie reramai kan?....(tentu seronok).. Anyway, walau dimana kita berada,(diatas bumi Allah ini) kita perlu ingat pada yang menjadikan kita... yang menjadikan dunia ini, yang memberi kita nikmat kehidupan, yang menberi rezeki dan... dialah yang maha esa.....

Nida said...

Insya Allah....seringlah kita ingat mengingati andainya kita teralpa pada Dia yang menciptakan